Monday, August 10, 2009

uji Otak Anda!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!
OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

....................

Sape2 yg dpt kira F jadi 3 tu tak yah la takut2 akan jadi pompuan atau lelaki sebab mende ni memang human nature. Otak kite ni memang ade limitation. Mende ni bukan baru ini je manusia kaji tapi sejak 1970 lg dlam Sains Kognitif. Cognitive science.

Banyak pakar2 cognitive dah kaji pasal ni mcm bloom, gagne. Antara alat-alat yang diorg pakai ialah alat TACHISTOSCOPE yg mana ia memaparkan imej dlm sekali imbas je dlm beberapa milisaat. selepas saat yg ke dua dan ketiga biasanya memang manusia akan wat kesalahan dalam mengenali objek.

Teori yang dipanggil Pattern Recognition ni memang diajar dalam Sains Kognitive ni. Dalam teori pengecaman paten ni ada tiga plak teori penting iaitu :

1) Template Theory
2) Feature Theory
3) Structural Theory

Memang pengecaman paten ni salah satu mende yg sangat ajaib n ramai org kaji. Cthnye pengecaman tulisan tangan. Kite memang bleh cam tulisan tangan sape2 yg kite kenal. Walaupun tulisan tersebut kita tak pernah kenal tapi kite leh cam tulisan tu dengan membandingkan huruf tersebut dengan maklumat asal huruf yg telah ada dalam memori kite.

Template teori ni ia memberi penerangan kepada keseluruhan dia bukan wat analisis untuk membandingkan entiti tersebut. Cthnye P dan R. budak2 biase wat kesilapan ini. Kite kenapa tak wat ? sebab kite dah ada pengalaman utk membezakanya.

Kadang-kadang bile kite berjalan ditempat awam kite akan terpandang membe dari belakang kite tapi bile tengok betul2 rupa-rupanya bukan ini sebabnya otak tak membuat perincian terhadap satu-satu mende tu dengan teliti. ini keburukan template teori. Bodoh kan otak manusia ni ?? tak lah tak bodoh Tuhan jadikan ia begini supaya kita boleh lupa. Bila maklumat tu terdapat dlm STM (short term memori) memori jangka pendek maklumat takkan disimpan lama paling lama pun seminggu. Sebab tu kalo kite baca buku utk exam kite memang boleh jawab exam dengan senang2 tapi lepas seminggu apa yg kita baca tu memang ilang terus.

Bila Masuk LTM (long term memori ) je kite leh ingat dengan lama. tapi kene ade proses pengulangan dan macm2 dan beberapa laluan termasuklah filter dan respons sebelum leh masuk dlm LTM. Sapa2 nak tau lebih lanjut leh ah rujuk nota-nota science kognitif ni kat tenet ni melambak sebab sains kognitif ni bagus utk pembelajaran dan untuk multimedia dan it sudah tentu banyak gile kegunaannya.

aku mase 1st time blajar ni aku slalu tdo. bosan mende ni takde kene mengena dengan diri aku. tapi bile dah abes blajar n cuba gunakanya memang tersangat-sangat best. Baru kite tahu apa yg kite tahu ni kecik je sebenarnye. Itu kuasa Tuhan Maha Agung tu kenapa dan mengapa dia wat kita mcm ni, x salah kalo kita kaji dan tahu mana limitnya kita supaya kita leh berpijak dibumi nyata kenal sapa diri kita.

No comments:

Post a Comment