Friday, December 21, 2012

PROMED@CS UITM PERAK

Assalamualaikum wbt.

Mood : Nerves esok labtest
Masa : 2.19 pagi

Baru-baru ni, 8-9 Disember ( btw xla baru sangat ), aku dengan group aku g pertandingan multimedia PROMED kat UiTM Perak. Rasanya baru pertama kali keluar pergi pertandingan peringkat U. Kumpulan aku : UKAY AIM. group dengan jawa n kadir.. group lagi 1 BERIA PRODUCTION.chuda, pain, wan shah.
Walaupun xmenang, kami berpuas hati kerana sekurang2nya mendapat pengalaman yang berharga bersma kawan2 dan mungkin boleh get prepare for the next pertandingan .

erm... sebenarnya hari ni rasa sunyi plak dan teringat kawan2 matrik. alangkah rindunya saat indah bersama mereka.

erm xleh upload gambar plak...

Thursday, November 1, 2012

6 PRODUK KOSMETIK DIHARAMKAN


KUALA LUMPUR: Bagi memastikan golongan wanita tempatan tidak teraniaya, enam produk kosmetik import diharamkan serta-merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti boleh mencacatkan wajah selain turut mampu membawa maut.

Keenam-enam produk kosmetik import berkenaan dikenal pasti mengandungi racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti berikutan boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, Treatment No 1 dan Treatment No 2.

Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

MASALAH PENDARAHAN KETIKA BUANG AIR BESAR


Najis Campur Darah Petanda Awal
RAMAI antara kita pernah mengalami masalah pendarahan apabila buang air besar. Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang perlu mendapat rawatan segera.
Pendarahan ketika buang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita terutama di kalangan golongan muda pada peringkat umur produktif iaitu antara 20 hingga 30 tahun.

Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil karbohidrat yang diproses, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan.

Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia berkhasiat, sesetengah produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat yang terbuang tadi. Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih, gula atau bahanyang dibuat daripada tepung.
Inilah sebabnya bagi individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam.

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan ketika buang air besar. Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser usus selain rekahan pada kulit saluran dubur (masalah biasa dan menyakitkan, disebabkan sembelit atau mengeluarkan najis secara paksa), polip pada rektum dan usus besar serta ulser.
Masalah ini juga dipanggil pendarahan rektum (bahagian akhir usus besar) kerana rektum terletak betul-betul di atas lubang dubur. Kebanyakan pendarahan rektum pada usus besar, hujung usus besar atau dubur. Usus besar ialah sebahagian daripada saluran gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus kecil.

Usus besar bertanggungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rektum pula adalah bahagian terakhir usus besar (15 sentimeter dari dubur). Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus kecil dipanggil saluran gastrointestin atas.

Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abdul Hamid Mat Sain, walaupun ramai yang menganggap ia agak memalukan tetapi gejala berbahaya tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian segera bagi mengesan punca sebenar menyebabkan pendarahan.

Sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

“Warna darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna ia boleh memberikan gambaran kasar kepada punca, penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar bersama najis itu merah cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur (di bahagian usus yang hampir dengan kulit). Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir.

“Jika warna darah merah gelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Penyakit pada umumnya lebih berbahaya seperti kanser usus. Ini adalah punca pendarahan rektum yang paling lazim,” katanya.

Warna najis yang hitam dan melekit seperti tar (dipanggil melena) pula menandakan ada pendarahan pada bahagian lebih atas (pangkal) usus, esofagus, perut atau duodenum (usus kecil). Melena atau najis tar ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang bakteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin yang berwarna hitam dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rektum kali pertama, pesakit perlu menjalani pemeriksaan segera.

Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi petanda tahap penyakit atau masalah yang dialami seseorang. Biasanya pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermakna pendarahan sudah mencapai tahap serius.

Pendarahan rektum juga boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam khususnya bagi mereka yang mengalami pendarahan serius. Kadang kala pesakit juga boleh mengalami simptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.

Masalahnya ramai antara kita tidak mendapat pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan pesakit juga enggan diperiksa kerana malu sebaliknya hanya meminta ubat daripada doktor. Tindakan ini sebenarnya perlu diubah kerana tanpa pemeriksaan, masalah sebenar yang dihadapi tidak dapat diketahui.

Dr Abdul Hamid berkata, pemeriksaan saringan pertama paling minimum ialah ujian rektum digitar yang memerlukan doktor melihat dan memasukkan jari ke dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan hanya mengambil masa satu atau dua minit saja. Biasanya melalui pemeriksaan ini, doktor boleh memeriksa keadaan dinding usus, bengkak, buasir, kanser atau ketumbuhan yang tumbuh di hujung usus besar.
Jika pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna pendarahan berlaku di bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis seterusnya perlu dijalankan kerana 50 peratus kanser usus lazimnya berlaku pada 15 sentimeter ke dalam usus (dari dubur).
Pada peringkat awal, pesakit umumnya tidak dapat membezakan sama ada pendarahan itu disebabkan buasir atau kanser usus kerana ramai yang mengalami kedua-dua masalah serentak. Jika didapati ada ketumbuhan dalam rektum, doktor akan menjalankan biopsi dengan mengambil secebis tisu daripada ketumbuhan berkenaan untuk diperiksa.

“Pesakit perlu membuang rasa malu kerana ia menghalang proses rawatan. Paling penting, jika pendarahan itu disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal. Jika tiada buasir atau kanser, ini bermakna pendarahan berlaku pada bahagian atas gastrointestin. Ia boleh dipastikan melalui ujian kolonoskopi untuk mengesahkannya.
“Gejala najis berdarah juga berlaku pada kanak-kanak tetapi ia biasanya disebabkan masalah sembelit dan bukannya kanser. Bagaimanapun bagi orang dewasa, jangan buat tidak endah pada gejala ini kerana ia petanda penting wujudnya masalah kesihatan,” katanya.
info from : HPA Online Network

KHASIAT TABIAT MINUM AIR


MENGANTUKNYA!Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair.

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :-
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Thursday, July 26, 2012

nasi lemak

Assalamualaikum...
sekian lama xpost, sebab aku lupa password dah...

tetiba aku teringin nak makan nasi lemak.. dan2 la aku search resepi... dah siap barang2.. aku pun dengan semangatnya buat la nasi lemak... hampir je siap masak .. ermmmmm~ aku tgk mcm bubur rasa santan pun ada.. hahaha... tlobih air plak.. hehe.. sabor je la... tu la kawan aku kata buat yg senang2 je dlu.. ni dan2 nak masak nasi lemak terus... erm..apa lg petang ni g la bazaar beli makanan...hehehe

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Tuesday, March 20, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Alhamdulillah =)




Salam.. tau kenapa aku post gambar2 kamera ni?
hahaha..
mestilah sebab aku dah dapat
sebelum balik ukm hari tu dah beli kamera canon 600D..+bateri grip+speedlite = rm3250...
alhamdulillah.. =)

Wednesday, January 25, 2012

Calories

Sumber : cekodok.com

-What are calories?
-How they cause weight gain and weight loss
-How many calories you need per day
-How protein, carbohydrates and fats make up the calories.
-How to read nutrition labels.
-and more.

What Are Calories?
Calories are the unit measurement of energy for food (1 calorie = 4 joules). The main sources in food are carbohydrates, protein and fat.

We eat so that we get nutrition and, more importantly, energy to sustain our activities, bodily functions and life itself. Every breath you take, every movement requires a certain amount of energy.

How Calories Influence Weight Gain And Weight Loss
Losing or gaining weight is all about energy, and all about CALORIES.
Wanna lose 1 pound of fat? Well than you gotta somehow burn 3500 calories.
If you supply your body with more energy (food) than it needs, the surplus can’t just disappear. It will be stored (you could call it potential energy) as fat. So what is the impact in terms of weight gain or loss?

Energy and weight gain: People who gain weight are supplying too much energy into their system. In other words, based on their natural metabolic rate and daily activities, they are eating more than they should. Hence the excess is stored as fat.

Energy and weight loss: When people don’t eat enough food to create energy to support their daily activities, their body will tap into reserves (fat) to balance the equation.

How Many Calories Do You Need Per Day?
Everyone should generally know how many calorie they need per day and the factors that influence it. There are different formulas to calculate this but let’s keep it practical.
One’s daily calorie requirement depends on various factors:

Gender: Males generally require more energy compared to women, having been intended by Nature to do the heavier work

Age: The older you become, the fewer calories you need because the natural metabolic rate slows down

Weight: The more you weigh, the more calories your body needs to keep alive (just as a heavier car consumes more fuel); this is also why people find it harder to lose weight after dropping a few pounds

Level of Activity: Keeping fit ensures that you have more calories (energy) going out; being active also plays a big role in lifting your overall metabolic rate

BASAL METABOLIC RATE (BMR)
The BMR is the amount of energy you need to sustain your life. This includes your breathing, organs and everything else you need to keep alive:

Men: BMR = 66 + (13.7 x wt in kg) + (5 x ht in cm) - (6.8 x age in years)
Women: BMR = 655 + (9.6 x wt in kg) + (1.8 x ht in cm) - (4.7 x age in years)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)
Next, we factor in how active the person is, by using the Activity Multiplier:

Sedentary = BMR x 1.2 (little or no exercise, desk job)

Lightly active = BMR x 1.375 (light exercise/sports 1-3 days/wk)

Moderately active = BMR x 1.55 (moderate exercise/sports 3-5 days/wk)

Very active = BMR x 1.725 (hard exercise/sports 6-7 days/wk)

Extra active = BMR x 1.9 (hard daily exercise/sports & physical job or 2xday training)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

You are a 30 year old female, 30 years old, 5' 6 " tall (167.6cm) and weigh 120 lbs (54.5 kg).

Your BMR = 655 + 523 + 302 - 141 = 1,339 calories/day
Your DCR = 1.55 x 1339 = 2,075 calories/day

Sunday, January 22, 2012

DIET BERSAMA HERBALIFE

Formula 1 Nutritional Shake Mix
Menyediakan vitamin dan nutrien penting.
Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting.
# Mengandungi 19 vitamin dan mineral.
# 9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas.
# Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.
# Mempunyai lima perisa.

*Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat AS. Produk ini tidak bermaksud mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

# 5 perisa pilihan -
French Vanilla 550 gm
Dutch Chocolate 550 gm
Strawberry 550 gm
Tropical Fruit 550 gm
Cappuccino 550 gm

Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder

Suplemen Protein menolong menghalang rasa lapar.
Suplemen protein tanpa lemak yang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengawal rasa lapar dan pengurusan berat badan yang menyihatkan.
# Campuran soya dan protein proprietari
# Mudah dibancuhkan dalam shake, sup dan sos.
# Menolong membina dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak.

ShapeWorks̢㢠Tea Mix
Minuman herba yang menyegarkan dan untuk pengurusan berat badan.
Campuran teh segera kalori rendah yang enak ini membantu anda kekal bertenaga dan segar sambil anda menguruskan berat badan anda.
# Mengandungi antioksida dan teh hijau termogenik.
# Boleh dinikmati panas atau sejuk.

Menu Diet dengan Herbalife produk :

Formula 1, Formula 3 & Tea Mix
Ambil 2 shake dan 1 makanan seimbang.
Biasanya gantikan sarapan dan makan malam dengan shake herbalife dan ambil makanan seimbang semasa makan tengahri.

sarapan
400ml air/susu rendah lemak/soya + 2 scoops F1 + 1 scoop F3.

- waktu antaranya -
- 1 sudu kecil teamix + 500ml air kosong
- kalau lapar makan buah epal/yogurt/biskut fiber 2kpg

makan tengahari
makanan seimbang yang berwarna-warni, lebihkan buah-buahan dan sayuran. elakkan makanan berlemak dan berminyak.

- waktu antaranya -
- 1 sudu kecil teamix + 500ml air kosong
- biskut fiber/yogurt/buah.

makan malam
400ml air/susu/soya + 3 scoops F1

keperluan air untuk sehari -
dinasihatkan minum air sebanyak 2000ml - 4000ml (air kosong dan juga teamix)

LOSE WEIGHT NOW!ASK ME HOW

Pengurusan Berat Badan

Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program ShapeWorks̢㢠menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki.

Kenapa pengurusan berat badan anda sukar sebelum ini?

Ini mungkin kerana anda belum menemui program pengurusan berat badan yang boleh menolong anda membuang kilo dan mengurangkan sentimeter, sambil kekal sihat pada masa yang sama. Tetapi ShapeWorks dari HERBALIFE boleh melakukannya untuk anda.

Ia adalah program seimbang yang meyihatkan dan boleh diperibadikan mengikut komposisi dan bentuk badann anda yang unik. Ia membantu mengawal rasa lapar dan membuat anda sentiasa berasa sihat dan segar.
Herbalife adalah pemimpin dalam membangunkan produk pengurusan berat badan terkini, pemakanan dan juga penjagaan personal. Teknologi terkini digunakan dalam mencipta formula untuk setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, atau badan badan yang khusus, Produk-produk ini diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplimentasi mikronutrien dan sains herbal. Ia dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan penyediaan kepada kesihatan masa hadapan.

Dengan menyatukan kebaikan semulajadi dan sains terkini, Herbalife adalah yang paling termaju dalam memaksimumkan kesihatan diri.
Herbalife adalah antara produk digunakan untuk tujuan membantu menguruskan berat badan ialah seperti yang diterangkan di bawah ini:

Makanan Gantian (Meal Replacement)

Rawatan dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya, dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain, anda hanya boleh mengambil produk ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah).

Sebagaimana yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka masa yang lama. Penurunan berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan kegemukan.

Rawatan melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil. Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan, terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini.

Selalunya produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan anda sedikit sebanyak dapat dikawal.

Produk-produk ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma. Ia tidak menghakis otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan.


Mengetahui sejarah Herbalife melengkapkan separuh daripada penyampaian anda kepada pelanggan.

Mark Hughes, yang mengasaskan Herbalife lebih daripada 25 tahun dahulu, telah pergi ke China untuk belajar dengan pakar herba supaya beliau boleh mencipta produk2 yang sebolehnya paling berkesan.
kami komited terhadap kualiti produk dan selalu merujuk kepada pengedar2 yang selalu memberi maklumbalas penting daripada pengalaman peribadi mereka dan daripada pelanggan2. Dengan berbuat demikian, kami boleh membawa produk2 ke pasaran yang memenuhi keperluan para pelanggan hari ini dan sentiasa meninjau dan mengkaji keperluan pelanggan2 masa depan.

Samada anda menyampaikan produk pengurusan berat badan Herbalife, supplimen kesihatan atau produk nutrisi luaran, anda boleh rasa yakin bahawa barangan ini mempunyai sokongan kekuatan syarikat yang mempunyai tradisi lama dalam memfokuskan gaya hidup yang sihat untuk semua.

KELEBIHAN HERBALIFE
Kajian sains di sebalik kejayaan

Doktor sains dan ahli nutrisi yang ternama di AS menjadi anggota Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik Herbalife, untuk memastikan produk2 Herbalife mencapai atau melebihi piawaian paling tinggi yang boleh dicapai.

Keseimbangan alam semulajadi dan sains
Menggabungkan bahan2 semulajadi dengan teknologi sains membolehkan Herbalife mencipta suplemen harian perlu yang kaya dengan protein tambahan yang dialu-alukan untuk sebarang gaya hidup.

Bahan-bahan Herbalife
Hanya bahan2 yang diperoleh daripada sumber semulajadi yang paling tinggi kualitinya dari setiap pelosok dunia dimasukkan dalam produk2 Herbalife.

Produk2 yang mudah diguna dan dibawa ke mana2
Ini adalah produk2 yang tepat untuk anda dan pelanggan2 anda, samada untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan berat atau seboleh-bolehnya menjadi sihat atau gembira.


KESIHATAN YANG BAIK BERMULA DENGAN NUTRISI SELULAR
Mengoptimumkan Kesihatan Anda dengan Nutrisi Selular

Untuk rasa sihat anda mesti menjadi sihat. Dan untuk menjadi sihat, anda perlu menyuburkan sel2 badan anda. Kami namakan Nutrisi Selullar, dan ia menjadi asas saintifik kepada setiap produk yang kami tawarkan. Dengan membekalkan sel2 anda dengan nutrien yang seimbang. Sel2 anda menjadi semakin terbuka, membenarkan ia menyerap dan memproses nutrien. Melalui Nutrisi Selular, Herbalife telah mencipta asa yang terbaik untuk pengurusan berat badan dan hasil yang kekal.


Memperibadikan Pengurusan Berat Badan dengan SHAPEWORKS

Nutrisi dan kuasa protein adalah teras kepada Shapeworks. Satu kejayaan cemerlang dalam pengurusan berat badan, Shapeworks berdasarkan teori yang diuji secara klinikal dan falsafah Dr. David Heber, Ketua Pusat Nutrisi Manusia dan Pengerusi Lembaga saintifik dan Perubatan Herbalife. Dengan 26 tahun sebagai peneraju dalam industri pengurusan berat badan, kami telah merekabentuk shapeworks untuk menolong anda mengawal rasa lapar dengan kerkesan- cabaran 1 yang dihadapi oleh mereka yang berdiet. Dengan kebolehan untuk meyukat protein secara peribadi, Herbalife telah mencipta kombinasi jaya dengan shapeworks.

Thursday, January 19, 2012

Deria Kesakitan

Dari An-Nu’man bin Basyir, dia mengatakan: Rasulullah SAW bersabda:

Engkau lihat orang-orang mukmin dalam hal saling menyayangi, saling mencintai dan saling berbelas kasihan, adalah laksana satu tubuh, jika salah satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan merasa susah untuk tidur dan demam.

(HR. Bukhari-Kitab Adab)


Fakta Ilmiah

Menurut penyelidikan-penyelidikan moden yang intensif dan berterusan, beberapa fakta yang mengagumkan telah terungkap mengenai interaksi antara organ-organ tubuh manusia ketika diancam bahaya seperti kecederaan atau sakit. Kajian juga menemui strategi dan tindakbalas fungsi yang diambil oleh organ-organ diseluruh tubuh setiap kali apabila salah satu organ menderita akibat cedera atau sakit, dan tindakbalas ini berbeza-beza mengikut keadaan kecederaan.

Apabila jangkitan atau kecederaan berlaku, pusat deria mula menghubungi pusat-pusat kawalan dan pengawasan di hipotalamus. Panggilan ini merangsang pada kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon yang merangsang pula seluruh kelenjar endokrin untuk mengeluarkan hormon mereka, yang mendesak semua organ tubuh untuk menyelamatkan organ tubuh yang terancam. Oleh kerana itu, ia adalah suatu aduan yang nyata, dan panggilan yang benar , bukannya satu metafora. Panggilan ini bererti bahawa setiap bahagian dari tubuh menggunakan tenaga paling tinggi untuk menyelamatkan bahagian tubuh yang terancam.

Jantung, contohnya, mula berdegup lebih cepat untuk membantu darah beredar dan mencapai organ yang terluka. Pada masa yang sama, pembuluh darah di organ terluka akan menguncup, sedangkan saluran darah di bahagian tubuh yang lain mengembang untuk menghantar jumlah tenaga, oksigen, antibodi, hormon, dan asid amino yang diperlukan ke bahagian yang terluka untuk membantu melawan jangkitan atau kecederaan dan untuk menyembuhkannya dengan cepat.

Tubuh mula menjadi lemah, akibat sebahagian daripada lemak dan protein yang disimpan telah dipecahkan, bagi memberi bantuan pada organ yang terluka. Proses ini berterusan sehingga proses menyelamat reda iaitu di saat kecederaan atau penyakit terkawal, dan tisu dan sel yang terkena jangkitan/cedera dapat dipulihkan.

Panggilan dari bahagian terluka atau dijangkiti menyerupai panggilan nyata untuk bantuan; tempat yang tercedera mengeluarkan denyutan saraf ke pusat-pusat deria dan pengawasan dari otak. Malah, beberapa zat kimia dilepaskan semasa titisan pertama tumpahan darah atau ketika suatu tisu terkoyak. Kemudian, semua organ tubuh bertindakbalas untuk memberikan bantuan kepada organ yang tercedera/dijangkiti bersesuaian dengan keadaan kecederaan atau penyakit.

Kaitan Hadis dan Saintifik

Apa yang disebutkan dalam hadis di atas sebenarnya berlaku, kerana semua organ tubuh memberikan isyarat antara satu sama lain untuk menyelamatkan organ yang dijangkiti/tercedera. Dalam aspek kehidupan masyarakat Muslim, apabila suatu daerah mengalami pencerobohan , seluruh muslimin dan muslimat perlu menghubungi antara satu sama lain untuk memberi bantuan kepadanya.

Anda tidak akan dapat menemukan perkataan yang lebih tepat dari perkataan ‘Tada’a’ untuk menggambarkan kesakitan pada suatu organ, yang di dalamnya terkandung aspek linguistik, retorik, dan ketulinan pada masa yang sama. Nabi SAW memberitahu kepada kita apa yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh manusia tanpa menggunakan sebarang perkakasan/peralatan dan menggunakan kata-kata yang fasih dan kalimat yang retorik.

Apa yang lebih mengkagumkan adalah kenyataan bahawa nama yang diberikan oleh doktor kepada sistem saraf yang berinteraksi semasa tubuh dijangkiti atau terluka adalah: saling mencintai, kasih sayang, dan belas kasihan, yang merupakan kata-kata sama yang digunakan oleh Nabi SAW di dalam hadis tersebut.

Maha Besar Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar lagi unggul, dan Allah yang membantunya dengan mukjizat dan kefasihan.

Tekanan Darah Tinggi, Sejauh Mana Risiko Anda?

DARAH TINGGI

Darah tinggi adalah satu penyakit yang tidak asing lagi di kalangan kita, malah menjadi sebutan saban waktu dan ketika. Ia merupakan satu penyakit genetik yang tentunya berkait rapat dengan keturunan.

Di Malaysia, kajian menunjukkan peratus kejadian penyakit ini adalah sebanyak 24%. Ini bermakna 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah yang tinggi. Kebanyakan penyakit darah tinggi didiagnos pada usia 25 tahun dan ke atas, sewaktu pemeriksaan kesihatan umum dijalankan.

Jantung bekerja sebagai sebuah pam yang mengepam darah ke seluruh badan. Tekanan darah yang diukur sewaktu jantung mengepam darah dipanggil tekanan darah sistolik (bacaan atas), manakala tekanan darah yang diukur sewaktu jantung berehat dipanggil tekanan darah diastolic (bacaan bawah). Tekanan darah yang normal adalah 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan tinggi apabila melebihi 140/90 mmHg.



PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Punca tekanan darah tinggi yang paling utama adalah disebabkan faktor genetik. Bagaimanapun, para pengkaji masih tidak mengetahui secara jelas bagaimana terjadinya peningkatan tekanan darah. Penyakit darah tinggi yang disebabkan oleh faktor genetik ini juga disebut sebagai primary atau essential hypertension.

Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang dapat mengganggu fungsi organ sehingga menyebabkan kegagalan badan untuk mengawal tekanan darah. Contohnya seperti buah pinggang, jantung, sistem saraf dan lain-lain. Keadaan ini juga disebut sebagai secondary hypertension. Secondary hypertension boleh juga berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan seperti steroid dan ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Pengambilan alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi tekanan darah tinggi seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.

TANDA-TANDA, SIMPTOM DAN GEJALA TEKANAN DARAH TINGGI

Kebanyakan orang tidak menunjukkan tanda-tanda mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah tekanan darah mereka menjadi amat tinggi. Seringkali tanda-tanda yang dapat dijumpai adalah pening, sakit kepala atau hidung berdarah. Periksalah tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang, seterusnya mengakibatkan kerosakan organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak boleh menyebabkan:
- Kekeliruan
- Khayal
- Sawan, malah
- Kematian.
Maka, hendaklah dirawat segera.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan tekanan yang berterusan kepada organ-organ tubuh:
- Jantung: kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
- Pembuluh darah: menjadi keras
- Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
- Mata: pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitive cahaya dalam mata
- Otak: strok / angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat dicegah sekiranya anda mendapatkan rawatan awal.



SEJAUH MANAKAH RISIKO ANDA UNTUK MENDAPAT DARAH TINGGI?

Daripada kajian, terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko untuk terjadinya tekanan darah tinggi. Antaranya:

Umur. Risiko mendapat tekanan darah tinggi meningkat seiring dengan peningkatan umur.
Sejarah keluarga. Disebabkan faktor utama tekanan darah tinggi adalah genetik, jika anda mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai darah tinggi, kemungkinan besar anda juga mempunyai darah tinggi.
Obes/Kegemukan. Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, kerana pada orang gemuk, jantung akan berusaha lebih keras untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh. Secara langsung, tekanan di dalam pembuluh darah akan meningkat.
Kurang bersenam. Jantung pada orang yang kurang bersenam berdetak dengan lebih cepat. Hal ini demikian kerana jantung perlu berusaha lebih kuat untuk mengepam darah pada setiap pengepaman, secara tidak langsung, tekanan darah akan naik.
Diet terlebih garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan lebih banyak air atau cairan tersimpan di dalam badan. Dengan meningkatnya kandungan darah, tekanan darah juga turut meningkat.
Stres. Stres dapat menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi secara mendadak. Prosesnya melibatkan sistem saraf sentral di otak.
Merokok dan minum alkohol. Bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam rokok/tembakau menyebabkan penyempitan pada pembuluh darah yang akhirnya meningkatkan tekanan darah. Samalah juga halnya dengan alkohol.
BERAPA KERAPKAH PEMERIKSAAN BERKALA PERLU DILAKUKAN?

Anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan umum sekurang-kurangnya 2 tahun sekali pada umur 20 tahun dan ke atas. Jika masalah tekanan darah dapat diketahui lebih awal, anda tidak perlu memakan ubat. Hanya perlu menjaga pemakanan dan meningkatkan senaman.

APAKAH RAWATAN UBAT UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI?

Langkah utama dalam pengubatan tekanan darah tinggi adalah dengan mengawal tekanan darah. Target tekanan darah adalah 140/90 untuk orang yang sihat, 130/80 untuk orang yang mempunyai penyakit buah pinggang, dan 120/80 untuk orang yang mempunyai penyakit jantung.

Tekanan darah dapat diturunkan dengan mengurangkan penyebab-penyebab berlakunya tekanan darah tinggi seperti yang telah disebutkan di atas; kurangkan garam dalam makanan, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol, bersenam, kurangkan berat badan dan kurangkan stres.

Jika tekanan darah tidak dapat dikurangkan dengan cara-cara di atas, maka anda perlulah memakan ubat dengan teratur. Kadang-kadang, beberapa kombinasi ubat diberikan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesan sampingan sekiranya ubat yang sama diberikan.

Antara jenis-jenis ubat yang diberikan adalah:

- Thiazide, merupakan pilihan utama dalam pengubatan darah tinggi. Ubat ini bertindak pada buah pinggang untuk membuang garam dan air dari badan.
- Beta blockers, bekerja di jantung dan pembuluh darah. Ianya juga berkesan jika digabungkan dengan ubat-ubat thiazide.
- Angiotensin converting enzymes inhibitors (ACEi), bertindak mengendurkan pembuluh darah.
- Angiotensin-II receptor blockers, juga bekerja pada pembuluh darah.
- Calcium channel blockers, bertindak dengan mengendurkan otot-otot pada pembuluh darah.
- Renin inhibitors, bertindak pada buah pinggang.

Selain itu, terdapat beberapa jenis ubat lagi yang digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

KESIMPULAN

Tekanan darah tinggi bukanlah suatu penyakit yang tidak dapat dihilangkan, ianya dapat dikawal selagi anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang unggul dan mengelakkan faktor-faktor risiko yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

10 Punca Lemah dan Mengantuk Serta Tips dan Petua Cara Mengatasi

1. Tidak cukup tidur

Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia)

Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi

Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid

Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.

Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.

Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung

Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Baca juga 5 faktor risiko penyakit jantung.

Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan

Penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Tanda : Dipangkal kuku warna gelap

Simptom : Mudah letih, Sering dahaga & lapar,penglihatan kabur, banyak makan tapi berat badan menurun,mudah berbisul tapi lambat sembuh, kerap kencing dan dihurungi semut

Punca : Gula berlebihan,Sembelit

Herba : Kopi Radix, Plantisol,Herba Rebusan, Kencing Manis, Teh Herba dan Malac

Penyakit Gastritis

Tanda : Urat biru/Hijau tepi perut ibu jari

Simptom : Cepat letih,mudah lapar, sakit ulu hati

Punca : Makan tidak menentu, makanan pedas

Herba : D’Karm, Herba tuju angin,madu asli, kopi radix, (Herba diambil selepas makan)

Tinggi Kolesterol

Tanda : Warna merah pada setiap hujung jari

Simptom : Rasa kesemutan/kebas hujung jari, cepat marah

Punca : Makanan berlemak, berminyak

Herba : Omega -3 Softgel, Mengkudu, Spirulina, D’Deu,D’Det dan Teh Asiatica

Penyakit Usus

Tanda : Ibu jari bengkok, jari telunjuk bengkok, ruas jari warna gelap, jari telunjuk dan jari tengah bila direntang rasa sakit

Simptom: Sembelit, badan & mulut berbau, sakit perut, mudah letih, mengantuk

Punca: Najis yang dikeluarkan tidak cukup atau melebihi 14 jam, najis tak keluar habis, pemakanan (kurang serat, kurang air)

Herba: D’Karm, Pelawas, Herba Tuju Angin, Roselle, Spirulina, Kopi radix, Teh Asiatica

“Dan Kami menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian” (Surah At-Tin : 4)

p/s : Bukan hanya perubatan moden yang kita harus belajar..tapi perubatan alternatif juga. Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar cara dan membuka jalan.

Tinggal kita untuk bertindak.

Sumber dipetik daripada Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi (HPA)

7 Mitos Tentang Diet Yang Anda Tidak Sedar

Terdapat ramai orang yang masih lagi percaya dengan mitos ini. Kerana mereka hanya mendengar cakap-cakap orang tanpa melakukan kajian terlebih dahulu. Dan apabila mempercaya mitos ini, mereka merasakan mereka sedang berdiet walhal, mereka tidak. Sebab tu anda lihat rupa-rupanya anda masih belum dapat menurunkan berat badan dengan berjaya.

1. Bergantung kepada diet yang mendadak.

Anda mensasarkan untuk mengurangkan berat badan 5kg dalam masa seminggu. Meletakkan matlamat sebegini akan memberikan tekanan yang berlebihan kepada anda. Sudahnya anda berasa sangat tertekan dan apabila target tidak tercapai anda mudah berasa ‘down’ dan tidak ingin mengekalkan diet anda. Apabila anda turunkan kalori lebih rendah daripada sepatutnya iaitu dibawah 1000 kalori, anda melatih badan anda untuk menurunkan paras metabolisma. Akibatnya bila anda kembali makan seperti biasa. Badan anda naik mendadak!

2. Tidak bersarapan pagi.

Apabila anda tidak bersarapan pagi, anda akan mudah berasa lapar dan anda akan mula mendapatkan snek-snek atau anda mula mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari misalnya. Sebaiknya pada waktu sarapan, makan makanan yang mempunyai kandungan bijirin yang tinggi supaya anda dapat berasa kenyang dalam masa yang panjang.

3. Tidak makan snek langsung.

Disarankan, anda perlu mengambil kuantiti makanan secara berterusan dalam kuantiti yang sedikit seperti makan 5 kali sehari tetapi apa yaong penting adalah kandungan makanan tersebut. Maka tidak kisah sekiranya anda makan snek tapi sebaiknya snek yang berbentuk kacang kerana kacang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Kajian ada menyatakan snek kacang membantu untuk anda mengurangkan berat badan.

4. Mengambil produk rendah lemak berlebihan.

Mengambil produk rendah lemak setiap masa bukannya lesen untuk anda berdiet kerana produk rendah lemah dan makanan rendah kalori tidak sama. Apa yang perlu anda lihat adalah dari segi kalori makanan tersebut. Jika anda ingin kawal diet anda, setiap kali anda membeli sesuatu produk makanan, lihat pada label makanan tersebut. Terdapat info-info yang anda perlukan untuk anda berdiet. Jadikan ia sebagai satu habit. Anda pasti tidak menyesal.

5. Kurang minum air.

Anda pun tahu kepentingan air dalam badan kita. Badan kita mempunyai 75% air dalam badan dan air sangat penting dalam metabolisma badan. Sekiranya anda kurang minum air, anda akan mengalami dehidrasi dan menyebabkan metabolisma badan menurun. Sebab itu sekiranya anda berasa haus, jangan teragak-agak untuk minum air terutama ketika anda bersenam.

6. Kira berat anda hampir setiap hari.

Ukur berat badan setiap hari adalah resepi kearah kekecewaan. Anda akan sentiasa berasa tertekan kerana berat anda masih tidak turun-turun. Diet atau penurunan berat badan bukan berlaku untuk masa yang singkat. Ia berkaitan dengan cara hidup anda. Jangan jadikan hidup anda satu bebanan okay? Bayangkan sekiranya anda mengukur setiap masa, anda akan lihat berat anda mudah berubah-berubah dan secara tidak langsung akan melibatkan emosi anda.

7. Tidak bersenam.

Untuk menurunkan berat badan dua perkara ini perlu disinergikan bersama. Jangan terlalu fokus dengan diet pemakanan kerana sekiranya anda bersenam, anda tidak perlu terlalu tegas dalam memilih makanan dan pada masa yang sama anda masih dapat menurunkan berat badan. Pilih jenis senaman yang seronok anda lakukan supaya anda tidak berasa terpaksa untuk melakukan senaman.

Turunkan 2kg Berat Badan dalam Seminggu Tanpa Sebarang Senaman

Adakah anda percaya yang anda boleh turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 2 kg dalam masa satu minggu. Dan sekiranya anda betul-betul mengamalkannya, anda boleh dapat keputusan lebih daripada itu. Teknik ini bukanlah satu perkara yang asing di negara luar. Sudah ramai yang mengamalkan teknik ini dan ia terbukti berkesan.

Seperti yang katakan ia bukanlah satu perkara yang asing. Jika dahulu, anda mungkin tahu pakar pemakanan kini banyak menekankan aspek kalori defisit di mana kalori yang anda ambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang terbakar. Kali ini sistem ini kurang diguna pakai terutama oleh atlet-atlet bina badan yang mengutamakan kecantikan tubuh dan menitik beratkan soal pemakanan.

Kaedah ini digelar diet rendah karbohidrat

Konsepnya mudah sahaja, anda hanya perlu singkirkan segala sumber karbohidrat dalam diet anda kepada serendah yang mungkin. Jika dalam diet harian kita memerlukan nasi, kini anda perlu menolak nasi dan digantikan dengan sumber makanan yang lain. Sumber yang terbaik ialah sumber protein, seperti dada ayam, putih telur, dan sebagainya. Anda juga seboleh-boleh mengelakkan sumber fruktos iaitu buah-buahan yang kaya dengan fruktos kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak. Suka minum air-air yang manis? Kini sekiranya anda ingin mengurangkan kandungan karbohidrat atau gula dalam badan anda, anda perlu kurangkan minum air manis dan gantikannya dengan air kurang gula. Jangan risau kerana banyak produk minuman rendah gula 0 kalori berada di pasaran. Cuma anda sedikit bermasalah sekiranya anda makan di kedai-kedai mamak. Jika anda sering order teh ais, kini anda perlu order teh o ais untuk mengurangkan kadar gula tersebut.

Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Anda merasakan diet ini sangat menyusahkan? Jangan risau, anda masih boleh memakan segala bentuk makanan yang anda mahukan pada hari tertentu yang dinamakan ‘cheat day’.

Apa itu ‘cheat day’?

‘Cheat day’ ialah hari dimana anda dibenarkan memakan apa saja bentuk makanan yang anda inginkan tetapi ia hanya dibenarkan seminggu sekali sahaja selepas anda mengamalkan diet yang ‘kurang seronok’ tetapi efektif. Hari tersebut membantu anda konsisten dalam meneruskan diet anda selama seminggu. Anda boleh menetapkan mana-mana hari dalam seminggu untuk dijadikan ‘cheat day’ dan selalunya hari sabtu atau ahad merupakan hari terbaik untuk anda makan sesuka hati tanpa sedikit rasa risau.

Berat anda bertambah dengan mendadak pada hari ‘cheat day’? Jangan risau kerana ia hanya kekal selama 24 hingga 48 jam sahaja. Kemudian, berat anda akan kembali kepada normal semula. Diet jenis ini merupakan diet yang berkesan yang pernah saya amalkan untuk mengurangkan berat badan 2 hingga 3 kg dalam masa seminggu. Sekiranya anda jenis yang obes, anda dapat kurangkan hingga 5 kg dalam masa seminggu sekiranya anda betul-betul ikut dengan diet yang diamalkan.

Tetapi sekiranya anda merasakan diet ini sukar, jangan terlalu mendesak. Anda boleh kurangkan secara perlahan-lahan sepanjang minggu. Mengambil saya sebagai contoh, saya hanya menukarkan nasi sahaja kepada bentuk makanan yang lain tetapi masih makan seperti biasa dan kemudian saya tukarkan sumber-sumber karbohidrat sedikit demi sedikit.

Masih tidak boleh juga? Mulakan ia dengan sarapan yang kaya dengan protein dahulu. Sekiranya anda sudah biasa, anda boleh tukarkan diet anda pada makan tengah hari, petang dan malam. Dan pada hari minggu, makanlah sebanyak mana yang anda inginkan tetapi cuba untuk lakukan sedikit latihan angkat berat sebelum anda memulakan aktiviti buas anda itu.

Konsep yang sama digunakan oleh pakar-pakar pemakanan. Anda pernah dengar ‘Atkins diet’ atau ‘Dukan diet’? Konsepnya masih sama iaitu mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat dengan sedikit perubahan dari bentuk pemakanan yang tinggi protein.

Untuk lebih mudah, amiklah herbalife.. makanan rendah kalori tinggi nutrisi

Ketahui 10 Teknik Efektif Senaman Kempiskan Perut

Seringkali anda melakukan bangkit tubi (sit up) untuk mendapatkan six pack abs bukan? Tetapi adakah teknik ini betul-betul efektif? Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh American Counsil on Exercise yang mengatakan terdapat beberapa lagi jenis senaman perut yang lebih efektif daripada bangkit tubi biasa.

Walaubagaimanapun untuk mendapatkan six pack abs bukan hanya memerlukan senaman perut. Diet dan juga senaman kardio antara faktor utama untuk membuang lemak. Six pack abs yang berjaya dihasilkan tidak bermakna sekiranya anda tidak membuang lemak yang terkumpul di perut. Otot yang besar diselaputi lemak. Agak-agak anda macam mana rupanya? Tetapi anda janganlah terlalu risau mengatakan senaman perut tidak memberi makna kerana untuk mengekalkan kebesaran otot tersebut, kalori juga perlu digunakan.

1. Senaman perut berbentuk basikal (bicycle exercise)



Teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise. Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)

Caranya, baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga. Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal. Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.

Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.

2. Angkat kaki kerusi Kapten (Captain’s Chair Leg Raise)



Kerusi seperti di atas anda boleh cari di mana-mana gym sekalipun. Konsepnya mudah, letakkan tangan anda di atas pad tangan tersebut kemudian anda akan buat diri anda tergantung dan angkat kaki anda. Pastikan lutut anda bengkok dan bukan luruskan lutut supaya senaman itu lebih fokus pada perut bukan pada pinggul. Sekiranya anda kreatif, anda boleh lakukan teknik ini di mana-mana. Anda boleh letakkan dua kerusi dan pegang kerusi tersebut dan pada masa yang sama, anda lakukan seperti yang saya sebut di atas. Tidak perlu menghayunkan semasa anda mengangkat lutut untuk memberikan kesan yang maksima pada bahagian perut.

3. Bangkit tubi dengan bola senaman (Exercise ball crunch)



Konsepnya sama seperti bangkit tubi biasa tetapi senaman ini menggunakan bola senaman berbanding berbaring di atas lantai. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis. Apa yang menyebabkan senaman ini lebih efektif adalah kerana kaki sering terlibat dalam melakukan bangkit tubi biasa berbanding menggunakan bola senaman, senaman ini hanya melibatkan perut sahaja.

Letakkan belakang anda dan bukannya punggung di atas bola senaman. Pastikan tangan anda diletakkan di belakang telinga ataupun bersilang di dada. Baringkan diri anda seboleh mungkin di atas medicine ball dan gunakan perut anda untuk membangunkan badan. Kemudian ulang 16-18 kali setiap set. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 set.

4. Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)



Senaman ini anda perlu mengangkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang. Seperti biasa angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa kemudian lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.

5. Trek torso (torso track)



Teknik ini agak kurang digemari kerana ia akan menyebabkan sakit tulang belakang dan ia tidak disarankan maka saya menyarankan anda untuk tidak mengguna teknik ini.

6. Bangkit tubi tangan lurus (long arm crunch)



Bezanya anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan bangkit tubi. Cara ini menambah tahap kesukaran dalam melakukan bangkit tubi kerana tangan anda bersifat pemberat. Anda boleh mengubah suai teknik ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini. Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.

7. Bangkit tubi terbalik (reverse crunch)



Sekiranya anda sering menggunakan kepala untuk mengangkat badan, kali ini anda menggunakan kaki sebagai ganti. Teknik ini lebih dirasai pada bahagian bawah perut anda walaupun sebenarnya ia melibatkan seluruh otot perut anda.

Tolakkan lutut anda mendekati dada . Bermakna belakang anda turut terangkat sekali. Pastikan tangan anda bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai. Cara terbaik ialah dengan mengangkat pinggul anda. Ia merupakan tindakan yang mudah dan simple.

8. Bangkit tubi penuh (full vertical crunch)



Dalam teknik ini ia melibatkan otot atas dan juga bawah perut anda. Anda perlu meluruskan kaki anda dan meletakkan tangan di belakang telinga anda. Kemudian anda menggunakan kepala dan kaki anda membentuk huruf ‘U’ cara ini agak sukar dan tidak cukup berkesan.

9. Ab Roller



Alat ini anda boleh jumpa di mana-mana gym tetapi tidak semua tempat mempunyai peralatan seperti ini. Apa yang bezanya ia memberikan perlindungan pada bahagian leher dan kepala anda ketika melakukan gerakan bangkit tubi. Tetapi anda tidak memerlukan alat ini untuk melakukan senaman yang terbaik pada perut anda.

10. Senaman Plank (plank exercise)



Teknik ini bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang. Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi dan kemudian letakkan tangan depan anda di atas lantai. Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai. Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.

‘Less is more’. Tidak perlu membuang tenaga untuk melakukan semua teknik di atas sekiranya anda tahu teknik mana yang lebih berkesan dalam membentuk six pack abs. Anda boleh pilih dua teknik teratas untuk mendapatkan kesan yang maksimum. 2 atau 3 teknik sahaja sudah memadai. Tetapi sekiranya anda ingin melakukan variasi, tidak salah untuk melakukannya. Ia bergantung kepada anda.

Anda ingin mendapatkan hasil yang maksima? Amalkan diet turunkan sekurang-kurangnya 2kg dalam seminggu. Untuk mendapatkan 6 ketulan pada perut anda sememangnya memerlukan diet yang teratur dan tidak bergantung hanya pada senaman sahaja.

Rahsia Ubun-Ubun (Dahi)

Firman Allah SWT:

Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia (Abu Jahal) tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami akan tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka!). (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.

(Al-‘Alaq: 15 & 16)

Fakta Saintifik

Otak manusia terdiri dari tiga lobus utama; lobus frontal, lobus oksipital, lobus temporal dan lobus parietalis. Setiap lobus mempunyai fungsi tersendiri. Namun, mereka saling bekerja bersama dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lobus frontal di otak manusia adalah sangat berbeza dari haiwan kerana mengandungi pusat-pusat yang bertanggungjawab untuk percakapan dan perilaku manusia. Ianya juga mengandungi pusat saraf tertentu dengan fungsi dan tempat khusus termasuk pra-frontal korteks yang terletak betul-betul di belakang dahi dan membentuk bahagian utama dari lobus frontalis.

Bahagian korteks pre-frontal ini adalah unit utama untuk membina watak seseorang. Ia memainkan peranan dalam inisiatif dan penilaian/pertimbangan. Ia juga mengandungi kawasan motor percakapan Broca yang menyelaraskan proses menghasilkan suara antara organ-organ percakapan termasuk larynx, lidah, dan muka. Ia juga mengandungi zon pergerakan yang meliputi kawasan depan mata. Kawasan depan mata menyokong pergerakan terurus mata ke arah yang bertentangan.

Kawasan motor utama dan sekunder mengawal pergerakan kehendak otot-otot. Semua ini menunjukkan bahawa kawasan frontal dari lobus frontalis, yang terletak di dahi/ubun-ubun, mengarahkan perilaku dan membentuk keperibadian manusia. Kerosakan ke bahagian ini akan mengakibatkan kerosakan dalam kriteria moral dan kecekapan memori dan kemampuan mengatasi masalah-masalah logic akal.

Aspek –Aspek Saintifik Di Luar Keupayaan Manusia Untuk Meniru :

Misteri ayat ini yang disebut di atas hanya dapat diselesaikan baru-baru ini. Tidak hairanlah mengapa Al-Quran Yang Agung menyebutkan bahawa bahagian ubun –ubun/ dahi sebagai suatu bahagian pembohongan dan kemaksiatan. Seterusnya, Al-Quran Yang Agung mengatakan bahawa bahagian tubuh ini akan dipukul dan ditarik; itu merupakan satu sebutan yang hampir kepada bahagian yang memantau perilaku manusia. Oleh itu ia adalah bahagian tubuh yang akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan manusia. Betapa Maha Bijaksana Allah SWT memerintahkan bahagian ini ditempatkan di tanah semasa melakukan sujud (dalam solat) supaya ianya akan belajar menjadi jujur dan lurus. Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji (iaitu segala macam dosa besar, zina, dll) dan mungkar (iaitu kufur,syirik dan segala macam perbuatan jahat dll). Dan mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Al-`Ankabut: 45)

Rahsia Ubun-Ubun


Menurut Dekan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Adnan Mohamed Yusoff, di dalam al-Quran ubun-ubun disebut nashiyah. Para ulama dahulu mentafsirkan ayat di atas iaitu ubun-­ubun yang berdusta adalah orang yang menipu. Katanya ayat itu ditafsirkan secara perbandingan. Dalam budaya dan peng­gunaan bahasa Arab, merujuk kepada anggota badan untuk dikiaskan dengan sifat seseorang adalah sesuatu yang lumrah. Contohnya, apabila hendak me­ngatakan seorang itu penipu dan pendus­ta mereka sifatkan pada anggota badan. Sama seperti di dalam bahasa Melayu yang disebut kiasan iaitu kaki bangku, panjang tangan dan telinga nipis.


“Dengan perkembangan sains yang semakin pantas, ulama mula meng­kaji maksud ubun-ubun dengan lebih terperinci. Kajian yang dilakukan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, menemukan fakta tentang ubun-ubun yang boleh dikait­kan dengan al-Quran. Asalnya kajian itu dilakukan oleh sarjana barat. Di dalam otak kita ada satu bahagian yang berfungsi untuk mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang. Pusat kawalan itu adalah ubun-ubun yang letaknya di belakang dahi atau dipanggil frontal lobe. Di bahagian itulah pusat kawa­lan segala arahan dikeluarkan, mengawal tingkah laku, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat kepu­tusan. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan saja,” jelasnya.


Dr. Adnan menambah lagi, hasil kajian yang menggunakan teknologi canggih telah berjaya mengesan unsur pembohongan. Dari imbasan yang dilakukan, bahagian ubun-ubun meng­hasilkan tenaga yang banyak.


Di katakan semasa berbohong, im­basan menunjukkan 14 kawasan otak akan menjadi aktif berbanding hanya tujuh kawasan saja jika bercakap benar. Menurut Daniel Langleben, seorang ahli psikiatri dan pakar saintis neuro dari Universiti Pennsylvania, ada tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif semasa berbohong iaitu anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Dari pemerhatian­nya, semasa menipu, aliran darah ke bahagian itu bertambah. Ini bermakna otak sedang bekerja kuat untuk ber­dusta.


Di sini dapat dilihat seolah-olah ada satu pusat komputer yang duduk di ubun-ubun yang telah diset kan dalam mode sentiasa berada pada kedudu­kan benar sepanjang masa. Bila kita bercakap benar, tidak ada sebarang perubahan tenaga yang dapat dikesan pada ubun-ubun. Sebaliknya bila ber­cakap bohong ada tenaga yang dike­luarkan dan ia boleh dikesan.

Penerangan yang boleh dibuat dari perubahan tenaga itu ialah begini, semasa menipu aliran darah akan ber­tambah di bahagian ubun-ubun dan banyak tenaga yang digunakan untuk mencari alasan apa hendak diberikan. Atas alasan itu mereka memutuskan, menipu bukanlah satu perkara yang datang tiba-tiba. Otak harus berfikir benar atau tidak kemudian barulah keputusan dibuat untuk menipu.


Misalnya apabila kita hendak menipu katakanlah, “langit itu hijau”. Otak kita akan berfikir dahulu bahawa warna langit adalah biru tetapi kita hendak menafikannya. Otak akan bekerja keras untuk menafikannya sebelum menge­luarkan kata-kata bahawa langit adalah hijau. Bagi Dr. Adnan, apa yang dinyata­kan di dalam al-Quran memang ada hubungannya dengan penemuan sain­tifik. Sebagaimana yang Allah sebut ubun-ubun yang berdusta. Hasil pen­emuan mendapati, bahagian frontal lobe itulah yang paling banyak mengeluar­kan tenaga apabila keputusan untuk menipu dibuat.

“Jika sebelum ini ulama mentafsirkan ayat itu secara perbandingan. Secara hakikinya dari sudut saintifik, ayat itu boleh didalami lagi maksudnya. Ubun ­ubun itulah yang berdusta, berbohong, tidak patuh, tidak taat pada perintah Allah kerana ia membuat keputusan,” katanya.

Amalan Rasulullah SAW

Tambah Dr. Adnan, yang menarik tentang nashiyah banyak disebut di dalam hadis. Malah Nabi amat me­ngambil berat tentangnya. Contohnya di dalam soal wuduk, Rasulullah me­nyapu kepala. Ada riwayat yang me­ngatakan maksud, menyapu kepala itu adalah sebahagian kepala dan ada juga yang kata keseluruhannya.

“Dan tafsiran tentang bahagian kepala yang mana, para fuqaha menga­takan ia melibatkan sebahagian dari kepala tetapi tidak kira di mana-mana.Namun apabila kita teliti, balik hadis yang mengatakan sebahagian adalah di bahagian hadapan saja iaitu di ubun­ ubun. Pendapat itu dikeluarkan ber­dasarkan beberapa riwayat yang me­ngatakan, Rasulullah apabila menyapu kepalanya, dari ubun-ubun bawa ke belakang dan dari belakang membawa ke ubun-ubun.

Sambungnya lagi, ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah ketika berdoa setiap kali hendak tidur yang bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah daripada kejahatan semua makhluk yang Engkau pegang ubun-ubunnya. “

Sebuah lagi hadis meriwayatkan tentang amalan yang Rasulullah lakukan ketika mendoakan orang lain mahupun untuk merawat. Seorang sahabat yang miskin datang mengadu dan minta Rasulullah berdoa untuknya supaya dia disenangi oleh orang lain dan dilayan dengan baik serta mendapat kelapang­an. Lelaki itu menceritakan balik, lalu Rasulullah sapu ubun-ubun saya dan berdoa kepada saya tiga kali.

Dalam satu peristiwa lain di mana Saad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasullah berdoa kepada, Allah, wahai Allah sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan.

“Daripada hadis-hadis yang diri­wayatkan, boleh dirumuskan bahawa ketika berdoa Rasulullah akan meme­gang ubun-ubun orang yang didoakan. Apabila hendak merawat orang sakit, tangannya, akan diletakan di dahi atau nashiyah juga.

“Itulah tandanya Rasulullah amat mengambil berat dan memberikan pen­jagaan yang baik dari segi fizikal serta rohani kepada nashiyah. Teknik yang diamalkan Rasulullah iaitu membelai rambut dan kepala, perlu dipraktikkan di dalam pendidikan secara sistematik. Di situ adalah pusat yang merang­sang iman dan pemikiran anak-anak, sepatutnya kaedah itu digunakan secara tersusun dan serius.



“Bila bersama-sama anak-anak kita usap kepalanya dan berdoa seba­gaimana yang Rasulullah amalkan. Ambil masa sedikit sebelum tidur atau semasa tidur jadikan amalan yang ter­atur. Amalan itu perlu diperluaskan di dalam masyarakat kita kerana ia ada kesan dari segi rohani dan spiritual. Di bahagian itu adalah pusat yang harus diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh ibu bapa, guru, pendidik, pendak­wah untuk mentarbiahkan pelajar,” ulasnya.

10 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat

Jerawat selalunya muncul di muka, leher, dada dan juga di belakang bahu di mana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Anda boleh mengelakkan jerawat daripada berlaku sekiranya anda mengikut tips-tips yang diberikan. Baca apa yang boleh anda lakukan dan apa yang tidak.

1. Jangan cuci muka anda dengan berlebihan.

Kulit yang kotor tidak menyebabkan munculnya jerawat. Pembasuhan muka yang terlalu kerap dan agak kasar akan menyebabkan muka anda menjadi mudah luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih parah lagi. Sama juga dengan skrubs dan juga sabun yang mempunyai kandungan kimia yang kasar. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

2. Pilih sabun yang bebas minyak.

Sabun bebas minyak tidak akan tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

3. Jangan takut untuk makan makanan kegemaran anda.

Ianya merupakan mitos di mana makanan yang berminyak dan juga cokelat menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat cuba elakkan makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga cokelat untuk mendapatkan kulit yang cantik.

4. Minum banyak air.

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli adalah kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.

5. Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.

Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Macam mana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ini. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda.

6. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

7. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan ‘sunscreen’ atau pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit. Pakai pada setiap 2 jam.

8. Pastikan rambut tidak menutupi bahagian muka anda.

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

9. Jangan sentuh muka anda.

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

10. Jangan picit jerawat anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

P/s: Untuk cara sempurna untuk menghilangkan jerawat, dapatkan panduan menghilangkan jerawat dari Dr Hasseenah sekarang

credit : psipum

Optimumkan Pembuangan Lemak Badan dengan Kitaran Karbohidrat

Antara cara untuk mengoptimumkan pembuangan lemak adalah dengan menggunakan diet karbohidrat secara kitaran. Carb Cycle atau Kitaran Karbohidrat merupakan diet yang melibatkan diet yang rendah kandungan karbohidrat dan juga diet yang tinggi karbohidrat. Biasanya teknik diet ini digunakan untuk individu yang ingin membina otot dan pada masa yang sama membakar lemak. Diet rendah karbohidrat akan diselang-selikan dengan diet tinggi karbohidrat mengikut hari.

Sebagai contoh, sekiranya hari ini anda mengamalkan diet rendah karbohidrat pada keesokan harinya pula anda akan mengamalkan diet tinggi karbohidrat.

Mengapa menggunakan kitaran karbohidrat?

Tujuannya, adalah anda menggunakan sumber karbohidrat berdasarkan aktiviti harian anda untuk mengoptimumkan pembuangan lemak badan. Apabila kita memakan makanan yang tinggi karbohidrat setiap hari, kandungan gula dalam darah akan semakin meningkat. Gula diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Tetapi sekiranya tidak banyak aktiviti yang anda lakukan pada hari tersebut, maka gula yang digunakan akan disimpan sebagai lemak.

Sebab itu, kita ingin mengoptimumkan penggunaan gula di dalam badan supaya ia digunakan sebagai tenaga dan bukan disimpan sebagai lemak.

Satu perkara yang paling penting di dalam diet ini adalah menentukan dengan betul jumlah makronutrien yang anda makan (protein, karbohidrat dan lemak). Dengan memanipulasikan jenis kumpulan makanan ini dan juga berdisiplin dengan diet yang ketat akan mendekatkan anda dengan matlamat yang ingin dicapai.

Protein: Protein adalah sumber yang paling utama untuk membina otot. Pengambilan protein adalah sesuatu yang wajib. Ambil protein sebanyak 1 gram hingga 1.5 gram untuk setiap pound berat badan (Iaitu bersamaan dengan 132 g hingga 200 gram untuk individu yang mempunyai berat 60 kg.

Karbohidrat: Seperti yang telah dinyatakan tadi, karbohidrat sangat penting sebagai pembekal tenaga kepada tubuh badan. Dan kita akan manipulasikan jumlah karbohidrat untuk diet ini. Sebolehnya dapatkan karbohidrat kompleks dan juga serat. Sumber termasuklah, nasi putih, nasi perang, kentang, roti wholemeal, dan juga buah-buahan.

Lemak: Jangan lupakan lemak sihat. Terdapat jenis lemak yang penting untuk memastikan hormon tubuh badan menjadi stabil seperti hormon testosteron, di mana hormon ini membantu pembakaran lemak dan juga membekalkan tenaga. Lemak sihat juga akan digunakan untuk menggantikan karbohidrat pada hari tertentu untuk memastikan paras gula di dalam darah stabil dan juga menstabilkan selera makan. Sumber yang baik adalah seperti buah avokado, badam, minyak zaitun, natural peanut butter, dan juga kuning telur.

Baiklah mari kita lihat bagaimana kita boleh mengimplemantasikan makronutrien ini dan manipulasikannya untuk membina otot yang lebih kuat pada masa yang sama membuang lemak yang tersimpan sekian lama. Kadar pengambilan protein adalah kekal sepanjang plan ini. Anda memerlukannya untuk membaiki tisu dan juga menjadikan otot lebih besar. 1 gram untuk setiap pound berat badan dan kemudian nilai semula selepas 4 minggu sama ada anda perlu tambah sedikit lagi atau tidak.

Baiklah, untuk karbohidrat pula, kita akan manipulasikan supaya tubuh badan akan menggunakan lemak sebagai tenaga. Anda akan mempunyai hari tinggi, sederhana dan juga rendah karbohidrat. Sebagai contoh:

Isnin: Tinggi karbohidrat
Selasa: Sederhana karbohidrat
Rabu: Rendah karbohidrat.
Untuk hari rendah karbohidrat, badan anda akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan untuk memastikan otot juga kekal, kadar protein juga perlulah cukup tinggi pengambilannya.

Pengambilan karbohidrat bergantung kepada kadar workout anda. Sekiranya anda melakukan senaman berat pada hari tersebut, sebagai contoh hari isnin anda perlulah mengambil makanan tinggi karbohidrat. Di bawah adalah sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman.

Isnin: Rendah Karbohidrat ; Senaman Berat
Selasa: Sederhana Karbohidrat ; Kurang Berat
Rabu: Rendah Karbohidrat ; Senaman Ringan atau Rehat.
Pengambilan karbohidrat adalah lebih kurang 0.5 gram untuk setiap pound berat badan (rendah karbohidrat), 1.5 gram setiap pound berat badan (sederhana karbohidrat) dan 2.25 gram setiap pound berat badan untuk (tinggi karbohidrat).

Pengambilan lemak pula adalah sekitar, 0.25 gram setiap pound berat badan atau 20-30% daripada nilai kalori. Tetapi untuk hari rendah karbohidrat, anda dinasihatkan untuk meningkatkan sedikit pengambilan lemak sihat. Ia untuk memastikan paras hormon adalah stabil dan memberikan anda cukup tenaga untuk membuat senaman. Anda boleh tingkatkan pengambilan lemak anda sebanyak 50% daripada pengambilan biasa. Anda mesti ingat, 1 gram lemak adalah 2 kali ganda nilai kalori daripada karbohidrat.

Contoh Hari Rendah Karbohidrat

Hidangan 1

3 telur dan 4 putih telur
Separtuh cawan oatmeal
Cengkih sebagai perasa
Satu sudu besar mentega kacang asli
Hidangan 2

2 sudu serbuk protein whey dicampurkandalam air atau 1 cawan yogurt Yunani
1 1/2 auns badam
Hidangan 3

6-8 auns daging merah, ikan, atau daging ayam.
salad hijau dengan 3 sudu besar minyak zaitun keatasnya
Hidangan 4: Sebelum Workout

1/2 buah epal atau buah pisang
1 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
Hidangan 5: Selepas Workout

2 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
12 auns air gatorade
Hidangan 6

6-8 auns daging, ikan atau ayam
brokoli, kacang hijau atau salad hijau dengan 1/4 buah avokado
1 cawan nasi
Contoh Hari Sederhana Karbohidrat

Hidangan 1

3 telur dan 4 putih telur
Separtuh cawan oatmeal
Cengkih sebagai perasa
Satu sudu besar mentega kacang asli
Hidangan 2

2 sudu serbuk protein whey dicampurkandalam air atau 1 cawan yogurt Yunani
1 1/2 auns badam
1 biji buah epal
Hidangan 3

6-8 auns ayam dan 2 keping roti wholemeal dan 1 sudu mayonis
salad hijau dengan 3 sudu besar minyak zaitun keatasnya
Hidangan 4: Sebelum Workout

1 biji buah pisang
1 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
Hidangan 5: Selepas Workout

2 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
12 auns air gatorade
Hidangan 6

6-8 auns daging, ikan atau ayam
brokoli, kacang hijau atau salad hijau dengan 1/4 buah avokado
1 cawan nasi
Contoh Hari Tinggi Karbohidrat
Hidangan 1

3 telur dan 4 putih telur
Separtuh cawan oatmeal
Cengkih sebagai perasa
1/2 sudu besar mentega kacang asli
Hidangan 2

2 sudu serbuk protein whey dicampurkandalam air atau 1 cawan yogurt Yunani
1 auns badam
1 biji epal
Hidangan 3

6-8 auns daging merah, ikan, atau daging ayam.
salad hijau dengan 3 sudu besar minyak zaitun keatasnya
1 1/2 cawan nasi putih.
Hidangan 4: Sebelum Workout

1 biji buah pisang
1 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
Hidangan 5: Selepas Workout

2 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
12 auns air gatorade
Hidangan 6

6-8 auns daging, ikan atau ayam
brokoli, kacang hijau atau salad hijau dengan 1/4 buah avokado
1 cawan nasi putih

credit : psipum

7 Kepentingan Air Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

credit :psipum