Monday, August 10, 2009

Lawak Hospital

Bhgn 1 :
seorang doktor yang melakukan rutin biasa melawat pesakit-pesakitnya di wad hospital sakit gile. Semasa doktor tu dok merayau meninjau pesakitnya, adelah seorang wanita ni terjun ke dalam kolam berenang untuk menyelamatkan seorang pesakit lelaki wad gile tersebut.
Wanita tersebut juge mempunyai rekod mental yang dulunya kureng stabil. Dianalisis oleh doktor tersebut, mungkin perbuatan wanita tadi menyelamatkan nyawa seseorang menunjukkan dia sudah waras kerana mengerti nilai nyawa manusia. jadi doktor tadi pun panggil wanita tersebut ke biliknya petang nanti untuk disoal siat buat kali terakhir sebelum dibebaskan.

perbualan di bilik:
Doktor : Saya mendapat tahu bahawa baru saja tadi awak menyelamatkan nyawa seorang pesakit. Jadi mahukah kamu keluar dari wad ini?
Wanita : Saya memang hendak.... (belum sempat wanita tu nak menjawab)
Nurse : Doktor! Sila datang cepat ke wad peakit 7B. Ada pekerja mendapati lelaki yang
kelemasan tadi, menggantung diri pada kipas siling.
Doktor : Memang dasar nak bunuh diri, tadi nak mati lemas sekarang nak gantung diri lak.
Wanita : Napa doktor mengomel ni? lelaki tu kawan saya tau. Cakap elok2 sikit. Mana ade dia nak bunuh diri. Saya cuma gantung dia sekejap kat kipas supaya lekas kering je. Tadi dia kan basah mandi, seronok sangat kat kolam tadi.
Doktor : ?#@>^%$??

jadi doktor tu pun membuat kesimpulan utk tidak diluluskan permintaan keluar dari wad itu krn wanita itu disahkan masih gila.





bhgn 2 :

mungkin di wad yang sama~
Seorang ahli politik pada musim berkempen turut melawat ke hospital wad sakit gile untuk menunjukkan betapa kita juga perlu prihatin pada golongan sedemikian. Semasa ahli politik ni melawat sekitar wad pesakit sambil diikuti ramai, dia menegur prihatin pada seorang pakcik yang asyik memancing 'ikan' dibaldi nya.

ahli politik : khusyuk nampak. Banyak ikan yang dapat ditangkap bang?

(pakcik itu mendiamkan diri, tidak mengendahkan pertanyaan ahli politik tersebut. Ahli politik menyangka pakcik itu terlepas dengar pertanyaan beliau lalu diulang sekali lagi)

pakcik : Aku musykillah. Kau ni pesakit baru kat wad ni ke? aku rase aku yang gila, tapi bila fikir2kan balik aku rase kau pun sebenarnya gile. Ni baldi lah, mana ade ikan. Apelah..
ahli politik : @#$%^&

No comments:

Post a Comment