Wednesday, August 14, 2013

InsyaAllah ada jalan ( Kerete Rosak di highway Seremban )

Pada tanggal 12 ogos 2013, aku telah mengalami detk2 cemas yang mana kereta yang aku bawa telah over heating kat nilai. Ya Allah, seriously aku cuak. For the first time aku bawa kete jadi gitu. Lepas ni kena berhati2 dan selalu check temperature. Ni cerita aku melalu detik2 ‘cemas’ aku.

Aku masa tu dalam perjalanan nak hantar Nora ke Port Dickson. Masa otw tu lalu KLIA, perasan la ada announcement kat papan tanda PLUS ada kemalangan lori kat kilometer 280.7. Tapi masa tu memang xrasa apa la kan. Masa drive keluar melalui Nilai Utara tu sesak sangat sebab ada kemalangan yang PLUS dah bagitau. Masa jem tu memang kete drive slow la kan. Aku rasa aircond pun macam panas je, aku pun buka tingkap. Aduh memang panas sebab angin pun takda. So aku tutup balik tingkap and pasang air cond tapi memang tak rasa apa la sebab air cond pun panas. Ada la dalam 10 minit terperangkap dalam jem, ada orang dalam lori tegur aku kata ada air menitik kat tayar depan. Aku berhenti tepi highway tu. Dalam masa yang sama aku risau gak takut la sebab yang tegur tu india (  btw aku bukan racist tapi berjaga-jaga) sebab kan sekarang banyak kejadian ragut, rompak dsbgnya. Aku suruh nora tengok betul ke ada air yang menitik kat tayar tu tapi aku suruh tengok dari tingkap je. India yang tegur aku tu dia pun berenti tepi jalan, dia Tanya temperature aku tinggi ke, baru aku perasan memang tinggi. And aku tengok memang ada air yang menitik. Dia kata kete aku overheating . Then, dia pun pergi. Aku juga la yang terkapai2 di situ. Bila aku tengok sekeliling baru la aku perasan aku dekat je dengan tempat kemalangan lori tu ( yang aku kata aku baca announcement dekat papan tanda PLUS tu ).

Tak lama tu ada la sebuah kete kancil datang. Ada 2 orang india, sorang pakai baju PLUS and sorang  lagi macam budak2.  Dia kata dia keje PLUS, dia Tanya aku ada masalah apa. Then aku cakap la kete aku overheating. Then dia pun suruh ‘adik’ dia tu amik kain sebab dia nak buka tempat coolant kat depan kete aku tu. Dia suruh aku jauh sikit sebab takut nanti air terpancut kena aku. So aku jauh la sikit.sambil2 dia nak buka tu sembang2 la dengan dia, dia citer pasal excident lori tempat aku berhenti tu. Masa tu bomba tengah usaha angkat lori tu sebab lori tu terjunam dari jambatan atas tu ke jalan bawah. Sembang punya sembang sambil dia masukkan air dalam coolant aku. Then dia suruh aku start kete, masa tu xleh start plak kete tu. Makin risau dah aku. Dia kata ni mungkin gasket yang rosak. So dia offer kalau nak towing ke bengkel dia kat senawang. Dia kata kalau towing dalam rm 100 dan betulkan gasket dalam rm80. Bila dia cakap pasal senawang aku pun penah terbaca pasal citer2 orang yang pernah tertipu. So aku takdelah memandai2 buat keputusan. So aku cakap aku nak call abang aku dlu Tanya dia macamana. Aku call jeli, dia kata xtau suruh call bang man. Tapi aku piker antara bang man dengan bang jam baik aku call bang jam je, call punya call dia kata jangan buat apa2 , jangan nak towing mana2. Nanti dia datang. Masa tu dalam pukul 6.30 petang. Aku pun okay je.  Then aku cakap dengan india tu nanti abang and abah aku datang. Sambil2 tu dia pujuk aku juga la supaya towing kete ke bengkel dia tapi aku cakap xpe, nanti abang datang. Aku cakap la takpelah nanti kalau ada betul2 emergency nanti aku call PLUS. Then aku minta no PLUS dia kata xpelah dia bg card bengkel dia kalau ada apa2 call je. So dia pun pergi. Lepas dia pergi aku pun duk dalam kete sambil2 online kejap google pasal kereta rosak di senawang. Macam2 cerita aku baca sampailah ada satu cerita ni aku baca dan nama bengkel yang orang tu bagi sama dengan nama dan alamat bengkel yang india tu bg kat aku.  Cerita orang tu pun lebih kurang cerita aku yang mana 2 orang india 1 pakai bj PLUS tolong, then dia kata kena masuk bengkel dia . harga dalam rm70 je tapi sampai kedai nanti dia baraikan semua pastu harga jadi ribu2.

Aku bersyukur la tak cepat terpedaya dengan orang tu.  Kebetulan tempat aku berhenti dekat dengan tempat excident jadi ramai la orang berenti nak tengok excident tu. Jadi bila ramai orang mungkin la orang india tu pun xnak desak aku sangat. Mungkin Allah nak selamatkan aku gak sebab masa kerja2 selamatkan lori tu bomba tahan semua kereta berhenti padahal aku tengok kerja2 tu buat kat bawah mcm xde kena mengena dengan kat atas  jambatan tu tapi diorg kena berhenti lama juga. Sepanjang india yang membantu aku tu masukkan air dalam coolant aku sampai la dia kata nak towing tu kereta di kedua2 arah berhenti disebelah aku. So ramai orang masa tu jadi aku xde la takut sangat. Lepas india tu pergi je , tak lama tu bomba pun lepaskan la kereta 2 dua2 arah pergi . Kira seolah2 Allah membantu aku daripada bersendirian bersama india tu. Tak lama tu ada orang call aku , rupanya sepupu aku abang jamil yang kerja kat KLIA tu dia Tanya pasal aku. Sebab aku minta tolong dia sementara abah dari rumah baru nak gerak. Sambil2 minta maklumat tempat aku dia pesan banyak2 selawat. Hari semakin gelap aku pun semakin gundah. Bang Jam pesan suruh pasang lampu emergency tu then duduk kat luar kete. Aku duduk kat belakang pagar highway tu sambil baca ayat kursi. Sekali aku habis baca ayat kursi ada orang lelaki naik moto berhenti Tanya aku kenapa then dia tolong amikkan kon letak belakang kereta aku. Sambil2 dia tolong aku teruskan baca ayat kursi, habis je baca ada lori propel berhenti dia Tanya kenapa.. orang lelaki yang tolong angkatkan kon tu cakapkan kete aku rosak… then orang propel tu  tu tolong tambahkan 3 kon supaya lebih selamat. Dia Tanya aku perlukan bantuan apa2 tak.. aku cakap xpe nanti abang aku sampai. So diorg pun pergi. Aku perasan setiap kali aku habis baca ayat kursi mesti ada orang berhenti Tanya n nak tolong. Alhamdulillah Ya Allah.
Dalam pkul 8 abang jamil bg no pomen yang dia kenal, aku pun call orang tu. Kebetulan orang tu dekat je kat Mantin so aku minta dia tolong tengokkan . Dalam pkul 9 dia datang.  Bi jap la dia tengok n kete pun memang dah tak boleh hidup so dia call towing. Aku cakap dengan abang jamil dia nak towing kete, abang jamil kata xpe, dia tau bengkel orang tu kat mana. So towing sampai setengah jam lepas tu. So tow kete aku sampai bengkel kat nilai. Dalam perjalanan ke bengkel abah aku pun sampai kat nilai. So sampai je aku kat bengkel dalam abang jamil pun sampai juga , 5 minit lepas tu abah pun sampai juga. Bincang2 then kete tinggal bengkel tu , amik barang dalam kete transfer dalam kete abang pastu hantar nora ke PD. Sampai PD dalam pukul 1 pagi. Patah balik ke tempat aku singgah UKM anta barang aku singgah solat then aku ikut abah aku balik rumah. Malas la plak aku nak stay kat UKM. Tak jadi nak g kelas hari selasa. Dalam pukul 4 pagi baru sampai rumah…


Aku rasa penat sangat perjalanan hari ni. Huhu.. Moga kawan2 yang ada masalah kereta rosak tu jangan cepat terpedaya dengan orang yang cepat sangat nak hulurkan bantuan. Kalau boleh call PLUS  18000000. Lagi satu kalau kereta tengah jem better xyah pasang aircond, takut temperature naik. Kalau dah temperature naik tu baik berhenti jap tepi highway tu kasi temperature turun baru jalan balik… Kalau dah over heating tu jangan terus masukkan air dalam coolant tu… nanti ada plak benda lain yang rosak. Wassalam. Hati2 di jalan raya. Ingatlah masih ramai yang menyayangimu.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    kami menyediakan perkhidmatan towing kenderaan (car carrier) 24jam dgn harga yg sgt berpatutan.
    sila hubungi en jamil 019-6311168@012-3587959.terima kasih

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana share pengalaman admin di alam maya...kalau penat berjalan,bolehlah cari homestay berdekatan senawang untuk berehat/bermalam. klik tajuk nama sewahomestaymurah

    ReplyDelete