Monday, December 16, 2013

USB TIRUAN !

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu inipendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrivetersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
IMAG0251Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Pendrive FakeTipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Fake Pendrive TestSetelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
7837704Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

Wednesday, November 20, 2013

Sedikit Coretan #AA

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”
 — 

Ahmad Ammar 1993-2013

Hari ini aku melihat seorang hamba Allah telah pergi meninggalkan kita. Perginya ditangisi jutaan umat Islam. Maut datang menjemput kita tidak kira masa, tempat dan siapa kita. Andai kehidupan kita, kita isi dengan perkara yang diredhai Allah, maka Allah akan menjemput kita dengan keadaan yang paling baik. andai sebaliknya, Subhanallah.

 Alfatihah untuk Ahmad Ammar.   
1993-2013
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Agama


   

 "Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Hari ini aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan Ammar. Allahumma firlahu warhamhu. Inginku coretkan kisahmu dalam diariku agar kisahmu menggapai dan menyentuh lebih banyak jiwa di luar sana.

Saturday, November 16, 2013

Saat Lafaz Sakinah


Akhir2 ni minat plak dengan lagu.. Mungkin membanyangkan saat2 pernikahan... Hahaha.. Ngek! Gurau je.

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu





Friday, November 15, 2013

#Throwback 1

Dulu adalah  kawan aku ni g muntah plak kat tapak tangan aku..

Masa tu kami dalam perjalanan nak ke pertandingan hari SPBT. Dia pening dengan jalan ijok pastu dia kata nak muntah... aku ni yang suka main2 acah2 tangan kat dia... Sekali dia muntah, macam ultraman fire daaa! Hahaha... Padan Muka aku... 

#Kenangan Masa Sekolah Rendah

Thursday, November 14, 2013

Kisah Kehidupan Part I

Bermula dari insan biasa yang ingin menjadi luar biasa. Maafkan Saya Doakan Saya. 

Hari ni (14hb Nov 2013 ) Budak2 Darjah 6 dapat result UPSR. Aku terasa juga bahangnya sebab adik aku yang ashraf tu pun amik exam juga. Dia dapat 1A 3B 1C dan PSRA dia plak dia dapat Jayyid Jiddan. Alhamdulillah. 

Cuma apa yang aku nak katakan kat sini, result ni bukanlah segalanya. Mesti ada orang kata, " Ala kalau result xokay mesti kata, result bukan segalanya ". tapi ingat la, sebenarnya apa yang kita dapat hanya lah ujian sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang Dia berikan. Adakah kita riak andai kata kita mendapat keputusan yang cemerlang, atau pun kita nak kecewa mendapat keputusan yang sebaliknya. 


Mengikut pengalaman aku. Aku dulu dapat 3A 2B ( aku rasa yang B tu sains dengan english) . btw aku memang kurang sikit bahasa inggeris ni... sampailah matrik pun... hehehe.. 
Dulu masa nak dapat result tu aku ada cita2 nak dapat 5A ..ceewah padahal bab nak study kemain liat. aku teringat sebab malas sangat belajar subjek english, teacher Norma suruh ambik buku latihan tu letak kat atas kepala..tecer kata " letak je buku atas kepala awak, biar kepala tu serap sendiri, xpayah pun baca dan buat latihan ".. haha..sampai sekarang aku rasa lucu bila teringat.. Mungkin tecer dah geram sangat masa tu kitaorg ni malas sangat.. kalau subjek matematik plak aku suka, kalau ada kuiz cikgu tampal kat papan kenyataan kat kantin tu, aku sanggup salin, buat banyak jawapan..kira nak hantar banyak penyertaan la tu... cikgu matematik masa darjah 6 tu namanya cikgu shamsul..dia suka tanya soalan yang memerlukan jawapan dengan segera , kalau lambat memang la kena ketuk dengan pembaris yang kuning tu..dlu masa sekolah panggil pembaris panjang tu "Roti Panjang". hahaha... kalau cerita pengalaman kat sekolah ni memang xhabis.. banyak suka duka terpahat di SKB Sekolah Kebangsaan Berjaya.

balik kepada cerita result tu, tunggu punya tunggu hari keputusan tu, hari tu ada program apa ntah. semua orang berkumpul kat dewan. Aku duduk belakang sekali, nervous la katakan. dah pkul 10 lebih cikgu2 ada..ura2 dengar skb ada seorang budak dapat 5A... aku lagi nervous... tapi aku agar mesti dlam kalangan nazeerah, ain, yana atau hazmin. sb diorg tu budak top kat sekolah..hahaha... xlama tu ckg rosmidah panggil azrin shatar ke belakang... aku terdengar la perbualan mereka. cikgu tanya malam tadi dia ada mimpi apa2 tak..haha... aku pun pelik dengan pertanyaan tu.. Rupanya si AZrin ni yang dapat 5A.. So top 10 masa tu yang dapat 5A sorang je yang lain 4A dan ke bawah.. antara 10 yang terbaik tu Azrin, Ain, Nazeera, Yana, Hazmin, Aku dan yang lain aku tak ingat,.

Lepas dapat result tu , kitaorang pun pikir sekolah apa yang kitaorg nak masuk.. Masa tu aku boikot sekolah SMK Sungai Burong, 1st impression aku pasal sekolah tu adalah tu sekolah budak2 yang kena buang.. huhu =.=! n banyak gangster kat situ. Aku pun minta borang Yayasan Selangor la Sekolah SAMTaK la.. Masa tu nak minta brang yayasan kena g Mega crystal pastu bayar rm10 untuk 1 borang. Masa tu limit betul..sape dapat 3A ke atas je boleh minta. Aku nak berterima kasih akat abah juga la yang sudi hantar aku dengan kawan2 amik borang tu.. Masa tu target sekolah asrama je... Masa interview yayasan tu aku kena g mega crystal.. antara intipati interview tu dia suruh aku baca ayat qursi, baca surat khabar jawi dan macam2 lagi... Tapi aku xbernasib baik masa tu, xdapat pun tawaran yayasan.. Yang aku ingat kawan aku Syaza dapat kat Klang,tapi masa tu aku xmengalah. Aku amik plak borang nak ke Sekolah Agama.. Mak pun jahitkan baju n tudung yang sesuai untuk sekolah agama.. Dalam masa tu aku daftar juga kat sekolah SMKSB tu...

Pada 31 Dec 2004 aku daftar Tingkatan 1 kat SMK Sungai Burong, Aku dapat kelas 1 Anggun.. Masa daftar kat sekolah tu tetiba lepas terpandang cikgu Halimahton aku macam suka plak ( bukan suka bercinta okay ) .. Masa nak bayar yuran tu abah tanya aku ni nak bayar penuh ke nak bayar nanti je sementara tunggu result sekolah agama tu.. aku pun cakap dengan abah, xpelah bah bayar je la.. Ella nak sekolah kat sini. Akhirnya aku amik keputusan untuk sekolah di SMSKB.

Sampai sekarang SMKSB terpahat memori di hatiku.

Part I --> setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. SKB-->SMKSB

Aku fikir kalau aku masuk asrama mesti xrasa apa yang aku dapat sekarang.. Apa yang aku dapat? Tunggu cerita Part seterusnya.. 

Kalau boring cerita ni , xpe..aku xpaksa baca,.,Saje nak kongsi

Wednesday, August 14, 2013

InsyaAllah ada jalan ( Kerete Rosak di highway Seremban )

Pada tanggal 12 ogos 2013, aku telah mengalami detk2 cemas yang mana kereta yang aku bawa telah over heating kat nilai. Ya Allah, seriously aku cuak. For the first time aku bawa kete jadi gitu. Lepas ni kena berhati2 dan selalu check temperature. Ni cerita aku melalu detik2 ‘cemas’ aku.

Aku masa tu dalam perjalanan nak hantar Nora ke Port Dickson. Masa otw tu lalu KLIA, perasan la ada announcement kat papan tanda PLUS ada kemalangan lori kat kilometer 280.7. Tapi masa tu memang xrasa apa la kan. Masa drive keluar melalui Nilai Utara tu sesak sangat sebab ada kemalangan yang PLUS dah bagitau. Masa jem tu memang kete drive slow la kan. Aku rasa aircond pun macam panas je, aku pun buka tingkap. Aduh memang panas sebab angin pun takda. So aku tutup balik tingkap and pasang air cond tapi memang tak rasa apa la sebab air cond pun panas. Ada la dalam 10 minit terperangkap dalam jem, ada orang dalam lori tegur aku kata ada air menitik kat tayar depan. Aku berhenti tepi highway tu. Dalam masa yang sama aku risau gak takut la sebab yang tegur tu india (  btw aku bukan racist tapi berjaga-jaga) sebab kan sekarang banyak kejadian ragut, rompak dsbgnya. Aku suruh nora tengok betul ke ada air yang menitik kat tayar tu tapi aku suruh tengok dari tingkap je. India yang tegur aku tu dia pun berenti tepi jalan, dia Tanya temperature aku tinggi ke, baru aku perasan memang tinggi. And aku tengok memang ada air yang menitik. Dia kata kete aku overheating . Then, dia pun pergi. Aku juga la yang terkapai2 di situ. Bila aku tengok sekeliling baru la aku perasan aku dekat je dengan tempat kemalangan lori tu ( yang aku kata aku baca announcement dekat papan tanda PLUS tu ).

Tak lama tu ada la sebuah kete kancil datang. Ada 2 orang india, sorang pakai baju PLUS and sorang  lagi macam budak2.  Dia kata dia keje PLUS, dia Tanya aku ada masalah apa. Then aku cakap la kete aku overheating. Then dia pun suruh ‘adik’ dia tu amik kain sebab dia nak buka tempat coolant kat depan kete aku tu. Dia suruh aku jauh sikit sebab takut nanti air terpancut kena aku. So aku jauh la sikit.sambil2 dia nak buka tu sembang2 la dengan dia, dia citer pasal excident lori tempat aku berhenti tu. Masa tu bomba tengah usaha angkat lori tu sebab lori tu terjunam dari jambatan atas tu ke jalan bawah. Sembang punya sembang sambil dia masukkan air dalam coolant aku. Then dia suruh aku start kete, masa tu xleh start plak kete tu. Makin risau dah aku. Dia kata ni mungkin gasket yang rosak. So dia offer kalau nak towing ke bengkel dia kat senawang. Dia kata kalau towing dalam rm 100 dan betulkan gasket dalam rm80. Bila dia cakap pasal senawang aku pun penah terbaca pasal citer2 orang yang pernah tertipu. So aku takdelah memandai2 buat keputusan. So aku cakap aku nak call abang aku dlu Tanya dia macamana. Aku call jeli, dia kata xtau suruh call bang man. Tapi aku piker antara bang man dengan bang jam baik aku call bang jam je, call punya call dia kata jangan buat apa2 , jangan nak towing mana2. Nanti dia datang. Masa tu dalam pukul 6.30 petang. Aku pun okay je.  Then aku cakap dengan india tu nanti abang and abah aku datang. Sambil2 tu dia pujuk aku juga la supaya towing kete ke bengkel dia tapi aku cakap xpe, nanti abang datang. Aku cakap la takpelah nanti kalau ada betul2 emergency nanti aku call PLUS. Then aku minta no PLUS dia kata xpelah dia bg card bengkel dia kalau ada apa2 call je. So dia pun pergi. Lepas dia pergi aku pun duk dalam kete sambil2 online kejap google pasal kereta rosak di senawang. Macam2 cerita aku baca sampailah ada satu cerita ni aku baca dan nama bengkel yang orang tu bagi sama dengan nama dan alamat bengkel yang india tu bg kat aku.  Cerita orang tu pun lebih kurang cerita aku yang mana 2 orang india 1 pakai bj PLUS tolong, then dia kata kena masuk bengkel dia . harga dalam rm70 je tapi sampai kedai nanti dia baraikan semua pastu harga jadi ribu2.

Aku bersyukur la tak cepat terpedaya dengan orang tu.  Kebetulan tempat aku berhenti dekat dengan tempat excident jadi ramai la orang berenti nak tengok excident tu. Jadi bila ramai orang mungkin la orang india tu pun xnak desak aku sangat. Mungkin Allah nak selamatkan aku gak sebab masa kerja2 selamatkan lori tu bomba tahan semua kereta berhenti padahal aku tengok kerja2 tu buat kat bawah mcm xde kena mengena dengan kat atas  jambatan tu tapi diorg kena berhenti lama juga. Sepanjang india yang membantu aku tu masukkan air dalam coolant aku sampai la dia kata nak towing tu kereta di kedua2 arah berhenti disebelah aku. So ramai orang masa tu jadi aku xde la takut sangat. Lepas india tu pergi je , tak lama tu bomba pun lepaskan la kereta 2 dua2 arah pergi . Kira seolah2 Allah membantu aku daripada bersendirian bersama india tu. Tak lama tu ada orang call aku , rupanya sepupu aku abang jamil yang kerja kat KLIA tu dia Tanya pasal aku. Sebab aku minta tolong dia sementara abah dari rumah baru nak gerak. Sambil2 minta maklumat tempat aku dia pesan banyak2 selawat. Hari semakin gelap aku pun semakin gundah. Bang Jam pesan suruh pasang lampu emergency tu then duduk kat luar kete. Aku duduk kat belakang pagar highway tu sambil baca ayat kursi. Sekali aku habis baca ayat kursi ada orang lelaki naik moto berhenti Tanya aku kenapa then dia tolong amikkan kon letak belakang kereta aku. Sambil2 dia tolong aku teruskan baca ayat kursi, habis je baca ada lori propel berhenti dia Tanya kenapa.. orang lelaki yang tolong angkatkan kon tu cakapkan kete aku rosak… then orang propel tu  tu tolong tambahkan 3 kon supaya lebih selamat. Dia Tanya aku perlukan bantuan apa2 tak.. aku cakap xpe nanti abang aku sampai. So diorg pun pergi. Aku perasan setiap kali aku habis baca ayat kursi mesti ada orang berhenti Tanya n nak tolong. Alhamdulillah Ya Allah.
Dalam pkul 8 abang jamil bg no pomen yang dia kenal, aku pun call orang tu. Kebetulan orang tu dekat je kat Mantin so aku minta dia tolong tengokkan . Dalam pkul 9 dia datang.  Bi jap la dia tengok n kete pun memang dah tak boleh hidup so dia call towing. Aku cakap dengan abang jamil dia nak towing kete, abang jamil kata xpe, dia tau bengkel orang tu kat mana. So towing sampai setengah jam lepas tu. So tow kete aku sampai bengkel kat nilai. Dalam perjalanan ke bengkel abah aku pun sampai kat nilai. So sampai je aku kat bengkel dalam abang jamil pun sampai juga , 5 minit lepas tu abah pun sampai juga. Bincang2 then kete tinggal bengkel tu , amik barang dalam kete transfer dalam kete abang pastu hantar nora ke PD. Sampai PD dalam pukul 1 pagi. Patah balik ke tempat aku singgah UKM anta barang aku singgah solat then aku ikut abah aku balik rumah. Malas la plak aku nak stay kat UKM. Tak jadi nak g kelas hari selasa. Dalam pukul 4 pagi baru sampai rumah…


Aku rasa penat sangat perjalanan hari ni. Huhu.. Moga kawan2 yang ada masalah kereta rosak tu jangan cepat terpedaya dengan orang yang cepat sangat nak hulurkan bantuan. Kalau boleh call PLUS  18000000. Lagi satu kalau kereta tengah jem better xyah pasang aircond, takut temperature naik. Kalau dah temperature naik tu baik berhenti jap tepi highway tu kasi temperature turun baru jalan balik… Kalau dah over heating tu jangan terus masukkan air dalam coolant tu… nanti ada plak benda lain yang rosak. Wassalam. Hati2 di jalan raya. Ingatlah masih ramai yang menyayangimu.

Wednesday, July 17, 2013

Fasa pertama Ramadhan.

Assalamulaikum wbt.

Bertemu lagi kita pada bulan ramadhan yang mulia ini pada tahun ini. Alhamdulillah telah menghampiri hujung fasa pertama. Dah 8 hari berpuasa, alhamdulillah masih berpuasa penuh walaupun sedang diuji dengan kesihatan yang kurang baik.

Terima kasih la kepada seorang kakak a.k.a kak ngah yang jaga masa hari demam. aku agak2 malam tu hampir 40 darjah celcius... Sangat panas...

Masa sahur tu dia yang masak ' mi dikepulauan seafood ' ntah apa nama... lepas mandi aku makan la.. tapi sebab demam deria rasa xbetul sangat. tak tau rasa apa... makan je la... Sedap la kot, rugi aku takdapat rasa betul2...

La ni dah 8 ramadhan, aku masih kurang sihat lagi. InsyaAllah esok lusa sihat boleh tambahkan ibadah , speed up ...Mohon doa dari kawan-kawan....

Sunday, June 2, 2013

Tutorial - Install Microsoft 2007

_PERMINTAAN MEMBER_

kepada kawan-kawan yang masih belum arif tentang installation ke atau apa2 boleh tanya. Nanti saya try buat tutorial ( yang mana mampu je la ye )

Ok buat kali pertamanya, tutorial ni pasal camno nak install microsoft 2007 step by step.

sape yang xde installer boleh download kat link ni

https://www.dropbox.com/sh/9mwjn9kif3gqhky/bKV5dsg5iA

bagi sesiapa yang tiada dropbox pulak, boleh sign up dan install melalui link ni http://db.tt/2G62twsZ.

 Ok kalau dah masing-masing letak dalam dropbox, mari kita mulakan sesi installation kita ye..

First , make sure suma benda ni ada dalam folder ... Warna biru dan hijau tu tolong abaikan jap sebab fail ni tengah diupload ke dropbox.


 Second, klik pada setup.exe  

Lepas klik pada setup tu, interface ni akan keluar. Korang kena masukkan dlu product key untuk meneruskan install. Takde product key??? Jangan risau, kat luar folder setup tu ada fail serial number.txt. 


Ok, korang buka fail kat serial number.txt tu 


nanti dia ada bagi serial number, korang copy je semua number tu


Lepas copy, masuk balik kat installation tu then korang paste je la... Ctrl+V kat kotak kosong tu.
Masti kena dia tick ok then boleh terus continue


Jangan lupa lepas continue tu kena tick plak kat "I Accept terms of this agreement " then continue lagi


lepas tu, kalau nak install semua produk yang ada dalam microsoft tu, boleh la klik install Now . kalau nak pilih boleh la kat customize je....





Tunggu la sambil2 hirup chocolate shake herbalife sampai la dia done install. Then close macam biasa. Klau perlu restart , boleh la restart dlu laptop tu. Selepas tu, boleh buka microsoft office atau apa2 je yang korang nak buka then kalau ada pop up pasal update , klik la do not update or yang berkaitan pasal tak payah update apa2. Kang korang update, sia2 je le teman koba. 

Friday, April 26, 2013

Akma yang degil

kenapa nama post gini? yelah citernya gini... br je tadi berlaku....

Semalam 25/04 aku buat la keje sampai pagi ... masa berganti masa sampai pukul 2,3,4,5,6 pagi... ngantuk tapi mesti siapkan kerja dlu.. itulah niat aku... then sambil2 buat kerja aku online fb gak. kawan aku si Suda Ketone ni kata bulan cantik... aku tengok ke langit , mana ada bulan... dia kata kuar la tengok. rupanya, bulan tu di side lain... aku saje la kuar sorang2 tengok bulan, masa tu bulan sangat terang... (sebenarnya sebelum tu ada gerhana) aku pun dengan menggunakan kamera aku yang xseberapa ni aku try la shot wajah bulan tu. ni la hasilnya.... ( aku xmahir sangat dalam fotografi ni), Memang terang.....


selepas aku tangkap gambar ni, baru aku perasan yang aku masih ada kerja nak disiapkan. (cehhh actual aku kurang berani sorang2 kat luar blok pagi2 buta )... kih3... then aku pun sambung la buat kerja. beberapa minit kemudian.... dah pukul 5.40am... oh ngantuknya mata aku... sambil aku pun dah takde idea sangat nak siapkan kerja ni macamana. tapi aku masih berusaha untuk siapkan juga. 

tak lama lepas tu aku dengar azan, then amik wudhuk terus solat. lepas siap solat nampak katil , ohhhh sedapnya kalau dapat baring.... TAPI! kerja aku masik tak siap lagi... dengan gigihnya siapkan juga la kerja... dalam pukul 7.30am, aku rasa sangat2 xtahan dah mata ni... KALAH! aku pun tertidur... tapi kejap je la pkul 8.30 aku dah bangun balik then sambung buat kerja.... Dalam nak dekat pukul 11 baru la kerja tu siap di render sepenuhnya. 

OH, Perut plak lapar, then bersiap2 nak g makan... masa tu xpikir dah nak mandi dlu... lapar sangat dah. so g lah ke DTAMS.. tapi makanan yang ada tidak menyelerakan. Nak tak nak, dah lapar makan la juga.. Nasi putih+ikan sardin+2 ketul tempe ( OH MY JAWA!).. 

Balik semula ke kolej, kemas2 barang sebab nak balik ... tapi tak boleh balik lagi sebab pukul 3 ada taklimat latihan industri.. Oh mY LI! dalam tak sedar masa berlalu begitu pantas sampaikan tidak terasa sudah hampir aku menamatkan sesi pembelajaran aku dalam ijazah sarjana remaja... =)

taklimat bermula pukul 3 then habis pukul 4. memandangkan hari masih tidak hujan , aku pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah naik motor je... kawan2 aku nasihat , xyah la balik lagi hari ni, nanti hujan bahaya, memandangkan aku pun xcukup tidur mlm tadi, mereka turut risau aku tertidur atas motor pulak. Then aku cakap la, xpe.. okay je... xyah risau. 

Aku memulakan perjalanan aku baik ke rumah melalui laluan highway SKVE. sampai je aku di BBB ( bukan bandar bukit beruang) tapi bandar baru bangi... mula dah hujan rintik2 air bergelombang, akma sangat cantik, keluarganya sayang...aisyeh men... aku pun xde la risau sangat, pikir baru rintik2 je... xpe... aku teruskan perjalanan tanpa memakai rain coat... then bila dah nak masuk highway, hujan mula deras then aku pun ke bahu jalan mengambil peluang untuk pakai rain coat . aku pun amik kunci untuk buka box kat belakang motor aku lepas simpan semua phone, dompet dalam box aku amik baju hujan, kunci box then pakai baju hujan . masa ni masalah berlaku , masa aku sarung baju hujan tu tetiba kunci yang aku pegang jatuh kat dalam longkang tepi jalan tu, air yang mengalir dalam longkang tu sangat la laju. aku pun berlari mengejar kunnci yang di bawa arus air. alhamdulillah, masa tu kunci tu xjauh sangat di bawa. then aku berlari ke motor semula... sambung pakai baju hujan yang tergendala nak pakai tadi.. tengah2 pakai n betulkan baju tu, tetiba aku nampak kunci motor aku hilang sekali lagi, ARGGHHH! mana kunci ni pergi!

aku rasa nak nangis jap masa tu. yelah, dah la sorang2.. hujan makin lebat plak tu. aku tengok kunci kat motor xde .. aku berlari la tengok kat longkang tepi tu ada x kunci aku, tapi aku xjumpa pun... aku hampir berputus asa.. dan fikir macam2.. yelah phone dalam box, dan dah kunci plak tu. aku nak minta tolong sape?

Tetiba, macam ada sesuatu yang membuatkan aku ingin berpatah balik melalui longkang kecik di tepi jalan tu, sambil di dalam hatiku berkata dan memohon " Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah, " dan sampai dihujung longkang yang kecik itu aku berhenti dan melihat longkang itu bersambung dengan 1 longkang yang sangat besar. dan pada ketika itu aku sudah pikir kalau la kunci aku tu jatuh dalam longkang kecik ni dan dibawa air pasti akan jatuh ke dalam longkang besar yang airnya sangat deras tu. mesti dah xkan jumpa lagi dengan kunci motor tu. masa tu hati aku merayu lagi " Ya Allah, tolonglah aku ini ..." dan tiba2 aku nampak 1 tali berwarna hitam tersangkut di besai penghadang jalan antara longkang kecik dan longkang besar, dengan bersusah payah, meredah air yang sangat deras itu aku dapat mencapai kunci aku semula. dan tidak ada apa yang ingin aku katakan lagi selain TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TELAH MEMBANTU AKU TATKALA KESUSAHAN INI!!! aku pun kembali ke motor aku yang sudah jauh aku tinggalkan... dan pada masa tu aku rasa sangat bersyukur tidak henti2.. 

Aku menyambung kembali perjalanan ku. selepas beberapa kilometer meredah hujan yang sangat lebat, hujan semakin reda dan akhirnya di tol SKVE hujan tidak turun lagi...  tetapi hujan turun juga di beberapa tempat sepanjang perjalanan aku pulang tadi. Setelah keluar daripada highway dan masuk jalan kapar, aku rasa perut sangat lapar selepas meredah hujan . aku ingin berhenti makan di setia alam sebenarnya tetapi pada masa tu pakaian aku masih lagi basah disebabkan hujan tadi, jadi aku tidak berhenti untuk makan. aku meneruskan perjalanan sehingga ke kuala selangor, dan sepanjang perjalanan yang jauh dari kapar ke kuala selangor itu, sempat juga la jaket aku dan seluar untuk kering ( walaupun xde la kering sangat) aku singgah ke kfc, dan order hotbox colonel burger... ada 1 burger, 1ketul ayam dan 1 air milo.. xpernah selama ni aku order hot box aku terus habis makan kat kfc tu tapi petang  ni dengan cepatnya aku boleh habis ayam, burger dan air milo... fuhh~~~

alhamdulillah, dah boleh teruskan perjalanan ke rumah. aku selamat sampai ke rumah dalam pukul 7.30pm. dan ahli keluarga ak utengah menunggu kepulangan aku di wakaf di depan rumah.

Alhamdulillah , aku selamat sampai rumah. 

Thursday, March 21, 2013

PERSONALITI MENGIKUT TARIKH LAHIR ANDA


2 Disember hingga 11 Januari – Oren

12 Januari hingga 24 Januari – Kuning

25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut

11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)


MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

Kes Dulu


tetiba nampak gambar dulu2 masa ada kes bas rengit selalu eksiden. Ni saje buat suka2

Tuesday, January 1, 2013

Tahun baru dan kelahiran baru

 

ASSALAMUALAIKUM 

HAPPY NEW YEAR 2013


1.1.2013 Seorang Hero telah selamat dilahirkan!!! Tahniah untuk abang dan kakak. 
Moga putera kalian menjadi insan yang berguna kepada keluarga.