Wednesday, December 9, 2015

Cara Pembayaran Balik PTPTN menggunakan Maybank2u

Assalamualaikum .post kali ni saje aku nak up cara nak bayar balik ptptn pakai maybank2u. aku malas nak berurusan kat kaunter ke bank ke so aku buat online je. 

HUTANG BAYAR BALIK LA WOIIII!!!! hahaha. 

1. Login la kau punya maybank2u tu pastu pilih bahagian Account & Banking. 
Pilih kat Bill Payment --> Make a One Off Payment

2. Pilih kategori --> Education & Education Loan. 
** sambil pilih sambil menangis hehehe nampak duit melayang. 


3. Pastu pilihan untuk education pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
**masih lagi tersedu-sedu menangis

4. Masukkan jumlah bayaran pinjaman yang kau nak bayar. Macam aku saje nak mengetest jadi aku
bayar la rm70.29 sen dulu. Kena caj rm1 tau untuk transaksi ni. Masukkan no ic peminjam dan 
nombor telefon.

5. Lepas proceed tu kena request TAC untuk melengkapkan proses pembayaran. Maka selepas itu terbang la melayang duit aku ke ptptn.

No comments:

Post a Comment