N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
K : Suka melakukan sesuatu yang baru.
M : Kejayaan mudah datang kepada anda.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.Anda seorang yang gemar bersosial.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Suka melakukan sesuatu yang baru.Kejayaan mudah datang kepada anda.Anda seorang yang berpengetahuan.Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
Friday, December 18, 2009
18-12-2009@1 muharram 1431
Dalam aku melewati usia ku yang semakin meningkat, tak perasan dah masuk tahun baru rupanya.. Bila cakap pasal tahun baru mesti dikaitkan dengan azam baru tapi berapa je orang yang masih ingat apa yang diorang azamkan dan berapa je orang yang mencapai apa yang diazamkan awal tahun lepas.. Kadang-kadang orang ni berazam hanya untuk memenuhi syarat tahun baru iaitu azam baru.. Erm mungkin juga azam ni untuk menaikkan semangat mereka untuk ahun tu. siapa tahu?
Aku punya azam? lalalala. xtau la.belum bersedia untuk pikul azam baru lagi.. tapi biarlah tahun ni lebih happy daripada tahun sebelumnya..
Hari ni terawal plak bangun pagi ni, selalu cuti2 bangun 6.20 ke atas untuk solat. hari ni dengar azan je terus bangun.. tapi aku sakit kepala la.. yelah semalam aku nak jumpa ramlah tu, ujan lebat sangat.. lencun aku..bawa moto sampai dh xnampak jalan tapi aku terus je sebab nak cepat jumpa ramlah. Dia best la tempat dia tak hujan.. pas jumpa ramlah, akhirnya tempat dia pun hujan lebat juga. kitaorang berteduh bawah kunci air kat tali air 1 ban pakat. lama juga sampai 6.47pm. boring sangat~! nak bermesej ada plak petir, tak pasal2 mati kena tembak petir nanti.. huhuhu~
masa aku balik, memang semua dah lencun sangat.nasib baik mak abah aku belum balik dari tanjong kalau tak,habislah aku kena marah~ Slumber je masuk rumah dengan pakaian basah tu.. rupanya ada sepupu aku ngan bininya datang.. xperasan plak ada kete dpn rumah td.
Badan aku dah sakit-sakit ni.. sekarang aku nak berehat.. hari isnin nak jumpa cikgu azah. hari rabu nak jumpa kakak. So, xleh demam.. ^_^
Wednesday, December 16, 2009
Aku pasti jua menangis
sebelum SPM tu,ada program bacaan yassin dan restu ilmu untuk tingkatan 5. kitaorang semua bersolat hajat dan baca yassin sama-sama guru-guru, ibu bapa yang diketuai oleh ustaz Asraf~imam Masjid Kuala Selangor. Kakak aku pun ikut sekali.~happy~
sampai masa majlis restu ilmu, guru-guru kena cium umbun-umbun pelajar sebagai tanda restu~ustaz asraf yang cakap. Sampai masa untuk bersalaman dengan guru-guru, ramailah yang menangis.. Sampai ada satu suara ada cakap : "nilah masanya kita nak tengok ella menangis". Aku pelik la naper cakap macam tu, rupanya aku ni tak pernah@jarang sekali menangis katanya.
tapi masa restu ilmu tu pun aku tak nangis.. kenapa aku tak nangis sedangkan 99.9% pelajar menangis. baik lelaki mahupun perempuan.. aku tak minta maaf sepenuh hati ker?
Zahirnya memang aku tak nangis tp hati aku tak siapa yang tahu melainkan Dia yang Maha berkuasa.
Kenapa orang menangis?
Risaukan orang yang tersayang? Rindu? Takut? @ Kehilangan orng yang kita sayang?
Aku pasti semua tu buat kita menangis~ malahan aku pun akan menangis kalau benda-benda tu berlaku pada aku... Betul~
tapi kadang-kadang air mata tu datang tanpa diundang seperti tadi ketika aku solat, kenapa mencurah-curah air mata aku jatuh. Aku sedih? sukar nak tafsir perasaan aku sekarang!
Nasib la aku dapat tahan air mata aku ni daripada jatuh tengah hari tadi depan orang yang aku sayang. tiba-tiba aku takut kehilangan dia. Aku tau bila kita berbuat sesuatu kerana Allah kita takkan takut untuk kehilangan dia tapi yelah kita ni manusia biasa yang alpa dan sering melakukan kesilapan, tak boleh tahan rasa yang membendung hati aku ni..
Susah nak faham hati aku ni macam aku sendiri pun kadang-kadang keliru..
tapi aku nak dia tahu "363".. sayang dia sangat..
Janji
Nape tetiba aku bercakap pasal janji?
-Ntah la~
Ramai orang yang berjanji, namun sejauh manakah mereka ni menunaikan janji mereka?
kadang-kadang cakap ni senang tapi nak buat tu susah. Masa senang, happy @ baik tabur janji-janji tapi hasilnya nanti..hmm~~macam orang bercintalah..nak sehidup semati konon..
Aku berjanji?
Tak dinafikan kadang-kadang bukan kita lupa janji tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan untuk kita menunaikan janji-janji tersebut. Bagi aku kalau orang berjanji, dia yang kena ungkit balik apa yang dijanjikan. Takkan aku plak yang nak kena ingatkan, macam aku ni beria sangat dan aku pikir kalau aku yang ingatkan..em biarlah..
Ingatan : tak payah la terlalu banyak menaburkan kata janji kalau kita sendiri tak sure yang bolehkah kita tunaikan..
Monday, December 14, 2009
10 Amalan Murah rezeki
Salam Sejahtera Semua,
Sekadar ingin berkongsi tips2 berguna utk kita bersama. Semoga ilmu yg tidak seberapa ini dpt dimanafaatkan utk kita semau..Insya Allah.
10 Amalan Murah rezeki
1. Taubat / Istighfar
2. Takwa
3. Beribadah Kpd Allah
4. Silaturrahim
5. Berinfak di Jalan Allah
6. Bersyukur
7. Tawakkal
8. Hijrah ke Jalan Allah
9. Memberi Nafkah Mereka Yang Menuntut Ilmu Syara'
10. Doa / Zikir & Al-Quran
Semoga kita dpt sama2 merenung diri sendiri & melihat sedalam2nya dlm hati kita.. byk x amalan2 spt di atas kita lakukan @ mkin kita terlepas pandang. Semoga memberi manfaat kpd semua.
Sesungguhnya yang baik itu dariNya.
kredit to Jutawanmuda
Hill Trekking@Bukit Malawati, Kuala Selangor
Hari ahad tadi 13/12/2009 : pengembaraan bermula bersama kawan-kawan di Bukit Malawati.
Walaupun penat berjalan tapi rasa puas sebab tempat-tempat yang tak pernah pergi
kitaorang dah pergi.. Ada gak g muzium permainan tradisional,
salah satu tarikan kat situ, ada org yg jaga tempat tu dia main gitar sambil nyanyi..
Sedap gak suara dia.. Kitaorang g batu hampar, busut malawati ( yang ni dulu dikatakan tempat raja@sultan beristirahat), laman budaya, perigi beracun, tangga seratus? ( tak pergi pun,.penat seyh nak naik turun tangga),makam di raja ( yg ni tgk dari luar je tak leh masuk )..
Kitaorg habis meronda dalam pukul 1 lebih pastu turun ke bawah bukit g masjid. pas habis solat saje la nak shoot sikit kat luar masjid pastu ada mak cik tu tegur " macam bikin filem hindustan je". dengan selamba aku cakap " filem tamil" .. sorry seyh mak cik kalau terasa macam kureng ajar.. main-main je lorh..
ramlah decide nak makan kat pizza hut, aku kat mana-mana pun boleh, aishah ragu-ragu, zimah plak ok je.. kitaorang berjalan tau dari bukit tu ke pizza hut tu.. penat seyh.. walaupun 2 km je tapi penatnya ya amat dah la kat bukit pun berjalan nak g makan pun berjalan juga.. but i'm still happy.
kat pizza hut tu jumpa cikgu azzah, dia citer pasal kertas SPM sejarah yang ditanda, aku rasa macam nak heart attack dah dia kata kertas budak-budak yang ditanda markahnya penuh2..
kira senang la soalan tu..berdoalah banyak-banyak untuk kertas aku.. masa dia nak balik tu. dia bagi seorang RM10..hahaha murah rezeki..
Sebelum balik tu saje la bergambar kat tepi pizza hut tu. gambarnya menarik.
lama seyh nk tunggu bas.. daripada pukul brape ntah sampai pukul 4.45pm.. aku je bersandar sambil berdiri di pokok, yg lain duduk je.. Ramlah lagi selamba je macam terkangkang..hoho.. mel jangan marah.. dah dapat bus, pe lagi ramlah la yang bayar.. pastu dia duk sebelah aku.. Dah dasar memang kuat tido, haa dia tido di bahu aku.. sabar je la..
ni la antara gambar yang sempat di upload :-
Saturday, December 12, 2009
~hari ke3 cuti~
Boring seyh~!
hari-hari layan facebook dan blogging pun bosan gak...
esok tak tahu la jadi ke tak untuk jenjalan dengan kawan-kawan..
dah la kat facebook tu kawannya sikit je...
tadi aku bermesej dengan kawan aku kat fb minta tolong dia tunjukkan cara buat gambar kembar. nasib baik dia baik..so dia ajar.. tapi aku nak solat dulu ni pastu baru buat..
kalau korang nak tau la.. aku copy balik apa uang dia tulis..
dia reply my msj macam ni : guna photoshop...amek gambo guna tripod..jgn gerakkan camera..pastu posing banyak2..nak kembar 8 amek gambo 8 keping..tapi posisi lain2 lah...lepas tuh guna photoshop..create layer...open gambo yg banyak2 tadi..tindankan satu2...guna erase tool..padam dekat gambar yg bawah...pastu tindan lagi gambo yg ketiga..erase lagi kat gambo yg bawa
Ok! dah pukul 1.30pm.. aku nak solat pastu nak buat apa yang kawan aku dah ajar tadi.
~Budi setahun segunung intan~
Ahmad Jais dan Saloma?
Janganlah cik adik la sayang,
rindukan bulan,
bulan la tinggi cik adik,
jauh di awan,
Orang jauh jangan rindu,
Orang yang dekat, jadikan teman..
Orang jauh jangan rindu,
Orang yang dekat, jadikan teman..
Teman dicari cik adik,
bergurau senda,
tidur sebantal cik adik.
sanggul berbunga,
Kasih sayang hamba sembah,
Sireh dikapur tanda mesra,
Kasih sayang hamba sembah,
Sirih dikapur tanda mesra,
Sireh sekapur la abang berseri muka,
bunga setangkai cik abang penyambut kata,
kalau tuan sayang hamba,
tidaklah padi berusang hamba,
kalau tuan sayang hamba,
tidaklah padi berusang hamba,
takkan berusang la abang,
padi di ladang,
takkanlah terbang hai abang,
pipit di ladang,
pipit di ladang,
kekasih rindu dikenang,
budi setahun segunung intan..
kekasih rindu dikenang,
budi setahun segunung intan..
LAYAN..............
Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
