Rindu usah disebut
Benci jangan diluah
Telan saja
Apa yang terhidang
Biar saja
Apa yang terlarang
Sampai bila
Hanya di belantara hati
Mengemudi samudera fana
Sehingga ada yang terluka
Kepincangan pedoman
Tanpa mampu berkata
Dipasung dangkal
Apa lagi
Dia mahu pergi
Bukan kerana mengalah
Tapi melangkah.
No comments:
Post a Comment