Friday, December 18, 2009

18-12-2009@1 muharram 1431

Dalam aku melewati usia ku yang semakin meningkat, tak perasan dah masuk tahun baru rupanya.. Bila cakap pasal tahun baru mesti dikaitkan dengan azam baru tapi berapa je orang yang masih ingat apa yang diorang azamkan dan berapa je orang yang mencapai apa yang diazamkan awal tahun lepas.. Kadang-kadang orang ni berazam hanya untuk memenuhi syarat tahun baru iaitu azam baru.. Erm mungkin juga azam ni untuk menaikkan semangat mereka untuk ahun tu. siapa tahu?

Aku punya azam? lalalala. xtau la.belum bersedia untuk pikul azam baru lagi.. tapi biarlah tahun ni lebih happy daripada tahun sebelumnya..

Hari ni terawal plak bangun pagi ni, selalu cuti2 bangun 6.20 ke atas untuk solat. hari ni dengar azan je terus bangun.. tapi aku sakit kepala la.. yelah semalam aku nak jumpa ramlah tu, ujan lebat sangat.. lencun aku..bawa moto sampai dh xnampak jalan tapi aku terus je sebab nak cepat jumpa ramlah. Dia best la tempat dia tak hujan.. pas jumpa ramlah, akhirnya tempat dia pun hujan lebat juga. kitaorang berteduh bawah kunci air kat tali air 1 ban pakat. lama juga sampai 6.47pm. boring sangat~! nak bermesej ada plak petir, tak pasal2 mati kena tembak petir nanti.. huhuhu~

masa aku balik, memang semua dah lencun sangat.nasib baik mak abah aku belum balik dari tanjong kalau tak,habislah aku kena marah~ Slumber je masuk rumah dengan pakaian basah tu.. rupanya ada sepupu aku ngan bininya datang.. xperasan plak ada kete dpn rumah td.

Badan aku dah sakit-sakit ni.. sekarang aku nak berehat.. hari isnin nak jumpa cikgu azah. hari rabu nak jumpa kakak. So, xleh demam.. ^_^

No comments:

Post a Comment