˙˙ɐnɯǝs ɯnʞıɐlɐnɯɐlɐssɐ
˙˙ıu ƃolq ǝʇɐpdnx ɥɐp ɐɯɐl ɐɐʍ
ɥɐloʞǝs ıp uɐdnpıɥǝʞ uɐƃuǝp ʞnqıs ʞɐʎuɐq
˙˙ʞılǝd ƃuɐɹo ıʇsǝɯ˙˙ɐɥɐɥɐɥ ˙˙˙ɥɐloʞǝs ıp ɥısɐɯ nʞɐ ɐıunp ıdɐʇ ɥɐloʞǝs sıqɐɥ ɥɐp nʞɐ undnɐlɐʍ
˙˙˙ɟlǝsʎɯ ʎoɾuǝ ʇsnɾ und ɐdɐ ˙˙ɐlɐ
ʞ ˙˙^-^ ¿ǝʎ ɹǝdɐu˙˙ɐl ƃuıuǝd ɯɐɔɐɯ und nʞɐ ¿˙˙˙ıu ılɐʞ ʇsod ɐɔɐq ǝʞ ƃuıuǝd ƃuɐɹoʞ
ɐl nƃƃunʇ ˙˙dɐ nɐʇ ʞɐu˙˙ƃuıɥʇǝɯos uɐʞʇsod uɐʞɐ nʞɐ˙˙ƃuɐʇɐp uɐʞɐ ƃuɐʎ ʇsod ʞnʇun ılɐʞ uıɐl ɥɐl
**jangan peningkan kepala korang ok
Saturday, January 30, 2010
Wednesday, January 6, 2010
Happy New Year!~
Hahaha lupa plak post kali ni nak wish je Happy New Year.. dah pukul 1:10 am.. aku pelik la macam dengar bunyi pelik2 je..nak tido..bukan takut la tapi sok nak g kOop la sebab tu kena tido.. huhu~
kERINDUAN
Rindu dengan saper?
Lorh mestilah dengan kesayanganku..hohoho~
sebenarnya aku rindu status aku sebagai pelajar&pengawas sekolah SMKSB...
sekarang jaga kOop..
terubat rindu ke sekolah
Tuesday, January 5, 2010
First time tak sekolah!!!!!
Assalamualaikum...
lama dah tak update blog ni, rindu plak. =)
Waa..mula dah sesi persekolahan bagi tahun 2010.. Seronok aku tengok adik aku Asraf dah masuk sekolah jadi pengawas sekolah lak tu.. Ira(sepupu) jadi pengawas pusat sumber ( mewarisi aku dulu ) macam tak percaya je budak-budak ni jadi pengawas sebab dah la badan kecik je..aku pun terpikir macamana budak2 ni buat keje... ishkx... tu adik bawah aku..
ni lagi satu adik bongsu aku, dia tak nak orang panggil dia adik suruh panggil dia abang.. Baru 5 tahun..tapi takpelah aku panggil juga dia abang.. First day mula sekolah aku bangun tido je dia dah nak g sekolah.. aku pun tegur dia la
" abang dah nak g sekolah ke, nak ikut boleh?" ..
....hampeh tol jawapan dia ?
>> " abang nak pergi sekolah ni, kak la tak leh ikut tau nanti cikgu marah.. kak la kat rumah jangan nangis je abang nak g sekolah"
'o' terkejut aku dia jawab gitu.. senyum je la.. ada-ada je abang ni.. =)
dah pukul 7 lebih tu pas abang pergi keje dengan abang kecik pergi sekolah, aku main game ranch rush..best giler la... malam tu sampai pukul 2 aku main.. huhu~ too happy..
dah nak pukul 8 lebih tu aku baru la kelam kabut nak bersiap g sekolah...
haa~~!! aku g sekolah?
yee.....
jaga koperasi.. bukan untuk belajar di kelas lagi.. waa rindu kenangan masa belajar.. rindu sangat nak handle perhimpunan lagi.. huhuhu :(
rindu dengan kesayanganku.. ni lagi sedih..tapi takpe jaga koop pun masih leh tengok dia apa.. *mood kembali senyum..
hari pertama jaga koop :-
penat sungguh..dengan lapar sekali..pagi tu aku tak sempat makan sebab pas main game aku dah bersiap nak g sekolah... banyak tol budak2 beli barang.. sampai naik blurr aku mengira..sampai budak2 beli buku dengan pen pun aku kira dengan kalkulator.. so blurr
pagi ramai sangat budak dah petang baru reda sikit.. habis jaga koop pun dah nak pukul 2.. pastu aku g ps..kak ku belanja ku makan..haa kenyang~
**hari ni aku pakai baju and seluar baru lorh... hahaha
hari kedua jaga koop :-
pagi ni aku relax lagi..tak menggelabah macam semalam.. aku keluar umah awal hari ni..(bawa gonad sekali hari ni ).. nak pulangkan kat tuan dia.. hari ni busy juga tapi tak sebusy semalam.. tengahari tadi aku tak balik lagi..duk kat ps tapi bukan jumpa kak ku tapi aku buat keje.. nak listkan nama budak form 1 yang beli tshirt sekolah.. banyak lorh namanya.. tapi sempat aku siapkan sebelum koop buka untuk sesi petang lak.. alhamdulillah.. petang aku tangkap gambar lak untuk program orientasi form 1.. banyak tol pose pengetua aku ambik, semua tu dia bercakap untuk kebaikan pelajar2 suma.. harap adik2 tu dengarla..
lepas tu aku pulangkan la kamera kak ku tu..pastu aku cakap nak lik..petang ni ada bbq dengan kawan2 sekolah rendah... petang baru aku kelam kabut lagi.. kawan-kawan dah sibuk call panggil datang bbq tapi kat sekolah aku banyak lagi keje.. pastu koop lagi..
hari ni kira aku adil sikit la.... aku dah tolong kak ku shoot untuk program orietasi form 1, tolong teacher haslina untuk koperasi, datang bbq dengan kawan-kawan.. walaupun penat tapi ok la.. harap diorang faham.. jangan marah aku ok! =)
**lapar la hari ni seharian aku tak makan nasi.. kak ku bagi duit suruh li nasi tapi aku xnak sebaliknya aku plak belanja dia..hahahaha xpe aku suka.. lagipun aku tak sempat nak makan la.. ( haha ngalahkan PM yang =( .. malam ni pun lapar lagi makan cream o je..
Friday, December 18, 2009
Namaku
N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
K : Suka melakukan sesuatu yang baru.
M : Kejayaan mudah datang kepada anda.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.Anda seorang yang gemar bersosial.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Suka melakukan sesuatu yang baru.Kejayaan mudah datang kepada anda.Anda seorang yang berpengetahuan.Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
K : Suka melakukan sesuatu yang baru.
M : Kejayaan mudah datang kepada anda.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
S : Anda seorang yang berpengetahuan.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.Anda seorang yang gemar bersosial.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Suka melakukan sesuatu yang baru.Kejayaan mudah datang kepada anda.Anda seorang yang berpengetahuan.Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
18-12-2009@1 muharram 1431
Dalam aku melewati usia ku yang semakin meningkat, tak perasan dah masuk tahun baru rupanya.. Bila cakap pasal tahun baru mesti dikaitkan dengan azam baru tapi berapa je orang yang masih ingat apa yang diorang azamkan dan berapa je orang yang mencapai apa yang diazamkan awal tahun lepas.. Kadang-kadang orang ni berazam hanya untuk memenuhi syarat tahun baru iaitu azam baru.. Erm mungkin juga azam ni untuk menaikkan semangat mereka untuk ahun tu. siapa tahu?
Aku punya azam? lalalala. xtau la.belum bersedia untuk pikul azam baru lagi.. tapi biarlah tahun ni lebih happy daripada tahun sebelumnya..
Hari ni terawal plak bangun pagi ni, selalu cuti2 bangun 6.20 ke atas untuk solat. hari ni dengar azan je terus bangun.. tapi aku sakit kepala la.. yelah semalam aku nak jumpa ramlah tu, ujan lebat sangat.. lencun aku..bawa moto sampai dh xnampak jalan tapi aku terus je sebab nak cepat jumpa ramlah. Dia best la tempat dia tak hujan.. pas jumpa ramlah, akhirnya tempat dia pun hujan lebat juga. kitaorang berteduh bawah kunci air kat tali air 1 ban pakat. lama juga sampai 6.47pm. boring sangat~! nak bermesej ada plak petir, tak pasal2 mati kena tembak petir nanti.. huhuhu~
masa aku balik, memang semua dah lencun sangat.nasib baik mak abah aku belum balik dari tanjong kalau tak,habislah aku kena marah~ Slumber je masuk rumah dengan pakaian basah tu.. rupanya ada sepupu aku ngan bininya datang.. xperasan plak ada kete dpn rumah td.
Badan aku dah sakit-sakit ni.. sekarang aku nak berehat.. hari isnin nak jumpa cikgu azah. hari rabu nak jumpa kakak. So, xleh demam.. ^_^
Wednesday, December 16, 2009
Aku pasti jua menangis
sebelum SPM tu,ada program bacaan yassin dan restu ilmu untuk tingkatan 5. kitaorang semua bersolat hajat dan baca yassin sama-sama guru-guru, ibu bapa yang diketuai oleh ustaz Asraf~imam Masjid Kuala Selangor. Kakak aku pun ikut sekali.~happy~
sampai masa majlis restu ilmu, guru-guru kena cium umbun-umbun pelajar sebagai tanda restu~ustaz asraf yang cakap. Sampai masa untuk bersalaman dengan guru-guru, ramailah yang menangis.. Sampai ada satu suara ada cakap : "nilah masanya kita nak tengok ella menangis". Aku pelik la naper cakap macam tu, rupanya aku ni tak pernah@jarang sekali menangis katanya.
tapi masa restu ilmu tu pun aku tak nangis.. kenapa aku tak nangis sedangkan 99.9% pelajar menangis. baik lelaki mahupun perempuan.. aku tak minta maaf sepenuh hati ker?
Zahirnya memang aku tak nangis tp hati aku tak siapa yang tahu melainkan Dia yang Maha berkuasa.
Kenapa orang menangis?
Risaukan orang yang tersayang? Rindu? Takut? @ Kehilangan orng yang kita sayang?
Aku pasti semua tu buat kita menangis~ malahan aku pun akan menangis kalau benda-benda tu berlaku pada aku... Betul~
tapi kadang-kadang air mata tu datang tanpa diundang seperti tadi ketika aku solat, kenapa mencurah-curah air mata aku jatuh. Aku sedih? sukar nak tafsir perasaan aku sekarang!
Nasib la aku dapat tahan air mata aku ni daripada jatuh tengah hari tadi depan orang yang aku sayang. tiba-tiba aku takut kehilangan dia. Aku tau bila kita berbuat sesuatu kerana Allah kita takkan takut untuk kehilangan dia tapi yelah kita ni manusia biasa yang alpa dan sering melakukan kesilapan, tak boleh tahan rasa yang membendung hati aku ni..
Susah nak faham hati aku ni macam aku sendiri pun kadang-kadang keliru..
tapi aku nak dia tahu "363".. sayang dia sangat..
Janji
Nape tetiba aku bercakap pasal janji?
-Ntah la~
Ramai orang yang berjanji, namun sejauh manakah mereka ni menunaikan janji mereka?
kadang-kadang cakap ni senang tapi nak buat tu susah. Masa senang, happy @ baik tabur janji-janji tapi hasilnya nanti..hmm~~macam orang bercintalah..nak sehidup semati konon..
Aku berjanji?
Tak dinafikan kadang-kadang bukan kita lupa janji tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan untuk kita menunaikan janji-janji tersebut. Bagi aku kalau orang berjanji, dia yang kena ungkit balik apa yang dijanjikan. Takkan aku plak yang nak kena ingatkan, macam aku ni beria sangat dan aku pikir kalau aku yang ingatkan..em biarlah..
Ingatan : tak payah la terlalu banyak menaburkan kata janji kalau kita sendiri tak sure yang bolehkah kita tunaikan..
Monday, December 14, 2009
10 Amalan Murah rezeki
Salam Sejahtera Semua,
Sekadar ingin berkongsi tips2 berguna utk kita bersama. Semoga ilmu yg tidak seberapa ini dpt dimanafaatkan utk kita semau..Insya Allah.
10 Amalan Murah rezeki
1. Taubat / Istighfar
2. Takwa
3. Beribadah Kpd Allah
4. Silaturrahim
5. Berinfak di Jalan Allah
6. Bersyukur
7. Tawakkal
8. Hijrah ke Jalan Allah
9. Memberi Nafkah Mereka Yang Menuntut Ilmu Syara'
10. Doa / Zikir & Al-Quran
Semoga kita dpt sama2 merenung diri sendiri & melihat sedalam2nya dlm hati kita.. byk x amalan2 spt di atas kita lakukan @ mkin kita terlepas pandang. Semoga memberi manfaat kpd semua.
Sesungguhnya yang baik itu dariNya.
kredit to Jutawanmuda
Subscribe to:
Posts (Atom)