Monday, August 29, 2011

29 August = 29 Ramadhan

Mood : Lapar + Ngantuk
Now Playing : Sebiru Hari Ini - Edcoustic

Hari ni last puasa?
InsyaALLAH.

Puasa tak hari ni?
Mestilah puasa

Alhamdulillah masih bernafas lagi kita di akhir ramadhan ini. Andai masih lagi bernafas pada esok hari dapat la sambut hari raya ( itupun kalau esok raya ) . Maknanya wajib juga la membayar zakat fitrah pada yang berkemampuan tu.

malam ni plan nak buat apa?
takbir raya sambil jadi pembantu chef kat dapur.

esok?
klau dapat bangun lambat macam hari biasa kan best. hehehe~
P.E.M.A.L.A.S

heheh.. sekian. jangan lupa bayar zakat fitrah

Sunday, August 28, 2011

28 August = 28 Ramadhan

Dalam menyelesaikan segala tugas tidak sedar masa berlalu begitu pantas sehingga baru ku sedar sudah menghampiri aidilfitri. terasa sedih kala ini bila tersedar sudah di pengakhiran ramadhan dan terkenang amalan yang telah dilakukan. terasa kerdil diri ini untuk menilai. moga amalan kita diterima olehNya.

masih ada masa lagi untuk kita memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan. rebutlah ruang dan peluang yang ada kerana belum tentu umur kita sampai di ramadhan yang akan datang. Ku pohon kemaafan kepada semua andai diri ini pernah tersilap dalam berbicara, andai tersalah dalam bergaya, andai terdengar segala fitnah dunia, andai terlihat yang tidak sepatutnya.

Aku insan yang lemah di sisi Allah

Thursday, August 11, 2011

PTPTN

PULANGKAN (lagu misha omar)..
[dinyanyikan oleh pegawai ptptn ngan ex-student..]

...(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
hingga akhir masa..ooo syang..

Kalau Member Terlalu Lama Dalam Bilik Air


Korang ada member yang kalau dia masuk bilik air dah kompom korang tidak akan dapat masuk dalam tempoh 2 jam akan datang. Di bawah ini ada cara-cara macamana mau bagi sedar c member korang tu.

  • Jangan letak cermin di dalam bilik air. Kalau mau tengok muka korang tengok sj d bayang-bayang air tu.

  • Buat tandas rumah korang macam tandas awam, sekali masuk 50 sen dan kalau lebih sejam caj la Rm50.

  • Beli dan pasang pintu automatik di bilik air korang yang mana setiap 15minit pintu akan terbuka sendiri.

  • Reka cerita hantu dgn member korang dengan tujuan menakutkan dia tapi pastikan korang berani, nanti korang pula yg tidak berani masuk bilik air.

  • Masa member korang tu mau masuk billik air, korang bekalkan siap-siap bantal, TV dan nasi dengan harapan member korang tu akan terasa disindir.

  • Korang pasang CCTV untuk tengok apa yang member korang buat dalam bilik air. Kemudian korang tiru la, baru dia tau rasa sakit hati bila tunggu di luar bilik air.

  • Buat sistem punch card di dalam bilik air tu maka boleh la tau sapa-sapa member korang yang suka duduk lama-lama dalam bilik air tu.

Tuesday, August 9, 2011

ok kali ni trik yang sama tapi cara yang berbeza. selamat mencuba..

Caranya :
1. minta kawan anda untuk memilih salah satu tanggal pada kotak yang telah dibuat berdasarkan kolum 1,2,3,4,5.

terus kepada cara pengiraan la ye...

contohnya birthday saya 25 hb.. so saya akan tandakan pada kolum 1,4 dan 5..

tengok kolum 1 menunjukkan angka 1
kolum 4 menunjukkan angka 8
kolum 5 menunjukkan angka 16

so , saya akan tambahkan 1+8+16 = 25.. so macam tu la kiranya.. kira jumlah pada kolum yang terlibat sahaja... SELAMAT MENCUBA>>TAK FAHAM>>TANYA

1

2

4

8

16

3

3

5

9

17

5

6

6

10

18

7

7

7

11

19

9

9

12

12

20

11

10

13

13

21

13

11

14

14

22

15

14

15

15

23

17

15

20

24

24

19

18

21

25

25

21

22

22

26

26

23

23

23

27

27

25

26

28

28

28

27

27

29

29

29

29

30

30

30

30

31

31

31

31

31

Lazy song

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't

I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all

Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out


Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

MTV 'Lagu Sedih' - V.I.P

Monday, August 8, 2011

Meneka Usia

sebelum ni aku post tentang meneka tarikh lahir, so sekarang ni aku nak bagi trik untuk mengenal usia plak. ye lah kadang2 bagi sesetengah orang amlu untuk menyatakan umurnya. tapi sekarang korang boleh teka dengan trik ni.

cara pengiraan ( Minta kawan anda kira )
1. Usia sebenar darabkan dengan 2
2. Tambahkan hasil darab dengan 10
3. Darabkan hasil tambah dengan 5
4. Tolakkan hasil step no.4 dengan 50.

contoh : umur saya 19 tahun
1. 19 x 2 = 38
2. Tambahkan 38 + 10 = 48
3. Darabkan 48 x 5 = 240
4. Kurangkan 240 - 50 = 190

Hasilnya 190. yang kosong dibelakang hilangkan. that mean umur saya 19 tahun.. Selamat mencuba.

Teka tarikh lahir kawan

om main teka birthday kawan...
ikut step ni ( minta kawan anda mengira )
1. Darabkan bulan kelahiran dengan 5
2. Tambah hasil darab dengan 7
3. Darabkan dengan 4
4. Tambahkan dengan 13
5. Darabkan dengan 5
6. Tambah dengan tarikh lahir.
7. Tolak dengan 205

Contohnya : my birthday 25.04.1992
1.Darabkan 4 x 5 = 20
2. Tambahkan 20+7 = 27
3. Darabkan 27 x 4 = 108
4. Tambahkan 108 + 13 = 121
5. Darabkan 121 x 5 = 605
6. Tambah 605 +25 = 630
7. Tolakkan 630 -205 =425

Jadi jumlah ialah 425. that mean saya lahir blan 4 dan bertarikh 25hb..

UNIC - Doa Dhuha

Thursday, August 4, 2011

Hati~

Dalam hati ada TAMAN IMAN...

Tepuk dada tanya IMAN...

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia



Gambar hiasan
1.0 PENGENALAN
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN
Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

3.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.


4.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.