Warkah untuk sahabat aku.


Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

“I just miss u. whether you still remember me or not, it’s not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too.”

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.

Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

Yang ikhlas,
-sahabat lama mu-

No comments:

Post a Comment