Monday, September 12, 2011

MONTAJ UNTUK ACARA MAKAN MALAM KOLEJ IBU ZAIN.wmv

Assalamualaikum..

Setelah 4 hari di sini akhirnya majlis @ minggu orientasi untuk pelajar baru UKM sesi 2011/2012 telah pun selesai. alhamdulillah. tahniah dan sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam memastikan kami memahami pelbagai perkara. sebagai pelajar yang baru masuk ke dunia pembelajaran yang mempunyai sistem yang berlainan dengan sekolah menengah mahupun matrik.

**********************************tamat*******************************************

Sebenarnya aku pun bukan faham sangat apa itu kredit2.. kredit top up aku tau la cukai dah naik sebanyak 6%.. tp kredit untuk universiti aku kurang faham. tak pelah malam ni boleh jumpa senior tanya diorang.

Alhamdulillah sekali lagi kerana acara makan malam bersama pengetua kolej Ibu Zain, dapat dijalankan dengan baik. syukur aku dapat siapkan persembahan multimedia tu petang semalam. gelabah aku buat..tarak idea ma.. tp aku dah buat smampu aku tahu je..

Alhamdulillah juga kerana PC yang bertugas di Kolej Ibu Zain semuanya baik..roomate yang baik..semuanya baik la...

layan la video bawah ni aktiviti kitaorang sepanjang minggu orientasi



No comments:

Post a Comment