Monday, August 10, 2009

Sarapan pagi istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN

PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan

membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa

SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab

dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu

bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar

dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau

begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki

tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

No comments:

Post a Comment