Sunday, September 6, 2015

Gastrik!

Assalamualaikum semua.. 

Minggu lepas memang tak sihat sangat. Perut meragam lagi. Setelah dikaji selidik rupanya gastrik. Bergelora perut ni, rasa nak muntah, berak pun bau masam, cirit birit, ada sekali tu teruk sangat dah masa tu, nak kentut sekali terkeluar sekali dengan isi perut.. Yucks.. 

Sebenarnya agak tak tahan juga dengan keadaan tu, someone suggest beli ubat arang sebab kitaorang pernah beli dulu masa kat Melaka. Yelah, masa aku belajar dulu aku lagi kerap sakit. So hari ahad tu aku pun pergi farmasi Valley kat Tanjong Karang dan beli ubat arang. 

Untuk info sikit, ubat ni elok untuk orang cirit birit or angin dalam perut. Sebab arang memerangkap angin. Hiyah! Hiyah!  Arang tangkap angin. 

Tapi bukan terus baik tau. Dalam masa tu aku tak boleh sangat makan makanan yang berbau ni.. Biasa kalau mak masak aku makan je walaupun aku xtahan mak masak pedas. Mungkin dinding perut aku dah nipis kot. Bila bau makanan, perut aku jadi bergelora dan pedih. 

Penyelesaiannya aku makan cereal je. 
Beberapa hari breakfast, lunch makan cereal.. 

Beberapa hari selepas tu makin ok dah perut. Dah boleh bau makanan. Alhamdulillah. Ok lah. Nak tido. Esok ada appoinment kat Hospital Sungai Buloh. Nervous! Moga Allah permudahkan. 

No comments:

Post a Comment