Thursday, November 26, 2009

Target SPM

Assalamualaikum dan Salam demam SPM...

Untuk calon SPM, ( sains tulen )
harap benda ni bguna pada anda semua..

Tajuk Ramalan untuk

Biologi :-
Organelles, dynamic ecosystem, hemotasis, growth, blood circulation, nutrition, human digestive system, dynamic ecosystem, reproduction, inheritance, Respiration,endangered ecosystem.

Kimia :-
emperical formula, periodic table, carbon compound, salt, redox, electrolysis, soap and detergent, rate of reaction, bond, manufactured substance in industry( alloy, glass ).polymer or rubber.

Fizik :-
measuring instrument,heat, kinetik, pressure, electromagnet,transistor,logoc gate,force in equilibrium,momentum,work,energy,power,ohm's law,electric current and relation between potential diffrent,voltage,wave,inteferens,specific heat capacity, latent heat, thermometer.

bernoulli,archimedes,radioactive,radioisotope,nuclear fusion,semiconductor diode,atmosphere pressure,gas pressure,apllication of electromagnet indicator.

heat,electomagnet ( dinamo )

p/s : mana yang ada salah ejaan tu korang check buku sndiri la ye.. aku manusia biasa yang lemah, naip pun ada yang salah2..

~~pergh penat nak naip ni.. harap korang guna la dengan sebaiknya. jangan lupa baca la juga tajuk2 yang lain tu.. ni sebagai ramalan je .. ok.. aku nak sambung stydo ( study+ tido ) hahaha

Tension

salam.

lama dah tak update blog ni..
busy menghadapi SPM...
rasa 1 tension dah pergi sebab exam add math dah berlalu..
susah benar exam kali ni...
bertambah2 stress kepala aku..
lepas habis exam semalam bayangan add math menghantui hidup aku...
menyesal pun tak guna..tawakal kepada Allah..

hari ni lega skit sebab tak de exam
tapi watch out hari isnin ni kana jadi doktor kejap
sebab exam biologi plak..
aku sian dengan cikgu bio aku tu..
dah la tgh sarat tapi masih bertungkus lumus buatkan nota untuk kitorang satu kelas..
moga keputusan kami nanti the best.. insyaALLAH

sekarang ni aku tengah boring sebab penat study pagi tadi..
ni mula la buat benda yg pelik2..
aku nak try buat gubaan guna duit syiling..
ha~~macamana hasil aku buat..
tunggu~~

hari sabtu ni first spupu aku belah mak nak kahwin.. masing2 sibuk dengan persediaan..
yang dia plak asik membebel je.. bukan nak tolong!
poorah~~tau suruh je..
apa2 pun aku tetap mghadap buku je..

k sekian
wassalam

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal

alhamdulillah aku masih bisa bernafas seperti biasa di pagi hari raya ni.. agak lambat sikit bangun sebab rasa tak sedap badan la... pagi ni bersiap2 pakai bju baru tapi aku xde baju baru pun sebab mak tak sempat jahit.. mak jahit baju adik beradik lelaki je.. xpe... =)

pagi ni orang baraan, mereka bertakbir dari rumah ke rumah,berdoa..alhamdulillah.. tersentuh hati aku.. memang feeling habis la tuk raya tahun ni.. lepas orang baraan balik, aku dan keluarga saling bermaafan.. touching feeling lagi..hmmm.. aku dapat duit raya dari mak, abah,abang,sepupu waaa bestnya...dah beso2 macam ni pun dapat duit raya lagi.. Alhamdulillah..

syukur sekali lagi,ramai yang datang rumah aku di hari raya pertama ni..keluarga wak Mis ( ramai ada 4 kereta ) memang meriah rumah aku dengan gelak tawa diorang tu.. pastu kelurga trdekat yang duduk sini datang juga.. Alhamdulillah lagi mkanan yang mak aku masak habis licin di kuantan tinggal lah yang ada di bekas makanan yg kat luar.. memang sedap! thanks nenek,mak,abah sebab masak makanan yang best2 pagi raya ni...

sekarang ni, aku still tak beraya rumah orang lain sebab kunjungan orang memang tak putus2.. Alhamdulillah untuk nikmat yang Allah kurniakan..kita masih lagi bisa bernafas dan mampu memohon kemaafan dari orang lain.. setakat ni je la.. ramai plak orang datang,.,kena lah layan.. bila kita sambut tetamu dengan ikhlas nescaya Allah akan mengampunkan dosa2.. amin..

akhir kata
pejam celik, pejam celik,...dah lama kita tak jumpa..
pejam celik, pejam celik..dah habis puasa rupanya..
pejam celik, pejam celik,...haa raya datang menjelma..
makin dipejam celik.. banyak pulak salah yang dilakukan..
sementara masih celik..banyak2lah buat pahala..
sebelum pejam tak celik2,banyakkan lah buat ibadah...
SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

RINDU PADA DIA..mengharapkan dia sudi menjengah

29 ramadhan

salam akhir ramadhan semua...

hari ni agak kelam kabut sikit sebab baru hari ni nak g beli kuih raya.. pagi tu pukul 11.30 aku dengan ramlah pergi rumah cikgu maskiah untukbeli kuih raya..murah je 1bekas rm10..aku beli 5 pastu abi bagi 1 percuma..alhamdulillah..macam tu juga dengan ramlah,just beli 3 pastu dapat 1 percuma... dah habis beli,aku n ramlah lepak kat pantai berdekatan rumah cikgu... tapi sekejap je, pastu pergi tanjong sebab nak print design yang aku dah buat untuk K aku.. banyak kedaiakupergi,jauh dah aku berjalan ni... tak jumpa juga kedai yang boleh print..emmm..macamana ni...arghhhh.. balik je la..

pukul 5.30 aku bertolakpergi sungai besar..kakak aku cakap dia xde kat rumah...dia nak g sb. so aku buat keputusan untuk jumpa dia je kat sb.. pening ooo jalan kat sb.. dah la aku jarang pergi kena plak kena cari tempat.. imbah ham berpusing2 aku jalan.. kakak aku kata jumpa kat dpan the store, hmm aku mana tau the store kat mana.. masa aku nak g the store tu ada sorang pak cik ni aku tanya the store kat mana..dia cakap the store dah xde..aku mula la dah cuak..ish betul ke ni? pastu dia sambung cakap n tunjukan yang tu la kedai the store lama. hmm lega aku.. bila aku sampai je terus aku cakap dengan kakak aku, alhamdulillah akhirnya kitaorang jumpa juga.. aku dan dia berjalan ke kereta untuk aku bagi dodol..alamak kakak aku bagi duit plak.. bukan tak nak terima tapi sebab aku takut dodol tu xsedap macam tahun2 yang lepas..jadi aku xnak la terima tapi kakak aku bagi juga..hmmm.. aku jemput kakak aku datang rumah tapi ikut gaya n mukanya macam tak sudi je..aku berharap sangat dia datang.. kenapa? ntah la ye bila dia datang aku rasa happy sangat..dah selesai aku bagi n bersalaman aku pun nak balik..bila aku tengok kereta kakak aku tu parking kat mana baru aku tahu tu la tempat aku tanya pak cik kat mana the store..boleh tak perasan ucu pun ada kat situ..

pukul 6.30 : aku pun bergegas balik sebab kalau naik motor laju macamana pun paling kurang 40 minit baru sampai rumah.. laju gak aku bawa pastu tetiba sampai je jalan besar, hujan lebat sangat..tak leh la nak bawalaju lagi..lama juga perjalanan sebab bawa motor slow..kuyup kena hujan.. dah sampai pt4 aku singgah rumah ramlah untuk pulangkan lap top, alhamdulillah lap top takpa pe..sebab belakang tak basah.. aku sampai rumah lebih kurang 7.10 pm..nasib mak aku tak marah sebab balik lambat..bersyukur lagi...

malam...dngar je pengumuman raya esok..arghhh..sedihnya.. tapi aku lega..di akhir ramadhan aku masih boleh melihat dan bersama orang-orang yang aku sayang.. Alhamdulillah

Thursday, September 17, 2009

Kain pelekat vs Seluar Panjang

ASSALAMUALAIKUM WBT.

aku ada cerita skit nak citer, citer ni diceritakan oleh kawan aku yang diceritakan kawan dia..macam ni ciernya :- maaf ada unsur xx sikit

ada sepasang kekasih ni, bila dating je pakwe si perempuan ni suka pakai kain pelekat. suatu hari, makwe lelaki tu komplen, "awak ni pakai la seluar pulak, asik pakai kain pelekat je".. selepas pulang daripada dating, lelaki tu beli la kain untuk dibuat seluar.. dia antar la kain tadi ke kedai untuk buat seluar.. selepas beberapa minggu , dia pergi ambik la seluar tu..apek yang buat seluar tu tanya kain lebih dari buat seluar ni dia nak ambik atau bagi je apek tu.so lelaki tu pun ambik je la lebihan kain tu. sampai masa pasangan ni nak g dating je,lelaki tu pun pkai seluar yang baru dibuatnya itu tetapi masih lagi memakai kain pelekat..maknanya dia pakai kain pelekat pastu dalamnya seluar..tetiba masa perjalanan dia g dating tu, dia sakit perut, dia selak la kain pastu dia rasa susah pakai seluar jadi dia bukak la dan apa lagi 'melepaslah'..selepas siap tu dia terus pakai kain dan lupa pkai seluar ( yelah dah biasa pakai kain je ).. sampai di tempat dating tu,makwenya marah sebab lelaki tu masih lagi pkai .. tapi lelaki tu cakap dia sebenarnya ada pakai seluar n seluarnya dalam kain tu..sebab excited nak tunjukkan seluar dia tu terus dia angkat je kain dia... dan perempuan tu pun @#!$!T! terus dia cakap 'panjangnya?'.. dengan selambanya lelaki tu cakapnya 'kat rumah ada lagi separuh

FAHAM KE? =)

MUHASABAH CINTA

wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
kupasrahkan semua padamu,

Tuhan,
baruku sedar,
indah nikmat saat itu
tak pandai aku bersyukur
kiniku harapkan cintaMu

kata2 cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang ku rasa kian jadi penawar dosaku

butir2 cinta air mataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan,
kuatkan aku
lindungiku daiputus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu

SALAM TERAKHIR

sampaikan salam buat semua,.
salam terakhir, salam teristimewa,
kepada kau yang sayang,
pada teman yang ku kenal,
pemergianku ini tak dirancang.

usah bertanya,mengapa aku.
mengucap salam terakhir kepadamu,
kerna waktu berputaran bimbang tak berkesempatan,
melahirkan kerinduan kepadamu,
demi sebuah kenyataan,
yang amat menyakitkan,
aku yang tidak berdaya,
hanya berserah padaNYA..

Salam akhir,salam yang teristimewa
bersamanya ku memohon keampunan
melaluiNYA ku peri kemaafan kepadamu

demi sebuah kenyataan
yang amat menyakitkan
aku yang tidak berdaya
hanya berserah padaNya

Salam akhir,salam yang teristimewa
bersamanya ku memohon keampunan
melaluiNYA ku peri kemaafan kepadamu

andainya aku punya waktu
masihku ingin mengulangi semula
saat indah bersamamu
sayang tak berkesempatan
abadikan saja salam ku diigatan..

SALAM KU YANG TERAKHIR.....



LAst Ramadhan di sekolah

assalamualaikum...
hari ni last sekolah sebelum cuti untuk hari raya.. hari ni juga last subjek untuk trial exam.. sebelum bermula kertas 2 fizik, cikgu zwawi masuk kelas kitaorang n bagi kertas 1 maths.. ramai juga dapat 30 ke atas markahnya.. cikgu bagi awal sebab excited+suka kot sebab kitaorang dapat markah macam tu.. aku rasa berdebar sangat nak dapat kertas 2 maths..walaupun soalannya senang tapi aku takut aku cuai masa jawab..nak semak takde masa..aku sampai saat terakhir masih menjawab soalan.. Hanya Allah yang mampu tolong aku ni.. aku hanya mampu berdoa...haa yang maths dah lepas.. ni fizik plak... Geramnya dengan kertas fizik 2 tu sebab banyak masalah sampai banyak buang masa kat masalah tu je..dah lah cikgu fauziah xde..dia dah ambikcuti.. rasa nak nangis je sebab salah jawab ( konsep salah ) lebih2 lagi yang specific heat capacity.. boleh plak salah yang Q=mcx(teta).. aku dah pikir dah 'c' tu utk s.h.c tpi aku tak ingat 'Q' tu untuk apa.. jadi aku silap 'Q' tu yang aku buat s.h.c... haaa sedih..nak nangis sebab subjek yang aku suka nanti aku xdapat markah ok...

Monday, September 14, 2009

BLACK OUt

hmmm... bukan mengeluh tapi lepaskan penat..
tadi aku ke surau, rasa pelik je naper gelap sangat ni.. rupanya blackout... ada yang bawa lilin tadi..so aku tolongla bakarkan.. memang panas la,dengan keadaan yang banyak nyamuk lagi.. masa solat tarawih adalah kadang2 xkhusyuk... bapaluh liir,baju pun basah je.. tapi dengan semangat ramadhan aku teruskan juga solat tarawih... lepas aku selesai tarawih dengan witir aku pun biasalah kebelakang..sbabkan xde lampu aku tak leh nak nak baca buku fizik yang aku bawa tu...pastu aku pun pikir,nape la takde lampu ni..xblh la nak baca buku.. aku dengar aa bunyibising2 kat luar..so, aku pun tengok2 la rupanya ada orang TNB tengah betulkan tiang letrik.. xlama tu lampu n kipas pun ON semula... waa best la dah sejuk balik..so aku ambik sejadah,hamparkan n aku baring lalu tertido..HAMPEH betul..dah ada lampu bukannya nak baca buku tapi tido plak.. sampai orang2 yang jamaah habis solat wtir aku baru bangun...memang dasar hampeh betul... selalu sebelum balik along aku minum2 dlu tapi hari ni orang yang buat air tak datang jd xde sape nak bancuh...dengan mata yang ngantuk aku pun bawa moto sama along.. dah sampai rumah aku pun tuju PC n buka blog..ni lah hasilnya.. sekarang dah siap..nak baca buku plak (biasalah kalu orang hampeh ni,ckap nak baca buku tapi tido) ..

BLACK OUt

hmmm... bukan mengeluh tapi lepaskan penat..
tadi aku ke surau, rasa pelik je naper gelap sangat ni.. rupanya