Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
Salam Ramadhan buat ayah dan ibu ku juga keluargaku yang tercinta... guru2 ku di SK Berjaya, SMK Sungai Burong, pensyarah2ku di Kolej MAtrikulasi Melaka, rakan2 ku yang sudah berteraburan di atas muka bumi Allah ni juga pada sesiapa yg kenal aku...
Manfaatkan ramadhan yang datang dengan baik.. Jangan biarkan peluang yang hadir dibiarkan begitu sahaja. Kita belum tahu lagi adakah umur kita adakah sampai lagi untuk ramadhan yang akan datang. Ya Allah, kuatkan hatiku menanggung segala apa ujianmu yang kami hadapi dan bakal hadapi ketika ini.
Aku berazam untuk khatam quran lagi untuk ramadhan kali ni. Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menempuh azamku. Moga Allah permudahkan segala urusanku.
Ya Allah, andainya umurku masih ada, izinkan aku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku yang selama ini bersusah payah membesarkanku, memberi tunjuk ajar, ilmu agama.. yang sentiasa berkorban untukku, ampuni dosa mereka Ya Allah.. andainya aku melakukan kesalahan, letakkanlah kesalahan itu hanya padaku.. ibu bapaku tidak bersalah... mereka telah mendidikku dengan sempurna...
Ya Allah, andainya hidupku berakhir ketika ini, maafkanlah segala dosa ku yang telah ku lakukan di atas bumi ini ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan islam.. jadikan matiku sebagai tempat aku beristirehat sebelum dibangkitkan di akhirat kelak... aku hanya hambamu yang kerdil lagi tidak berupaya..ampuni segala dosaku.. itu sahaja yang ku harapkan agar Kau selamatkan ayah, ibu, keluarga dan diriku dari siksaanmu...
kawan-kawan dan segala yang kenal diriku... Maafkan andai ada tersilap kata tersalah bahasa mahupun terkasar tingkah laku....
No comments:
Post a Comment