Friday, March 14, 2014

Muslim Show - Nasihat grafik

ntah kenapa rasa nak menaip plak hari ni. Korang tau pasal muslim show? ala yang diorg dakwah guna lukisan tu. Sangat menarik. So kat sini aku nak share beberapa gambar yang berunsurkan nasihat.

Aku pun sebenarnya ada masalah ni. aku dah setting jam baik punya tapi tak juga terjaga. Padahal tilam kat ibu zain ni pun biasa je. Astagfirullah. Sekarang sem baru ni aku ada roomate baru... apa yang aku perasan dia sangat awal bangun untuk solat subuh. #respect. cuma aku sedih sikit sb dia xkejut aku solat juga. Aku salah juga tak pesan kat akak tu suruh kejut aku bangun gak tp 'dia taknak ajak aku ke syurga ke? kenapa biarkan aku ke neraka?' sobs.. kadang2 aku bukan xnak bangun tp langsung xdengar bunyi jam @ phone aku habis bateri jadi xde jam bunyi. huhu..

** tidur pakai tilam biasa pun susah nak bangun apatah lagi kalau tilam dutanya neelofa. hmmm

Allahhuakbar. ni lagi satu. bila tarikan duniawi lagi kuat drpd akhirat...Bila kadang-kadang aku terleka dengan dunia yang fana ni aku tlupa tentang akhirat yang nyata. Kawan2 ingatkan aku kalau aku tlupa.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu' alaihi wa Sallam bersabda: "Tujuh macam PADA Orang Yang Akan dilindungi Allah hari Yang Tidak Ada Lindungan kecuali Lindungan-Nya - kemudian IA menyebutkan Hadits dan disebutkan didalamnya - Orang Yang bersedekah DENGAN Sedekah Yang IA tutupi makin sukses tangannya Yang Kiri TIDAK mengetahui apabila Apakah yang Oleh dikeluarkanNya Tangan kanannya. "Muttafaq Alaihi.

Moga aku tak mengungkit kisah lama.

” Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk ” ( An-Nahl : 125)

pesanan aku : bersabar lah dan jangan mengalah dalam berdakwah. mungkin kita tak sangka orang itu akan berubah. 

Boleh ubah? bila nak ubah? renung-renungkan

aku sangat tertarik dengan gambar kerana maksudnya sangat mendalam. apa yang kita tgk skrg itu lah realitinya. Jangan suka menghina orang yang membuat salah kerana kita tidak tahu mungkin satu hari nanti dia akan berubah mungkin lebih baik daripada kita. Pengakhiran hidup yang kita sendiri tidak tahu. Berdoalah agar kita sentiasa dalam rahmat Allah, teguh hati dalam agama Islam dan bahagia di dunia dan akhirat. 

Wallahualam. sampai di sini saja mungkin. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, March 5, 2014

Kekasih Abadi

Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana dia mendengar
Doa doaku
Ohhhh

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
semua impian yang ku damba
Menjadi nyata ... Ohhh

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
padamu setiaku berjanji
kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
ambillah hembus nafas terakhirku
agar tak merasa bagaimana
hidup tanpamu
Ohhh

bersama kita cekal membina
sebuah istana yang terindah
disana kasih kita bersemadi

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
padamu setiaku berjanji
kekasih abadi