Wednesday, November 20, 2013

Sedikit Coretan #AA

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”
 — 

No comments:

Post a Comment