Tuesday, February 10, 2015

Pengalaman pertama dalam perniagaan.

Soalan cepu gangsa:

Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?

  • Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
  • Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu SUSAH
  • Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang

Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi “merasa” perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.


Antara bait kata2 dalam blog IK. Bagi aku pula yang baru menceburi bidang perniagaan ni. Pengalaman pertama bila dapat tempahan sticker dari kilang Johnson Controls. Ok la diaorg nak order 5000 sticker. Mula2 aku nak hantar kilang untuk proses print. Lepas tu aku dah hantar artwork tengahari jumaat tu then aku balik ke rumah amik barang nak ke shah alam dengan kawan untuk ke pesta buku bjumpa dengan prof kamil. Petang tu aku dapat calling yang kata artwork aku reject so kilang suruh aku hantar artwork baru.. Sampai di shah alam lepas check in di de palma aku edit artwork baru n hantar smula. Dah petang dapat calling lagi cakap artwork over bleeding line. Kena ubah lagi.. Jadi order process tu mula hr sabtu.. 4x artwork aku kena reject lepas tu Hari isnin aku g bukit serdang g kilang printnya. Bila tanya artwork baru okay n process print proceed. Aku tanya la bila boleh siap, dia kata hari jumaat hantar delivery sabtu dapat.. So aku kata okay la.. Pastu bila dah kuar dr bukit serdang aku bgtau us mursyid yang sticker dapat sabtu.. Rupanya orang kilang JC nak hari jumaat sampai ke diorang. Mula la kehidupan kelam kabut aku, kat bangi merata aku cari tempat back up untuk print sticker tu. Semua kedai amik sekeping 40 sen. Jadi total rm2000 kalau nak 5000 keping . Pening aku sebab  kami jual pun baru rm600 untuk 5000 keping.. Aku mula la cari plan lain. Pkul 5 lebih baru urusan aku d bangi selesai, aku teruskan perjalanan ke plaza alam sentral mula plan beli printer baru, kertas sticker n barang2 keperluan untuk printing lain..  Total kos aku dalam rm 800. Memang habis gaji bulan pertama aku sebab nak buat printing ni. 

Tapi masalah lain plak jadi bila dah print kat kertas sticker, tpikir plak sapa nak tolong potong sampai 5000 sticker ni.. Aku baru baru potong 200 malam tu dah krem tangan. Tp syukur Alhamdulillah bila Allah hadirkan seorang sahabat yang sudi nak tolong aku. Aku berterima kasih sangat pd dia sebab sudi tlg aku.. Aku tau aku sendiri xmampu nak buat sendiri.. Terima kasih Allah n terima kasih kak im.. Aku mula buat hari printing hari isnin malam , selasa sudah mula dibantu oleh kak im sampai hari khamis siap semuanya.. Walaupun dalam keadaan tengah ziarah pak ciknya yang meninggal , dia sanggup masih menggunting lagi sticker.. Mana aku x terharu. Bila dah siap semua rasanya nak peluk dia dan cakap terima kasih.. Tapi aku malu. Hmm ๐Ÿ˜‚


Hari jumaat aku hantar order sticker tu sendiri kat kilang johnson control di sekayen 26. Setelah semuanya selesai, alu bersyukur sebab sticker tu diterima.. Tp masa nak masuk kilang tu boleh plak aku pakai sliper, dan xdibenarkan masuk sebab xpakai sliper.. Kena pakai kasut.. Nasib la bawa kasut n lepas tukar baru leh masuk.. Sekian pengalaman pertama berniaga..

Buat pertama kali bniaga tak dinafikan aku memang rugi untuk duit tp aku xrugi dari segi pengalaman. Pengalaman berharga dalam bkerjasama potong sticker, buat quotation, buat d.o, buat invoice.. Dan dari kesusahan ni juga aku kenal mana kawan yang sanggup nak susah srnang dengan kt. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ข

No comments:

Post a Comment