Wednesday, February 25, 2015

Lebih Baik Berkawan Dengan Sahabat Yang Marah

Luqman Al-Hakim berpesan:
Apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya.


Itu antara kata-kata Luqman Al-Hakim mengenai erti persabahatan, mari ungkap kata-kata ini pula ... 
  • Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
  • Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
  • Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
  • Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.
  • Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
  • Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu.

Tuesday, February 24, 2015

Travel ke Kelantan.( Perjalanan Tarbiyah Hati)

Baru2 ni aku bkesempatan ke kelantan dengan pengalaman baru drive kereta lalu kl, masuk felda kat pahang dan terus ke pasir mas.. Terima kasih cik afrah kerana percaya pd aku utk drive kete dia. Tq Allah kerana kesempatan ini. Tq cik Del. Pengalaman yang ckup berharga bagi aku. Nak ikutkan mmg aku kerap ke kelantan tp lebih banyak naik bas berbanding kete. Lagi2 lepas kak ngah dah pindah sana. 

Alhamdulillah, Allah memberi peluang dan kesempatan serta kekuatan kpd aku untuk drive. Sebenarnya bagi aku perjalanan kali ni lain perasaannya kerana aku rasa seolah2 perjalanan kali ini perjananan tarbiyah yg mengetuk hati aku untuk bersyukur dengan apa yg ada. Melihatkan kawasan di kuala krai selepas pasca banjir, aku rasa sedih dan sebak bila tgk sendiri depan mata, rumah yang rosak xboleh nak betulkan dah. 

Bulan 1 lepas aku ke chenor untuk misi bantuan banjir. Bila aku bandingkan keadaan pahang dengan kelantan. Mmg kelantan jauh lebih teruk. Di pahang, mereka masih boleh cuci rumah dan boleh tinggal di dalamnya. Tp lain di kelantan, rumah yg sedia ada kayu lama, xsekukuh mana, ada yg rumah hilang di bawa arus air, nak basuh pun belum tentu leh duduk lagi kat rumah tu. Di tepi2 jalan aku melihat mereka duduk dalam khemah. Ya Allah, kau ringankan beban mereka dan permudahkan urusan mereka.. Pada mula2 aku dtg ke kelantan aku hanya nampak rumah2 yg rosak sebab sampai kuala krai dalam pkul 3@4 pg, aku pun tlupa. Samar2 pg aku nampak rumah yg rosak. Tp jelas kelihatan bila masa balik aku drive siang lagi masa tu lalu kuala krai, nampak khemah, kediaman2 yg rosak, pokok2 yg mati. Ermm.. Kuatkan dan tabahkan hati mereka ya Allah. 

Masa drive dr pahang ke kelantan, keadaan gelap, lampu jalan pun kurang.. Hasbullah drive laju giler, dalam 130km/h.. SAmbil potong lori/kete lain.. Aku pun xtau jalan ikut gak la laju takut kena tinggal, dah la malam.. Ingatkan 130 tu dah laju dah tu.. Sekali balik dengan follow kete suami cik afrah, dia lagi laju bawa kete, aku yg bawa 140/150km/h pun xdapat nak rapat kete dengan dia.. Cer bayangkan selaju mana sebenarnya dia bawa..  
Ni 130km/h .. Baru warm up.. Tgk meter bawah plak.. 
Ni baru nak mula laju 140km/h.. Aku rasa kak najwa sebelah tu dah berderau darah rasanya.. Bila aku nak potong lori, skit2 dia tanya lepas ke dik.. Aku yg jd cuak plak kdg2 xjd nak potong..  Sebenarnya aku lg bahaya, sambil drive sambil tgkap gambar.. Erkkk.. Hehe..  Dan bila aku nak potong  sebuah lori tp xlepas lepas tu tbuka citer yg kak najwa tu pnh excident dengan family cik afrah.. Patut la dia takut sgt aku bw laju.. 

Perjalanan detail aku citer kat blog lain.. Nti bl dah ready baru aku publish .. Perjalanan kali ini membawa hikmah dan pengalaman kepada aku. Terima kasih Allah. 


Permandangan sepanjang perjlanan. 


Monday, February 23, 2015

Ingat Mati

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
(Al-Baqara 2: Ayat 25)

Bersyukur

Pernahkah kita menghitung jumlah nikmat yang diberi oleh Allah SWT? Sila tampilkan diri sesiapa yang pernah menghitung dengan tepat nikmat yang telah diberi… Saya jamin, tidak pernah ada seorang pun yang boleh menghitung jumlah nikmat yang dikurniakan oleh Ilahi. Subhanallah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Surah An-Nahl, ayat 18)

Masa Untuk Berubah

“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.”-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A

Tuesday, February 10, 2015

Pengalaman pertama dalam perniagaan.

Soalan cepu gangsa:

Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?

  • Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
  • Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu SUSAH
  • Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang

Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi “merasa” perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.


Antara bait kata2 dalam blog IK. Bagi aku pula yang baru menceburi bidang perniagaan ni. Pengalaman pertama bila dapat tempahan sticker dari kilang Johnson Controls. Ok la diaorg nak order 5000 sticker. Mula2 aku nak hantar kilang untuk proses print. Lepas tu aku dah hantar artwork tengahari jumaat tu then aku balik ke rumah amik barang nak ke shah alam dengan kawan untuk ke pesta buku bjumpa dengan prof kamil. Petang tu aku dapat calling yang kata artwork aku reject so kilang suruh aku hantar artwork baru.. Sampai di shah alam lepas check in di de palma aku edit artwork baru n hantar smula. Dah petang dapat calling lagi cakap artwork over bleeding line. Kena ubah lagi.. Jadi order process tu mula hr sabtu.. 4x artwork aku kena reject lepas tu Hari isnin aku g bukit serdang g kilang printnya. Bila tanya artwork baru okay n process print proceed. Aku tanya la bila boleh siap, dia kata hari jumaat hantar delivery sabtu dapat.. So aku kata okay la.. Pastu bila dah kuar dr bukit serdang aku bgtau us mursyid yang sticker dapat sabtu.. Rupanya orang kilang JC nak hari jumaat sampai ke diorang. Mula la kehidupan kelam kabut aku, kat bangi merata aku cari tempat back up untuk print sticker tu. Semua kedai amik sekeping 40 sen. Jadi total rm2000 kalau nak 5000 keping . Pening aku sebab  kami jual pun baru rm600 untuk 5000 keping.. Aku mula la cari plan lain. Pkul 5 lebih baru urusan aku d bangi selesai, aku teruskan perjalanan ke plaza alam sentral mula plan beli printer baru, kertas sticker n barang2 keperluan untuk printing lain..  Total kos aku dalam rm 800. Memang habis gaji bulan pertama aku sebab nak buat printing ni. 

Tapi masalah lain plak jadi bila dah print kat kertas sticker, tpikir plak sapa nak tolong potong sampai 5000 sticker ni.. Aku baru baru potong 200 malam tu dah krem tangan. Tp syukur Alhamdulillah bila Allah hadirkan seorang sahabat yang sudi nak tolong aku. Aku berterima kasih sangat pd dia sebab sudi tlg aku.. Aku tau aku sendiri xmampu nak buat sendiri.. Terima kasih Allah n terima kasih kak im.. Aku mula buat hari printing hari isnin malam , selasa sudah mula dibantu oleh kak im sampai hari khamis siap semuanya.. Walaupun dalam keadaan tengah ziarah pak ciknya yang meninggal , dia sanggup masih menggunting lagi sticker.. Mana aku x terharu. Bila dah siap semua rasanya nak peluk dia dan cakap terima kasih.. Tapi aku malu. Hmm 😂


Hari jumaat aku hantar order sticker tu sendiri kat kilang johnson control di sekayen 26. Setelah semuanya selesai, alu bersyukur sebab sticker tu diterima.. Tp masa nak masuk kilang tu boleh plak aku pakai sliper, dan xdibenarkan masuk sebab xpakai sliper.. Kena pakai kasut.. Nasib la bawa kasut n lepas tukar baru leh masuk.. Sekian pengalaman pertama berniaga..

Buat pertama kali bniaga tak dinafikan aku memang rugi untuk duit tp aku xrugi dari segi pengalaman. Pengalaman berharga dalam bkerjasama potong sticker, buat quotation, buat d.o, buat invoice.. Dan dari kesusahan ni juga aku kenal mana kawan yang sanggup nak susah srnang dengan kt. 😂😢

Warkah untuk sahabat aku.


Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

“I just miss u. whether you still remember me or not, it’s not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too.”

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.

Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

Yang ikhlas,
-sahabat lama mu-