workaholics

Sebelum pergi ke Bandung, aku diuji dengan tetiba aku dibuang kerja tanpa alasan dan sebab munasabah. Aku yang tengah program kat Melaka masa tu macam krik krik. apa jadi ni.


Masa tu aku nak ke Bandung. dalam kepala macam2 dah fikir mana nak cari duit untuk spending kat Bandung nanti. By the time, aku pun mulakan semula bisnes printing aku. tapi nak mula kena cari supplier dulu, sampai ke Bukit Serdang aku survey. Bila dah jumpa org yang boleh supply, aku pun dapat idea untuk buat sampul raya kebetulan dah nak raya ni kan.

Mulalah iklan sana ni, whatsapp broadcast kenalan dalam phone ni. Macam biasa lah, nak bisnes ni kena hadapi apa juga respon orang. Macam-macam la respon orang masa tu, "sekarang bagi duit raya tak pakai sampul lah'', "kasi free la", "Mahal la", "belanja la skit". Aku pun layankan je la. macam biasalah kadang2 orang yang support kita bukan dalam kalangan orang yang kita kenal pun. Bisnes is bisnes, friend is friend.

So, aku pun mula la design sampul raya tu. Banyak juga la design yang aku dah buat. Kawan aku pesan, "design simple2 je, jangan fikir nak cantik sangat". Bila dah mula buat, aku agak stress juga sb xde idea sangat nak design. ni contoh yang aku dah design.(tengok lah kat bawah nanti)


Jadi terpaksa workhard supaya i get some money untuk ke Bandung. Banyak program yang tak dapat bayaran lagi masa tu. kebetulan aku bayar kereta dan betulkan kereta masa tu almost rm2000.00. banyak habis duit sebelum g Bandung tu. Kurang rehat dan makan pun xjaga, mungkin sebab itu masa kat Bandung aku pun demam. dah letih sangat fizikal dan mental aku masa tu.

Alhamdulillah sebelum g Bandung tu ada beberapa bayaran program yang dah dibayar, jadi aku buat untuk tukar duit rupiah. rasanya aku tukar 2.9 juta rupiah je masa tu. dalam kepala masa tu 1.9 juta dah spend untuk bayaran driver. so untuk perbelanjaan aku peruntukan hanya 1 juta sahaja.

So, good luck la untuk aku ke Bandung nanti.














Cubaan

Lepas lama x up dalam blog rasa nak buka balik blik lama ni. 

Nikmat pinjaman daripada Allah.

Kita dapat bangun pagi, nikmat. 
Kita masih bernafas pun nikmat.
Kita boleh melihat, mendengar, menghidu, merasa semua nikmat Allah untuk kita. 
Apatah lagi nikmat kesihatan yang biasa orang sia2 kan. 
Sentiasa bersyukur dengan nikmatnya.

Sejak akhir2 ni, rasa sakit plak dada ni. Balik kerja je dah petang2 tengah drive rasa mcm sakit mencucuk di dada belah kiri. Tambahan lagi tadi bila balik pondok, otw nak balik nak masuk simpang masuk la lane tengah,(selangor ada 5 lane jalan tau) tiba2 ada orang yang gila kot nak bawa laju je kete dia memotong dari lane kanan ke tengah, nasib aku perasan dan xde kete kat lane kanan belah jalan aku terus aku masukbalik lane kanan, sambil kete tadi memecut laju memotong. Berderau darah dan jantung pun berdegup laju, nasib Allah masih selamatkan aku.

Aku cuba bayangkan sbnrnya kalau la kete tu terlanggar aku,belum tentu aku ada lagi dengan kelajuan dia tu. Syukur Ya Allah.  Makin bertambah sakit dada aku hari ni. 

Maafkan aku,doakan aku