Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 satu kenangan.

Hari ni calon spm 2014 dapat result. Aku pun rasa debarnya sebab sepupu pun amik spm. Tp disebabkan ke'busy'an hari ni, buat2 biasa je.. 

Pagi2 dah dapat calling cakap pasal result budak2 tu.. Sebabnya tahun lepas dah nak exam aku ngajar budak2 tu. Ye lah aku pun baru habis belajar masa tu jd baru ada masa nak ngajar. 

Aku ngajar subjek matematik je yg utama sebenarnya, pastu budak2 ni minta ajar add math, kimia, fizik, biologi.. ermmm... Dik sekalian, hakak kau ni pun cukup2 minum je subjek sains tu.. Tp aku ajar gak la mana aku tau..

Anyway tahniah untuk semua.. Aku ajar xlah seberapa pun tp usaha korang dan rezeki dari Allah membuatkan korang berjaya dapat kputusan tbaik. 

Rasa happy n sebak juga la tengahari td dapat mesej daripada diorang cakap terima kasih.. 

Ni antara mesejnya.. 
Dlu katanya dapat C je sekarang alhamdulillah dapat A.  Tahniah. 

Yg ni plak sepupu aku.. Mcm2 dugaan masa nak exam hari tu.. Rumah terbakar, nenek meninggal.. Tp gigih juga bangun pg2 sebab nak study.. N minta tlg aku ajar .. 

Apa2 pun tahniah semua.. Panjang lagi perjalanan selepas ni. 

Sunday, March 1, 2015

Suratan atau kebetulan?

Pernah tak terfikir yang segala pilihan yang awak buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan? tak pernah? sebab tu awak susah redha.
kadang-kadang awak fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. kadang-kadang awak berharap masa berputar kembali supaya awak boleh pilih lain.
sebenarnya awak silap. kalau semua benda boleh diputar balik ke belakang, tak ada la yang dikatakan hikmah.
awak buat pilihan, tapi pilihan tu tak membahagiakan awak. kenapa? adakah awak salah pilih? tak, sebab ia dah ditakdirkan.
bukan maksudnya awak kena menyalahkan takdir. pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. kun fayakun. ingat? semua atas izin-Nya.
ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan awak salah. sebab Tuhan nak awak belajar sesuatu dari situ.
ingat, kata ‘Maha’ bukan dicipta untuk manusia. Tuhan biar awak salah, supaya awak belajar mengenal punca masalah.
contoh, awak suka pada seseorang & seseorang itu khianati awak. awak mesti fikir, kan bagus masa putar balik. dah tentu awak tak pilih dia. tapi awak silap sebenarnya. Tuhan izinkan awak rasa cinta dan kecewa, sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu sebelum tiba masanya.
katakanlah awak bercinta dan bahagia. tapi tanpa pernikahan. dah tentu sikit sebanyak cinta awak tu hampir kepada noda, maksiat.
jadi datang hikmah, yang berupa kekecewaan, supaya awak sedar, cinta sebelum nikah tu sia-sia.
Tuhan tu Maha Mengetahui. DIA tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa awak. bukan DIA sengaja biar awak kecewa, sedih. tak.
cara Tuhan bekerja ni lain. DIA bekerja penuh rahsia. lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya awak belajar sesuatu tentang pilihan.
jika pilihan yang awak buat sekarang menyedihkan, move on. di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik inshaAllah.
tak guna awak bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. sedangkan Tuhan beri nafas supaya awak hidup melangkah untuk hari esok.
apa pun pilihan yang awak buat, dan sama ada ia buat awak gembira atau terluka, awak cuma hamba kepada Tuhan.
ada sebab kenapa Tuhan beri awak sama ada gembira atau kecewa. sebab DIA nak kita lebih dekat pada DIA.
dan apa jua pilihan yang awak buat, sama ada pada akhirnya awak gembira atau kecewa, awak belum mati. masih ada masa untuk buat sesuatu.
just don’t die before the time come. jangan mati sebelum tiba ajal. maksudnya jangan mengalah selagi ada nafas. teruskan mencari.
kecewa, bahagia, senyum, menangis, terluka, gembira, there’s so much to live in this life. and it’s all worth it.
apa jua yang awak rasa semasa hidup ni, nikmatilah ia. sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri.
walaupun yang datang pada awak cuma benda-benda musibah, yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik.
sebab selagi awak boleh buat pilihan, berikhtiar la untuk cari pilihan yang baik. kerana cuma orang mati yang tak ada pilihan dah.
live your life. smile, and always pray to Allah. even though you have to go through a lot of sorrow, believe that it’s worth it :)”