28 August = 28 Ramadhan

Dalam menyelesaikan segala tugas tidak sedar masa berlalu begitu pantas sehingga baru ku sedar sudah menghampiri aidilfitri. terasa sedih kala ini bila tersedar sudah di pengakhiran ramadhan dan terkenang amalan yang telah dilakukan. terasa kerdil diri ini untuk menilai. moga amalan kita diterima olehNya.

masih ada masa lagi untuk kita memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan. rebutlah ruang dan peluang yang ada kerana belum tentu umur kita sampai di ramadhan yang akan datang. Ku pohon kemaafan kepada semua andai diri ini pernah tersilap dalam berbicara, andai tersalah dalam bergaya, andai terdengar segala fitnah dunia, andai terlihat yang tidak sepatutnya.

Aku insan yang lemah di sisi Allah

No comments:

Post a Comment