Wednesday, December 16, 2009

Aku pasti jua menangis

sebelum SPM tu,ada program bacaan yassin dan restu ilmu untuk tingkatan 5. kitaorang semua bersolat hajat dan baca yassin sama-sama guru-guru, ibu bapa yang diketuai oleh ustaz Asraf~imam Masjid Kuala Selangor. Kakak aku pun ikut sekali.~happy~

sampai masa majlis restu ilmu, guru-guru kena cium umbun-umbun pelajar sebagai tanda restu~ustaz asraf yang cakap. Sampai masa untuk bersalaman dengan guru-guru, ramailah yang menangis.. Sampai ada satu suara ada cakap : "nilah masanya kita nak tengok ella menangis". Aku pelik la naper cakap macam tu, rupanya aku ni tak pernah@jarang sekali menangis katanya.
tapi masa restu ilmu tu pun aku tak nangis.. kenapa aku tak nangis sedangkan 99.9% pelajar menangis. baik lelaki mahupun perempuan.. aku tak minta maaf sepenuh hati ker?

Zahirnya memang aku tak nangis tp hati aku tak siapa yang tahu melainkan Dia yang Maha berkuasa.

Kenapa orang menangis?
Risaukan orang yang tersayang? Rindu? Takut? @ Kehilangan orng yang kita sayang?

Aku pasti semua tu buat kita menangis~ malahan aku pun akan menangis kalau benda-benda tu berlaku pada aku... Betul~
tapi kadang-kadang air mata tu datang tanpa diundang seperti tadi ketika aku solat, kenapa mencurah-curah air mata aku jatuh. Aku sedih? sukar nak tafsir perasaan aku sekarang!

Nasib la aku dapat tahan air mata aku ni daripada jatuh tengah hari tadi depan orang yang aku sayang. tiba-tiba aku takut kehilangan dia. Aku tau bila kita berbuat sesuatu kerana Allah kita takkan takut untuk kehilangan dia tapi yelah kita ni manusia biasa yang alpa dan sering melakukan kesilapan, tak boleh tahan rasa yang membendung hati aku ni..

Susah nak faham hati aku ni macam aku sendiri pun kadang-kadang keliru..
tapi aku nak dia tahu "363".. sayang dia sangat..

No comments:

Post a Comment