Friday, September 18, 2015

Kena kuat woi!

Pagi tadi bangun2 tido mencucuk2 sakit perut. Nak bangun pun rasa sakit. Jalan pun kena membongkok sebab sakit sangat kalau bdiri tegak.. Mencucuk2 perut ni. Tajam! Take time skit pastu baru okay.. So keje je la macam biasa. Malam ni sakit lagi perut, pucat dah muka n xlarat nak bangun. Pikir gak aku ni masalah angin ke gastrik ke or anything else yang aku xtau.. Ermmm... Wallahualam

Wednesday, September 16, 2015

Catatan Hospital Part 2

[ 15 september 2015 ] : appoinment kedua. pkul 8 dah gerak dari Rumah. Sampai hospital dah nak pkul 9. So cari lah parking, penuh gilerrr!!! Setengah jam pusing xjumpa2. Lepas tu tiba2 sakit perut. Ya Allah mmg pucat dah muka masa tu. Dengan x jumpa parking, perut tiba2 sakit, rasanya sapa2 yg cari pasal mmg kena la. Last2 decide parking luar, pusing2 pun penuh juga, U turn kat traffic light. Sambil2 cari parking kat situ, xjumpa yang dekat2. Panjang juga barisan parking luar tepi jalan ni. So aku pun parking kat depan kdai bunga. 

Almost 1 km juga aku berjalan dr parking ke hospital sambil hujan gerimis. 


So aku pun naik la ke tingkat 2 macam biasa kat bahagian pendaftaran klinik pakar. 

Masuk2 kat bahagian pendaftaran x ramai orang. So ok la drpd mgu lepas, pendaftaran pun hampir sejam. 😩 daftar cam biasa tapi kali ni dah mula bayar rm5. Selesai daftar, terus g kat bahagian SOPD 
 
Masa ni nampak no sekarang 6005.. Rupanya wayang je.. Sekali dah pkul 10  no 6001 baru dipanggil. Hampir 2 jam menunggu. So, dalam masa menunggu tu aku edit la gambar kahwin sikit2. Dengan phone xde line kalau duk kat situ. Sabo je la.. Sambil2 baca buku. Nah bagi info sikit kat korang 

Tengah2 menunggu tu ada student UiTM datang, nak minta kebenaran nak tgk masa procedure aku nti. So aku pun ok je la.. Malu sebenarnya tp malas nak cakap. 

Bila no aku dah dipanggil, aku masuk la bilik 9. Umak ai terkejut aku punya ramai orang dalam tu. Diorang kita orang lab la nak amik sample aku.. So doktor pun suruh la sign surat pastu dia cakap nak amik sample mungkin sakit sikit, tp kalau awak nak jerit pun xpe.. Haha.. Doktor, saya ni xtau la bila nak jerit kesakitan.. Biasa kalau sakit saya diam je.. 

dengan bismillah doktor tu mulakan proses tadi.. Aku diam je.. Sakit la sikit.. Bila dah selesai, sample tu dibagi kat budak2 lab, pastu diorg kata sikit sangat sample nya.. Aku yang dengar pun dah tpikir, kena amik lagi ke.. Aku baring je diam je la.. Jari di mulut, sebelah tgh bfikir dan merencana aktiviti lepas ni nak buat apa.. Tiba2 doktor tanya " akma nangis ke?" 😅😅 haha.. Cepat2 aku jawab, " xde la tengah pikir je ni, xtau nak buat apa" . Doktor n budak2 lab pun gelak2 je.. Lepas tu doktor kata, kena amik sample lagi sikit sebab td xcukup... So aku pun pasrah la.. Siap je amik sample. Doktor suruh stapler plak.. Gila kau suruh stapler.. Rupanya dia salah cakap, suruh amik handyplas tutup bekas kena inject td. Jauh typo doktor ni ye stapler dengan hdyplas tu.. Huhu.. 

Ermm... Sakit? Agaklah. Sakit sikit. Tp aku biasalah bajet cool macam xde apa.. 
So lagi 6 minggu baru dapat result. Appoinment yang seterusnya 26hb oktorber. Tp tadi disuruh call sopd pada 23hb tu tanya result aku dah ada ke belum.. Kalau ada boleh dtg 26hb kalau xde ken anjak tarikh plak. Ermm .. Sabar menanti ye. Moga Allah permudahkan urusan 

Sunday, September 13, 2015

Aku tak sengaja

Petang ni bukan la aku marah sangat sebenarnya. Tapi bila aku penat2 balik pastu dengar ada yang gaduh2, pastu bila mak cakap ada yang melawan, memang makan penampar la namanya. 

Tapi, aku memang tak sengaja.. Adik aku kena tau kenapa aku bertindak macam tu.. Dia tak boleh melawan cakap mak.  Kau kena sedar apa yang kau ada sekarang, mak abah yang support. Pergi sekolah abah hantar, balik sekolah mak amik. Makan sedia, baju dah basuhkan. Apa lagi yang kau nak? 

Kau nak duduk dengan orang lain? Silakan. Sapa sudi jaga kau, makan minum kau, keperluan kau. Xde sapa sanggup dengan perangai kau macam tu. 

Memang abah xsuka aku gaduh dengan adik, tapi sesekali bah, dia patut kena ajar. Jangan biadap dengan orang tua. 

"Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia"

Monday, September 7, 2015

Catatan hospital Part 1

Untuk kali ke4 datang ke Hospital Sungai Buloh pergi kat pakar. Tapi kali ni kat bahagian lain plak. Appoinment pkul 11. So bila sampai terus naik tingkat 2. 


Hampir sejam juga urusan untuk pendaftaran. Ingkatkan kena bayar, tapi xpayah bayar plak sebab first time untuk urusan kali ni. So next jumpa baru kena bayar rm5. 

So selesai daftar, aku pun pergi di bahagian SOPD. 11:55am daftar kat bahagian ni. 


Sekarang no 4004 aku dapat 4012.  Dah pkul 2 pun masih tak dipanggil.. Aku siap tido, buat photobook, tido lagi sembang ... Nombor belum sampai lagi.. Hahaha.. Sabor je la hospital kerajaan ni.. 

Lepas jumpa doktor buat check up semua, appoinment baru 15/9/2015 ni untuk next step. Nasib baik bagitau doktor dah buat ultrasound semua tu.. Result daripada Hospital Tg Karang diorang xbg plak kat hospital sungai buloh. Aku ni nyaris2 kena buat ultrasound lagi.. Kebetulan aku pernah snap result ultrasound tu, so tunjuk kat doktor.. Nasib ma Allah permudahkan hari ni.. Muka tenang jangan sangka tiada debaran kat hati ni.

**bosan dan penat sebenarnya menunggu ni. 


So hari ni 3 jam menunggu di hospital saje. 

Sunday, September 6, 2015

Gastrik!

Assalamualaikum semua.. 

Minggu lepas memang tak sihat sangat. Perut meragam lagi. Setelah dikaji selidik rupanya gastrik. Bergelora perut ni, rasa nak muntah, berak pun bau masam, cirit birit, ada sekali tu teruk sangat dah masa tu, nak kentut sekali terkeluar sekali dengan isi perut.. Yucks.. 

Sebenarnya agak tak tahan juga dengan keadaan tu, someone suggest beli ubat arang sebab kitaorang pernah beli dulu masa kat Melaka. Yelah, masa aku belajar dulu aku lagi kerap sakit. So hari ahad tu aku pun pergi farmasi Valley kat Tanjong Karang dan beli ubat arang. 

Untuk info sikit, ubat ni elok untuk orang cirit birit or angin dalam perut. Sebab arang memerangkap angin. Hiyah! Hiyah!  Arang tangkap angin. 

Tapi bukan terus baik tau. Dalam masa tu aku tak boleh sangat makan makanan yang berbau ni.. Biasa kalau mak masak aku makan je walaupun aku xtahan mak masak pedas. Mungkin dinding perut aku dah nipis kot. Bila bau makanan, perut aku jadi bergelora dan pedih. 

Penyelesaiannya aku makan cereal je. 
Beberapa hari breakfast, lunch makan cereal.. 

Beberapa hari selepas tu makin ok dah perut. Dah boleh bau makanan. Alhamdulillah. Ok lah. Nak tido. Esok ada appoinment kat Hospital Sungai Buloh. Nervous! Moga Allah permudahkan.