Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 satu kenangan.

Hari ni calon spm 2014 dapat result. Aku pun rasa debarnya sebab sepupu pun amik spm. Tp disebabkan ke'busy'an hari ni, buat2 biasa je.. 

Pagi2 dah dapat calling cakap pasal result budak2 tu.. Sebabnya tahun lepas dah nak exam aku ngajar budak2 tu. Ye lah aku pun baru habis belajar masa tu jd baru ada masa nak ngajar. 

Aku ngajar subjek matematik je yg utama sebenarnya, pastu budak2 ni minta ajar add math, kimia, fizik, biologi.. ermmm... Dik sekalian, hakak kau ni pun cukup2 minum je subjek sains tu.. Tp aku ajar gak la mana aku tau..

Anyway tahniah untuk semua.. Aku ajar xlah seberapa pun tp usaha korang dan rezeki dari Allah membuatkan korang berjaya dapat kputusan tbaik. 

Rasa happy n sebak juga la tengahari td dapat mesej daripada diorang cakap terima kasih.. 

Ni antara mesejnya.. 
Dlu katanya dapat C je sekarang alhamdulillah dapat A.  Tahniah. 

Yg ni plak sepupu aku.. Mcm2 dugaan masa nak exam hari tu.. Rumah terbakar, nenek meninggal.. Tp gigih juga bangun pg2 sebab nak study.. N minta tlg aku ajar .. 

Apa2 pun tahniah semua.. Panjang lagi perjalanan selepas ni. 

No comments:

Post a Comment