Sunday, September 6, 2015

Gastrik!

Assalamualaikum semua.. 

Minggu lepas memang tak sihat sangat. Perut meragam lagi. Setelah dikaji selidik rupanya gastrik. Bergelora perut ni, rasa nak muntah, berak pun bau masam, cirit birit, ada sekali tu teruk sangat dah masa tu, nak kentut sekali terkeluar sekali dengan isi perut.. Yucks.. 

Sebenarnya agak tak tahan juga dengan keadaan tu, someone suggest beli ubat arang sebab kitaorang pernah beli dulu masa kat Melaka. Yelah, masa aku belajar dulu aku lagi kerap sakit. So hari ahad tu aku pun pergi farmasi Valley kat Tanjong Karang dan beli ubat arang. 

Untuk info sikit, ubat ni elok untuk orang cirit birit or angin dalam perut. Sebab arang memerangkap angin. Hiyah! Hiyah!  Arang tangkap angin. 

Tapi bukan terus baik tau. Dalam masa tu aku tak boleh sangat makan makanan yang berbau ni.. Biasa kalau mak masak aku makan je walaupun aku xtahan mak masak pedas. Mungkin dinding perut aku dah nipis kot. Bila bau makanan, perut aku jadi bergelora dan pedih. 

Penyelesaiannya aku makan cereal je. 
Beberapa hari breakfast, lunch makan cereal.. 

Beberapa hari selepas tu makin ok dah perut. Dah boleh bau makanan. Alhamdulillah. Ok lah. Nak tido. Esok ada appoinment kat Hospital Sungai Buloh. Nervous! Moga Allah permudahkan. 

Friday, August 28, 2015

[Hobi] Majlis Perkahwinan Cik Afrah dan Izuan

masa tolong hantar kereta Cik Afrah kat Kelantan tu, cik afrah minta tolong tangkapkan gambar 
kahwin dia. aku ni memang la suka tangkap gambar tapi kalau gambar kahwin ke event ke aku
agak nervous gak. walaupun kahwin tu abang aku sendiri ke lecturer sendiri ke. 

Tapi aku saje je la tgkp sikit2. so ni antara hasil yang simple dr aku.







Monday, August 24, 2015

Motor kesayangan aku.

Kilat, bersih, sporty kan motor aku. 

Officially jadi motor aku lepas aku dapat lesen masa form 4, mak aku beli motor baru, dan secara automatiknya, pemilik bertukar kepada aku plak. 

Masa mula2 dapat lesen, aku naik motor ni pergi amik Ramlah kat kampung dia kat Ijok. Dulu2 xde waze, sampai sesat2 aku dibuatnya, tp jiwa kental tak pernah patah balik, walaupun sesat aku still cari jalan yang betul.

Tahun 1 kat ukm, aku bawa motor lepas sebulan kot naik bas. Aku bukan apa, kelas aku kadang2 kat fakulti lain, jadi lambat nak kena tunggu bas. So aku decide bawa motor. 

Dalam tahun 2 aku dah berani bawa motor sampai Melaka, so tiap hujung minggu aku pergi Melaka. Bukan sebab apa tapi aku bosan kat UKM xde kawan. Aku ni jenis yang pendiam kot jd xramai kawan. 

Motor juga jadi kenderaan aku ulang alik hujung minggu dari ukm ke rumah. Dulu ada cikgu offer mengajar hujung minggu kaf sekolah, so pagi2 lepas subuh gerak dr ukm balik sungai burong untuk kelas pkul 8.30 pagi. 

Most of the time masa belajar kat UKM, aku pakai moto ni. Pernah excident dalam ukm naik motor ni. Masa tu nak g klinik sebab xsihat sekali excident plak, jatuh ditimpa tangga la nampaknya..  

Rindu aku masa belajar, rindu masa merempit naik motor ni. 

Sebenarnya, motor ni mengingatkan aku juga pada kau kawan. 

Wednesday, August 19, 2015

Kelantan mari!!!

30 april hari tu aku bawa kete cik yen dari melaka ke Kelantan. Dia xberani katanya drive sendiri. So dia minta tolong aku. Aku pun no hal la tolong. 

Banyak kali dah ke kelantan naik kete je tp bukan kete sendiri dan bukan sorang la, so kebetulan aku ada program kat Melaka hari isnin-rabu tu jd terus la habis program aku terus ke Masjid Tanah. 

Malam tu kemas2 barang dan decide barang apa yang nak kena bawa balik. Pagi tu singgah makan kat kopitiam masjid tanah. Makan nasi lemak.. Pastu mata ngantuk woiii..  

Aku drive dr masjid tanah sampai kelantan xtukar driver. Gigih x. Esoknya balik dah ke melaka semula amik kete. Ada orang sponsor tiket flight so okay la kan. 


Balik singgah rumah kak ngah. 

Esoknya sebelum g airport kat kelantan, singgah minum air teh tarik madu. 


Minum2 dengan kak ngah. Dia belanja. Tq. 


So dah sampai masa nak terbang. Jumpa lagi kak ngah. Huhu. 

Saturday, August 1, 2015

Johor Premium Outlet

Kebetulan dah ada program kat Johor jd kitaorg saje singgah kat JPO ni .. Hari ptama sampai Johor, terlajak plak jd tpaksalah teruskan ke jb. Program ptama dekat Surau Taman Austin. So masa hari kedua baru la ada kesempatan g JPO. 

So, This Is Johor Premium Outlet ( JPO ) xjauh dari exit Senai tu. Singgah2 la kat sini kalau korang suka barang branded. 
Memang macam2 ada. 

This Is Johor. Johor Premium Outlet

Haaa nampak aku excited giler... Yg sorang lagi sibuk dengan kerja, sempat peace je tp telinga sebelah tu bincang keje.. Hebat2. Yang depan sekali tu xsabar2 nampaknya nak masuk.. 

Ni kedai POLO. Memang banyak barang, cantik2, dah tengah2 bulan ni, poket kering. xleh 

Ish kacau je nak bergambar.

Depan kedai Nike. Ermmm cantikkkk barang2 dia..

nampak harga dia... 

kat kedai levis ni. banyak cantik2 jeans.. tp xcukup duit plak. hahaha lain kali kalau dh gaji banyak kita shopping sini plak ye.

pilih pilih.

penat la kot teman orang suka shopping.. tp xmembeli apa pun kitaorg. cuci mata je..





makan cakoi kat sini.. tp dah terbiasa kat selangor makan cakoi cicah kaya, kat sini makan dengan bubur nasi.. ermmmm xkena..





Friday, July 31, 2015

Nasi Arab Damsyik

Assalamualaikum .. 

Busy bebenor nak post kat sini.. 
Kebetulan nak tido ni aku post sikit pasal kedai nasi arab aku singgah tadi.. 
Kebetulan aku dan team ada program kat Johor, so dlm pjalanan balik ke Selangor, imam ajak makan kat Seremban. Mula2 ingat kat restoran lazeez arabic , tp rupanya dia nak makan kat nasi arab damsyik. Rasanya x jauh pun jarak antara dua kedai ni, sb dr highway Utara Selatan tu sama je kena amik exit Senawang. 

Imam dan tunjuk " pegi cari tempat kat dalam, duduk bsila je" . So, OK Boss. 

Ni ustaz mursyid, tq kat dia yg gigih drive sepanjang pjalanan kat Johor dan balik ke Selangor. 

So, dalam pkul 2.45 pm kitaorg sampai. Lapor la juga masa tu tp xtahap kebulur masa tperangkap kat pondok hr tu la.. Kitaorg makan kat bahagian yang duduk bsila punya. Ada kat luar yg pakai kerusi tp saje nak rasa lain.. 

Imam order set untuk 3 orang makan. 
Ermmmm... Pikir jap nak order apa.. 


Ni menu makanan dan sekali harga. 

Ni plak set Air yang ada. Tak banyak pilihan pun. So pilih teh ais ( shai tu teh dalam bahasa arab ) .. Yang menariknya dalam air teh dia letak sekali daun pudina. Kasi mint skit. Boleh la telan airnya. Aku kalau rasa pelik2 mmg xleh nak telan sangat. 

Ni nasi aku amik.. Untuk pembukaan kita makan sikit2 je dlu.. Xdan nak amik gambar nasi dalam talam tu, tp rasaya set tu sesuai untuk makan 4@5 orang . 

Sekali dapat nasi, semua senyap makan.. Sambal dia dah campur macam keMelayuan sb pedas2 skit. Biasa nasi arab. Sambal tomatonya xpedas pun. 
Tapi sedap la sambalnya ni.

Lepas nasi tinggal takat ni, semua dah makin slow makan.. Dah kenyang sebenarnya😖😖.. 

Pastu bila dikumpul2 nasinya, rupanya banyak lagi.. Aku pun dibuli diorg suruh habiskan.. Fuhhhhh.. Bertambah berat badan aku..( malamnya aku sakit perut sb makan banyak, huhu aku mmg ada masalah perut dr dlu lg ) 

Nampakkkk, berkat kesabaran aku makan slow, akhirnyaaaa habis juga.. 

Ok ni jalan Bourgenvilla, kedai nasi arab damsyik.. X jauh pun dari exit senawang tu. Dalam 12 km rasanya. 

Rate rasa makanan : 8/10

Alhamdulillah, kenyang dan selamat sampai.  Ok dah sampai rumah pkul 6 lebih td.. Pastu tertido. Hehe.. Okbai.. Jupa lagi.

Tuesday, June 23, 2015

Selamat hari abah!

Katanya 21hb hr tu hari bapa tapi aku xwish pun.. 
Tapi tadi aku cakap " selamat hari abah, abah" 
Abah gelak plak, mak kata dah lepas dah. 
Aku cakap " bagi ella, hari2 hari abah, hari2 ella sayang abah" 

Maaf abah, ella memang xpandai nak zahirkan sayang. Dengan sesiapa pun ella xpandai nak tunjukkan sayang. Tapi dalam jiwa ni penuh rasa sayang. 

Moga Allah sentiasa jaga orang yang aku sayang. 

Sunday, May 17, 2015

😊

Cukuplah melihat kau tersenyum bahagia membuatkan aku gembira. 

Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 satu kenangan.

Hari ni calon spm 2014 dapat result. Aku pun rasa debarnya sebab sepupu pun amik spm. Tp disebabkan ke'busy'an hari ni, buat2 biasa je.. 

Pagi2 dah dapat calling cakap pasal result budak2 tu.. Sebabnya tahun lepas dah nak exam aku ngajar budak2 tu. Ye lah aku pun baru habis belajar masa tu jd baru ada masa nak ngajar. 

Aku ngajar subjek matematik je yg utama sebenarnya, pastu budak2 ni minta ajar add math, kimia, fizik, biologi.. ermmm... Dik sekalian, hakak kau ni pun cukup2 minum je subjek sains tu.. Tp aku ajar gak la mana aku tau..

Anyway tahniah untuk semua.. Aku ajar xlah seberapa pun tp usaha korang dan rezeki dari Allah membuatkan korang berjaya dapat kputusan tbaik. 

Rasa happy n sebak juga la tengahari td dapat mesej daripada diorang cakap terima kasih.. 

Ni antara mesejnya.. 
Dlu katanya dapat C je sekarang alhamdulillah dapat A.  Tahniah. 

Yg ni plak sepupu aku.. Mcm2 dugaan masa nak exam hari tu.. Rumah terbakar, nenek meninggal.. Tp gigih juga bangun pg2 sebab nak study.. N minta tlg aku ajar .. 

Apa2 pun tahniah semua.. Panjang lagi perjalanan selepas ni. 

Sunday, March 1, 2015

Suratan atau kebetulan?

Pernah tak terfikir yang segala pilihan yang awak buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan? tak pernah? sebab tu awak susah redha.
kadang-kadang awak fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. kadang-kadang awak berharap masa berputar kembali supaya awak boleh pilih lain.
sebenarnya awak silap. kalau semua benda boleh diputar balik ke belakang, tak ada la yang dikatakan hikmah.
awak buat pilihan, tapi pilihan tu tak membahagiakan awak. kenapa? adakah awak salah pilih? tak, sebab ia dah ditakdirkan.
bukan maksudnya awak kena menyalahkan takdir. pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. kun fayakun. ingat? semua atas izin-Nya.
ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan awak salah. sebab Tuhan nak awak belajar sesuatu dari situ.
ingat, kata ‘Maha’ bukan dicipta untuk manusia. Tuhan biar awak salah, supaya awak belajar mengenal punca masalah.
contoh, awak suka pada seseorang & seseorang itu khianati awak. awak mesti fikir, kan bagus masa putar balik. dah tentu awak tak pilih dia. tapi awak silap sebenarnya. Tuhan izinkan awak rasa cinta dan kecewa, sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu sebelum tiba masanya.
katakanlah awak bercinta dan bahagia. tapi tanpa pernikahan. dah tentu sikit sebanyak cinta awak tu hampir kepada noda, maksiat.
jadi datang hikmah, yang berupa kekecewaan, supaya awak sedar, cinta sebelum nikah tu sia-sia.
Tuhan tu Maha Mengetahui. DIA tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa awak. bukan DIA sengaja biar awak kecewa, sedih. tak.
cara Tuhan bekerja ni lain. DIA bekerja penuh rahsia. lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya awak belajar sesuatu tentang pilihan.
jika pilihan yang awak buat sekarang menyedihkan, move on. di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik inshaAllah.
tak guna awak bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. sedangkan Tuhan beri nafas supaya awak hidup melangkah untuk hari esok.
apa pun pilihan yang awak buat, dan sama ada ia buat awak gembira atau terluka, awak cuma hamba kepada Tuhan.
ada sebab kenapa Tuhan beri awak sama ada gembira atau kecewa. sebab DIA nak kita lebih dekat pada DIA.
dan apa jua pilihan yang awak buat, sama ada pada akhirnya awak gembira atau kecewa, awak belum mati. masih ada masa untuk buat sesuatu.
just don’t die before the time come. jangan mati sebelum tiba ajal. maksudnya jangan mengalah selagi ada nafas. teruskan mencari.
kecewa, bahagia, senyum, menangis, terluka, gembira, there’s so much to live in this life. and it’s all worth it.
apa jua yang awak rasa semasa hidup ni, nikmatilah ia. sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri.
walaupun yang datang pada awak cuma benda-benda musibah, yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik.
sebab selagi awak boleh buat pilihan, berikhtiar la untuk cari pilihan yang baik. kerana cuma orang mati yang tak ada pilihan dah.
live your life. smile, and always pray to Allah. even though you have to go through a lot of sorrow, believe that it’s worth it :)”