Friday, December 11, 2015

Nikmat pinjaman daripada Allah.

Kita dapat bangun pagi, nikmat. 
Kita masih bernafas pun nikmat.
Kita boleh melihat, mendengar, menghidu, merasa semua nikmat Allah untuk kita. 
Apatah lagi nikmat kesihatan yang biasa orang sia2 kan. 
Sentiasa bersyukur dengan nikmatnya.

Sejak akhir2 ni, rasa sakit plak dada ni. Balik kerja je dah petang2 tengah drive rasa mcm sakit mencucuk di dada belah kiri. Tambahan lagi tadi bila balik pondok, otw nak balik nak masuk simpang masuk la lane tengah,(selangor ada 5 lane jalan tau) tiba2 ada orang yang gila kot nak bawa laju je kete dia memotong dari lane kanan ke tengah, nasib aku perasan dan xde kete kat lane kanan belah jalan aku terus aku masukbalik lane kanan, sambil kete tadi memecut laju memotong. Berderau darah dan jantung pun berdegup laju, nasib Allah masih selamatkan aku.

Aku cuba bayangkan sbnrnya kalau la kete tu terlanggar aku,belum tentu aku ada lagi dengan kelajuan dia tu. Syukur Ya Allah.  Makin bertambah sakit dada aku hari ni. 

Maafkan aku,doakan aku

Wednesday, December 9, 2015

Cara Pembayaran Balik PTPTN menggunakan Maybank2u

Assalamualaikum .post kali ni saje aku nak up cara nak bayar balik ptptn pakai maybank2u. aku malas nak berurusan kat kaunter ke bank ke so aku buat online je. 

HUTANG BAYAR BALIK LA WOIIII!!!! hahaha. 

1. Login la kau punya maybank2u tu pastu pilih bahagian Account & Banking. 
Pilih kat Bill Payment --> Make a One Off Payment

2. Pilih kategori --> Education & Education Loan. 
** sambil pilih sambil menangis hehehe nampak duit melayang. 


3. Pastu pilihan untuk education pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
**masih lagi tersedu-sedu menangis

4. Masukkan jumlah bayaran pinjaman yang kau nak bayar. Macam aku saje nak mengetest jadi aku
bayar la rm70.29 sen dulu. Kena caj rm1 tau untuk transaksi ni. Masukkan no ic peminjam dan 
nombor telefon.

5. Lepas proceed tu kena request TAC untuk melengkapkan proses pembayaran. Maka selepas itu terbang la melayang duit aku ke ptptn.

Monday, December 7, 2015

Sendiri

Ada masa kita kena bersendiri untuk rilek dari segala benda. Hehe. Soooooo...
Hari tu aku saje nak lepak sorang2, pastu beli la tiket wayang. 

Paint my love : ni sebenarnya citer mandarin. Aku sebenarnya xtau nak beli citer apa. Ada pilihan citer horror xnak la aku. Hehe. 

Aku masuk2 je memang xde orang. Omg! Aku sorang je tengok. Bukanlah awal sangat aku masuk sbnrnya. Sekarang kalau citer tu 11.25 masa 11.25 la aku baru beli tiket. Sebab dah  tkena masa beli awal pastu mak call suruh balik. Hahahaha! 

So sampai nak ditayangkan citer aku memang sorang dalam panggung tu. So macam aku yang sewa untuk aku sorang. Bajet2 plak. 

Layan je la. 

Lepas habis citer ni dalam pkul 12 lebih. Ingat nak sambung lagi citer lain, tp citer lain mula pukul 2 ptg. Lambat sangat nak tunggu. Aku bukan suka menunggu lama2. Jadi aku pun g kfc siapkan keje plak. 

Sebenarnya aku terfikir, sampai bila kita nak mengharapkan orang, nak ke sana sini xberani. Belajarlah berdikari. Selagi kau xmula buat sesuatu pkara tu sorang2 kau xkan berani utk step seterusnya. Aku bukanlah orang yang berani sangaat tapi aku cuba selangkah demi langkah.