Monday, February 23, 2015

Ingat Mati

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
(Al-Baqara 2: Ayat 25)

Bersyukur

Pernahkah kita menghitung jumlah nikmat yang diberi oleh Allah SWT? Sila tampilkan diri sesiapa yang pernah menghitung dengan tepat nikmat yang telah diberi… Saya jamin, tidak pernah ada seorang pun yang boleh menghitung jumlah nikmat yang dikurniakan oleh Ilahi. Subhanallah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Surah An-Nahl, ayat 18)

Masa Untuk Berubah

“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.”-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A

Tuesday, February 10, 2015

Pengalaman pertama dalam perniagaan.

Soalan cepu gangsa:

Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?

  • Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
  • Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu SUSAH
  • Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang

Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi “merasa” perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.


Antara bait kata2 dalam blog IK. Bagi aku pula yang baru menceburi bidang perniagaan ni. Pengalaman pertama bila dapat tempahan sticker dari kilang Johnson Controls. Ok la diaorg nak order 5000 sticker. Mula2 aku nak hantar kilang untuk proses print. Lepas tu aku dah hantar artwork tengahari jumaat tu then aku balik ke rumah amik barang nak ke shah alam dengan kawan untuk ke pesta buku bjumpa dengan prof kamil. Petang tu aku dapat calling yang kata artwork aku reject so kilang suruh aku hantar artwork baru.. Sampai di shah alam lepas check in di de palma aku edit artwork baru n hantar smula. Dah petang dapat calling lagi cakap artwork over bleeding line. Kena ubah lagi.. Jadi order process tu mula hr sabtu.. 4x artwork aku kena reject lepas tu Hari isnin aku g bukit serdang g kilang printnya. Bila tanya artwork baru okay n process print proceed. Aku tanya la bila boleh siap, dia kata hari jumaat hantar delivery sabtu dapat.. So aku kata okay la.. Pastu bila dah kuar dr bukit serdang aku bgtau us mursyid yang sticker dapat sabtu.. Rupanya orang kilang JC nak hari jumaat sampai ke diorang. Mula la kehidupan kelam kabut aku, kat bangi merata aku cari tempat back up untuk print sticker tu. Semua kedai amik sekeping 40 sen. Jadi total rm2000 kalau nak 5000 keping . Pening aku sebab  kami jual pun baru rm600 untuk 5000 keping.. Aku mula la cari plan lain. Pkul 5 lebih baru urusan aku d bangi selesai, aku teruskan perjalanan ke plaza alam sentral mula plan beli printer baru, kertas sticker n barang2 keperluan untuk printing lain..  Total kos aku dalam rm 800. Memang habis gaji bulan pertama aku sebab nak buat printing ni. 

Tapi masalah lain plak jadi bila dah print kat kertas sticker, tpikir plak sapa nak tolong potong sampai 5000 sticker ni.. Aku baru baru potong 200 malam tu dah krem tangan. Tp syukur Alhamdulillah bila Allah hadirkan seorang sahabat yang sudi nak tolong aku. Aku berterima kasih sangat pd dia sebab sudi tlg aku.. Aku tau aku sendiri xmampu nak buat sendiri.. Terima kasih Allah n terima kasih kak im.. Aku mula buat hari printing hari isnin malam , selasa sudah mula dibantu oleh kak im sampai hari khamis siap semuanya.. Walaupun dalam keadaan tengah ziarah pak ciknya yang meninggal , dia sanggup masih menggunting lagi sticker.. Mana aku x terharu. Bila dah siap semua rasanya nak peluk dia dan cakap terima kasih.. Tapi aku malu. Hmm 😂


Hari jumaat aku hantar order sticker tu sendiri kat kilang johnson control di sekayen 26. Setelah semuanya selesai, alu bersyukur sebab sticker tu diterima.. Tp masa nak masuk kilang tu boleh plak aku pakai sliper, dan xdibenarkan masuk sebab xpakai sliper.. Kena pakai kasut.. Nasib la bawa kasut n lepas tukar baru leh masuk.. Sekian pengalaman pertama berniaga..

Buat pertama kali bniaga tak dinafikan aku memang rugi untuk duit tp aku xrugi dari segi pengalaman. Pengalaman berharga dalam bkerjasama potong sticker, buat quotation, buat d.o, buat invoice.. Dan dari kesusahan ni juga aku kenal mana kawan yang sanggup nak susah srnang dengan kt. 😂😢

Warkah untuk sahabat aku.


Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

“I just miss u. whether you still remember me or not, it’s not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too.”

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.

Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

Yang ikhlas,
-sahabat lama mu-

Thursday, January 29, 2015

Seribu Bayangan

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi

Wednesday, June 18, 2014

1+1=1?

Sure, I can do that. Here goes:

     Let a = 1 and b = 1.

Therefore a = b, by substitution.

If two numbers are equal, then their squares are equal, too:
     
     a^2 = b^2. 

Now subtract b^2 from both sides (if an equation is true, then if 
you subtract the same thing from both sides, the result is also 
a true equation) so

     a^2 - b^2 = 0.

Now the lefthand side of the equation is a form known as "the 
difference of two squares" and can be factored into (a-b)*(a+b). 
If you don't believe me, then try multiplying it out carefully, 
and you will see that it's correct. So:

     (a-b)*(a+b) = 0.

Now if you have an equation, you can divide both sides by the same 
thing, right? Let's divide by (a-b), so we get:

     (a-b)*(a+b) / (a-b) = 0/(a-b). 

On the lefthand side, the (a-b)/(a-b) simplifies to 1, right? 
and the righthand side simplifies to 0, right?  So we get:

     1*(a+b) = 0,

and since 1* anything = that same anything, then we have:

     (a+b) = 0. 

But a = 1 and b = 1, so:
    
     1 + 1 = 0, or 2 = 0.

Now let's divide both sides by 2, and we get:

     1 = 0. 

Then we add 1 to both sides, and we get what your programming 
teacher said, namely:

     1 + 1 = 1. 

In fact, you can prove that 47 = -3 or anything else you want. 
But of course you know that is wrong.

Do you know what I did that was not correct?

Shall I tell you? If you want to work it out for yourself before 
viewing my answer, I will space down a few lines so you can hide my 
response and work it out for yourself.





hmmm...




not yet...




Okay, here's the bad thing I did. You can divide both sides of an 
equation by the same thing ONLY AS LONG AS YOU ARE NOT DIVIDING BY 
ZERO. In fact, you cannot ever divide by zero. When I divided by 
(a-b), that means a somewhat disguised form of 0, since a = b = 1. 
That's where I went wrong. Did you figure that out by yourself, or did 
you need the hint?

Wednesday, May 28, 2014

Mahligai Kebahagiaan

Walaupun Usia Kita Masih Muda
Janganlah Kita Hanyut Dalam Arus Dunia

Kerana Ajal Tiada Mengenal
Tua Atau Muda Umur Dan Usia

Jikalau Kita Dipanjangkan Usia
Janganlah Hingga Lalai Dan Leka

Bersyukurlah Kita Di Atas Segala
Nikmat Nya Yang Tidak Terkira

Awas Dan Waspada,Jangan Terpedaya
Dengan Godaan Syaitan Durjana...

Hawa Nafsu Yang Kehausan
Harus Dileraikan Dengan Ketabahan

Banyakkan Ibadah, Tambah Saham Akhirat
Tingkatkan Iman, Amalkan Ihsan

Taman Syurga Melambai-Lambai
Kepada Mereka Yang Telah Berjaya

Mereka Di Sana Bersuka Ria
Di Taman Keindahan Mahligai Kebahagiaan

'Jannatunnaim'...Haruman Raihan
Nikmatnya Air 'Mata Salsabil'

Monday, May 26, 2014

Bersabarlah!

Bersabarlah hati.

Tenang! Tenang!

Sedihnya bila hasil keje yang dah siap tetiba rosak dan xboleh pakai,

Sekarang berusaha untuk buat semula semua.

From A to Z.

T.T

Kawan, tolonglah jangan tambahkan stress ni. Janganlah marah2 aku masa sekarang ni. 

Buat hati aku, relax relax . 


Dikala stress

Hari-hari dalam doa kita, kita mintak dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki... Allah bagi jugak kan? Hari-hari rezeki kita murah. Dapat itu ini. Semua Allah bagi. Urusan kita berjalan lancar. Semua atas kehendak Allah, sebab Allah nak bagi kita semua tu. Kita pohon lagi, kita nak berjaya dalam pelajaran... Allah bagi. Kita mintak kawan-kawan, sahabat-sahabat yang baik, Allah bagi jugak...

Kita doakan mak ayah kita sentiasa sihat, diberkati... Allah beri... Allah beri... Mak ayah kita sihat, hari-hari boleh bekerja untuk sara kita, besarkan kita, didik kita. Semua Allah yang bagi kekuatan dan kesihatan untuk mereka. Lepas tu kita mintak handphone, laptop, kamera, dengan mak ayah kita, diorang bagi, semuanya sebab Allah nak bagi kat kita. Kalau Allah tak nak bagi, Allah tak bagi kan...

Lagi... Kita mintak dengan Allah supaya kita sihat sentiasa... Allah beri jugak. Bagi lagi bagi lagi. Kita pun sihat. Sihat cergas boleh bermain-main dengan kawan-kawan di padang. Kita mintak menang dalam pertandingan... ALLAH BAGI! Kita gembira ya amat. Allah gembiranya menang pertandingan itu pertandingan ini.

Banyaknya Allah bagi kat kita... Kita sedar tak betapa banyaknya kurnia Allah kat kita ni?

Sedar, tapi? Kalau Allah tak bagi, kita buat apa? Kita terus meminta ke? Nak berhenti mintak? Nak putus asa dah? Kita pernah fikir tak kenapa Allah tak nak bagi lagi kat kita apa yang kita mintak tu? Kita nak salahkan Allah ke sebab Dia tak bagi? Tak nak fikir ke apa yang buat doa kita ada hijab dengan Allah?

Kita berusaha tak untuk dapatkan apa yang kita minta tu? Usaha sungguh-sungguh tak? Kalau betul usaha sungguh-sungguh, Allah tak bagi jugak...adakah kita nak putus asa? Mungkin Allah nak uji kita. Mungkin jugak Allah tak nak kita riya'. Dan banyak lagi mungkin...sebab tu rahsia Allah. Ikut suka Allah-lah nak bagi ke tak nak kat kita... Tapi, Allah tetap tengok usaha kita. Jangan putus asa!

Kita bersyukur tak selama ni kalau Allah bagi apa-apa kat kita? Kalau gembira kita ingat Allah tak? Ke kita ingatkan kawan-kawan, keluarga je? Allah yang bagi kita kegembiraan tu kita tak hirau langsung? Allah tunggu kita... Nak kita ingat Dia waktu susah...waktu senang... Bukan ingat Dia waktu susah je, waktu kita nak something je... Allah standby je, tunggu kita datang kat Dia...

Kita sedih, kita mengadu tak kat Allah? Ke mengadu kat boyfriend? Mak? Ayah? Kakak? Abang? Kawan-kawan? Kita pernah tak solat, dalam sujud terakhir tu kita mengadu sungguh-sungguh kat Allah...? Dalam doa kita sungguh-sungguh kita mengadu.... Allah standby je, tunggu dan dengar kita mengadu kat Dia... Akan ada kebahagiaan yang Dia kirim nanti, tunggu kita mintak je...


Pernah tak kita mintak ampun atas dosa-dosa kita dengan Allah? Allah tunggu kita tau... Minta ampun dengan Dia. Dia tunggu.... Setia menunggu... Pernah tak kita duduk sorang-sorang, termenung...ingatkan dosa-dosa kita dengan Allah? Banyak sangat kan? Tak terkira. Hari-hari buat dosa. Kita mintak dengan Allah supaya diampunkan dosa kita tu... Allah ampun tak? InsyaAllah, Allah ampunkan... Allah bagi peluang untuk kita berubah.