Wednesday, September 16, 2015

Catatan Hospital Part 2

[ 15 september 2015 ] : appoinment kedua. pkul 8 dah gerak dari Rumah. Sampai hospital dah nak pkul 9. So cari lah parking, penuh gilerrr!!! Setengah jam pusing xjumpa2. Lepas tu tiba2 sakit perut. Ya Allah mmg pucat dah muka masa tu. Dengan x jumpa parking, perut tiba2 sakit, rasanya sapa2 yg cari pasal mmg kena la. Last2 decide parking luar, pusing2 pun penuh juga, U turn kat traffic light. Sambil2 cari parking kat situ, xjumpa yang dekat2. Panjang juga barisan parking luar tepi jalan ni. So aku pun parking kat depan kdai bunga. 

Almost 1 km juga aku berjalan dr parking ke hospital sambil hujan gerimis. 


So aku pun naik la ke tingkat 2 macam biasa kat bahagian pendaftaran klinik pakar. 

Masuk2 kat bahagian pendaftaran x ramai orang. So ok la drpd mgu lepas, pendaftaran pun hampir sejam. 😩 daftar cam biasa tapi kali ni dah mula bayar rm5. Selesai daftar, terus g kat bahagian SOPD 
 
Masa ni nampak no sekarang 6005.. Rupanya wayang je.. Sekali dah pkul 10  no 6001 baru dipanggil. Hampir 2 jam menunggu. So, dalam masa menunggu tu aku edit la gambar kahwin sikit2. Dengan phone xde line kalau duk kat situ. Sabo je la.. Sambil2 baca buku. Nah bagi info sikit kat korang 

Tengah2 menunggu tu ada student UiTM datang, nak minta kebenaran nak tgk masa procedure aku nti. So aku pun ok je la.. Malu sebenarnya tp malas nak cakap. 

Bila no aku dah dipanggil, aku masuk la bilik 9. Umak ai terkejut aku punya ramai orang dalam tu. Diorang kita orang lab la nak amik sample aku.. So doktor pun suruh la sign surat pastu dia cakap nak amik sample mungkin sakit sikit, tp kalau awak nak jerit pun xpe.. Haha.. Doktor, saya ni xtau la bila nak jerit kesakitan.. Biasa kalau sakit saya diam je.. 

dengan bismillah doktor tu mulakan proses tadi.. Aku diam je.. Sakit la sikit.. Bila dah selesai, sample tu dibagi kat budak2 lab, pastu diorg kata sikit sangat sample nya.. Aku yang dengar pun dah tpikir, kena amik lagi ke.. Aku baring je diam je la.. Jari di mulut, sebelah tgh bfikir dan merencana aktiviti lepas ni nak buat apa.. Tiba2 doktor tanya " akma nangis ke?" 😅😅 haha.. Cepat2 aku jawab, " xde la tengah pikir je ni, xtau nak buat apa" . Doktor n budak2 lab pun gelak2 je.. Lepas tu doktor kata, kena amik sample lagi sikit sebab td xcukup... So aku pun pasrah la.. Siap je amik sample. Doktor suruh stapler plak.. Gila kau suruh stapler.. Rupanya dia salah cakap, suruh amik handyplas tutup bekas kena inject td. Jauh typo doktor ni ye stapler dengan hdyplas tu.. Huhu.. 

Ermm... Sakit? Agaklah. Sakit sikit. Tp aku biasalah bajet cool macam xde apa.. 
So lagi 6 minggu baru dapat result. Appoinment yang seterusnya 26hb oktorber. Tp tadi disuruh call sopd pada 23hb tu tanya result aku dah ada ke belum.. Kalau ada boleh dtg 26hb kalau xde ken anjak tarikh plak. Ermm .. Sabar menanti ye. Moga Allah permudahkan urusan 

No comments:

Post a Comment