hari yang sangat penat dan stress!!!

salam.. hari ini aku sangat penat..semalam aku habis membincangkan bahasan agama dalam pukul 1.15am.. pastu aku sambung membuat kerja fizik + math + chemistry yang berlambak.. aku buat sampai aku tidak sedar aku tertidur..MySpace pukul 5.50 aku terjaga dr tidur..aku ambil wudhuk dan terus solat...xsanggup nak mandi lagi sebab terlalu sejuk MySpace rasa ngantuk sangat sebab tak cukup tidur .. aku gagahkan juga diriku untuk menyiapkan kerja2 yang tergendala malam td...sungguh MySpace sebab aku tak faham nak wat math tu macamana... hahhaa.. kena g poliklinik alor gajah ni....
kelas aku hari ni sangat penUH...gembira tahap gaban la sebab 8.00 -12.00 noon penuh je MySpace... pastu sambung ke ceramah untuk F1..nasib baik best..kalau x mesti aku ngantuk ... aku sampai ke bilik pukul 1 ptg.. so tiredd!!! so stress juga sebab balik bilik je dh kena cari budak untuk sukan petang ni... thanks a lot to lili fathi hayyan and muzaimah coz tolong aku...MySpace aku siap bersiap pukul 2.25ptg dan kena g dewan utama pukul 2.30 ptg.. memang tergesa-gesa ... MySpace speechless.. !
kat dewan plak aku kena cari budak2 blok aku untuk game tu... Sumpah!!!aku tak kenal sangat budak2 tu.. tapi aku paksa diri aku untuk bertanya !! dengan muka begini MySpace aku mula bertanya 'awak budak B3 ye' .. nasib baik comel..so diorg pun jawab..tak la..kitaorg blok lain..jhahaha MySpace aku sudah malu... alhamdulillah aku sudah selesaikan tugasan tu dengan baik..ahli2 dah cukup.. so aku plak mulakan game aku, KONDA KONDI.. Serius!!! akutak pernah main pun menda tu... mcmana nak main ni MySpace.. aku redah je la main..
sungguh physo aku main lawan budak A5... akhirnya aku KALAH!!! hahah..padan muka aku..
aku balik bilik pukul 5.30pm dengan perut yang keBULURan.;...Mama!!lapar!!MySpace
pas aku siap solat.. aku, hana and kamilia g kafe A untuk makan..tapi aku tiada selera makan walaupun aku kelaparan....MySpace .. aku sempat belanja kawan2 yang tolong aku td dengan ice cream dan air... alhamdulillah..aku tak tahu nak ucap tq mcmana lg... so aku belanja la diorg sekadarnya... Thank All... so ,sekarang aku di depan library dengan bahu yang sakit dan badan yang letih.. jap lagi aku nak balik bilik..solat dan rehat!!!MySpace..

Salam perpisahan MySpace

Aku Mahu Berubah


YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…



NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

Izrail tidak pernah terlewat


Ingatkah engkau, akan putih salju
yang merintik atas renik peluh
yang merenik setelah jenuh
berlari
dari Raqib dan Atid?

Kawan, ini bumi asing
yang katamu, pohon-pohon pun
tak mungkin pernah bersyahadah.

Pagi hening, engkau adalah setitik hitam
yang enggan berzikir, waktu ditegur Izrail.
Di setiap penjuru hamparan salji
barisan roh bermuka hitam
membentak
menengking
mengherdik
tersenyap,
waktu kau dipaksa
menyebut nama Tuhan.

Kawan, rupanya,
kita tak mampu berlari.

Sahabatku.....

Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,
Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,

Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,

Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,

Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Khas untuk bondaku


Ibu,
Disebalik gelaran itu,
Tersimpan suatu rahsia
Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu


Ibu,
Izinkanlah aku bercerita tentang
Suka duka bersamamu...
Terlalu banyak kisah-kisah yang
Telah kulalui bersamamu.

Ibu,
segala-galanya tidak akan luput dari
Ingatanku sama sekali...

Ibu,
kau begitu istimewa
Segala jasa dan pengorbananmu
Akan kukenang
Sepanjang hayatku...

Ibu,
Tidak ternilai kasih sayang mu
mendidik dan menjagaku
Agar aku menjadi insan
yang bijak dan berguna...

Ibu,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana aku telah dipertemukan
dengan insan
sepertimu...
Kaulah insan yang bergelar ibu..
Kau juga yang ku anggap sebagai
sumber inspirasiku

Ibu,
Aku berjanji pada diriku
Untuk menunaikan tanggungjawabku
Untuk membalas budi dan jasamu
Agar kau senang dan gembira

Ibu,
Ampunkan segala dosaku
Jika ada kesalahan
Yang aku lakukan
Sehingga akhir hayatku

Ibu,
Aku berdoa pada Ilahi
Agar ibu diberkati selalu
Supaya kau ditempatkan di syurga
Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...