Thursday, August 20, 2009

KEPULANGAN YANG HAKIKI

Rasa gelisah menhantui fikiranku ketika ini. Tinggal 10 minit sahaja lagi, pintu pagar sekolah akan dibuka. Ini membuatkan debaran jantungku samakin laju, selaju keretapi peluru Jepun. Sejak malam tadi aku tidak dapat tidur lena. Ini gara-gara rasa gelisah menantikan keputusan SPM yang bakal keluar.

Wajah ibu, ayah dan abang terus menerjah ke minda ku. Aku bayangkan bagaimana reaksi ibu dan ayah apabila aku memberitahu mereka bahawa aku gagal dalam peperiksaan ini. Tidak ! ini tidak mungkin akan berlaku. Aku mesti ubah pemikiranku ini. Aku tahu ayah mengharapkan kejayaanku. Aku tidak mengharapkan harapan kedua-dua orang tuaku. Tanpa mengenal erti payah, mereka menjaga dan membesarkanku. Kata-kata serta raut wajah ayah dan ibu bermain-main di mindaku.

“Adik, jangan jadi macam kakak kamu, Angah. Asyik berpeleseran ke sana ke mari akhirnya, apa yang jadi. Hasil tangkapan di laut pun tak seberapa, ibu pula bukan sihat sangat pun. Kau sajalah harapan kami”.

Sebelum ini aku mengaku mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak.Kata-kata ayah ada benarnya. Sejak Kak Ngah kecundang dalam SPM yang lalu, dia telah ke kota mengikut Kak Ana, anak Tok Penghulu. Pada mulanya ayah melarang keras keinginannya kerana bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya, Tetapi apabila ibu memujuk, ayah akur akhirnya.

Kak Ngah gembira kerana akhirnya dapat juga dia ke kota. Pada keesokan harinya Kak Ngah mengemas pakaian dan keperluan diri yang lain. Dengan bangga dan gembira Kak Ngah meninggalkan perkarangan rumah kami. Sebulan kemudian, dia mengirimkan berita mengatakan dia telah mendapat kerja sebagai pelayan restoran berhampiran rumah sewanya.

Lamunanku terhenti apabila terdengar riang tawa rakan-rakanku yang telah mendapat keputusan mereka. Perkarangan
dewan riuh rendah. Terdapat juga pelajar yang mundar mandir kerana rasa serba salah dan takut untuk mengambil keputusan mereka.Sambil menunggu aku berdoa agar hasil usaha ku memperoleh kejayaan. Lima minit kemudian, tiba giliranku dan Puan Zubaidah hanya tersenyum sinis merenung mataku yang penuh dengan kebimbangan.

Beliau menghulurkan slip keputusan SPM ku yang berada di tangan beliau dan mengucapkan tahniah kepadaku. Aku tergamam melihat keputusan yang terpapar pada slip tersebut. 10 A1!. Aku menyambut dan mengucup tangan guruku itu sebagai tanda terima kasihku diatas bimbingan dan dorongan yang diberikan. Ucapan tahniah dari guru-guru dan rakan-rakan lain membakar semangatku untuk terus berjaya.

Hatiku kini tidak sabar lagi untuk memberitahu ayah dan ibu keputusanku. Tentu ibu dan ayah gembira melihat kejayaan kali kedua dalam keluargaku. Langkah yang ku atur semakin laju.

Sesampainya di rumah, aku melihat ramai orang berkerumun di laman rumahku. Kebimbingan menusuk kalbu ku. Seolah-olah sesuatu perkara buruk berlaku. Aku bergegas masuk ke dalam rumah dan terlihat sekujur tubuh kaku berselimutkan kain batik. Mak, Abang dan Kak Ngah menangis di sisi tubuh kaku itu. Aku aku menghampiri mak.

“ Apa yang terjadi, mak?” pertayaanku tidak dijawab, sebaliknya tangisan mak semakin menjadi. Akhirnya Abang menjawab perlahan “Ayah telah meninggalkan kita, Dik”. Nafasku bagaikan terhenti dan air mataku berlinangan”, tambah Pak Lang “Ayah kamu mati lemas di laut”.

“Ayah, Adik lulus, Ayah! Ayah, dengarlah Ayah! Adik lulus!. Kata-kata tersekat oleh tangisan. Orang kampung yang berada di rumahku turut bersedih dan ramai yang mengalirkan air mata.


No comments:

Post a Comment