Monday, May 26, 2014

MATK 18 ( Gambar )


Alhamdulillah satu lagi program telah selesai. Maka makin dekatlah aku dengan penghujung masa di UKM ini. Banyak suka duka yang tercipta terutamanya di Kolej Ibu Zain ini, susah senang terlibat dalam sesuatu program.  Mempunyai ayahanda kolej yang banyak membantu dan felo2 yang sporting. Kawan2 yang terdiri daripada pelbagai jenis. 

Bagi aku di mana kita berada dengan siapa kita bersama , di situ ada hikmah tersembunyi.

Oklah. Malas nak cakap panjang, nah aku kasi gambar-gambar dinner hr tu.



























baru update 
















Tuesday, May 13, 2014

Hi Tea FTSM 2014

Alhamdulillah tamat sudah hi tea ftsm yang sebenarnya dulu 'dinner' FTSM. Mungkin ada hikmahnya setiap apa yang terjadi, masa untuk bersama kawan-kawan lebih panjang.  Tak tahu la lupa baca bismillah ke sebab makan makanan mahal ke, lepas habis program aku dah lapar balik. ( Hahaha ). Mana la tak bertambah berat. ( Hehe ). 

Lepas majlis hi tea tu aku dan kawan-kawan bersiar-siar di sekitar Pullman. Thanks to all photographer masa tu. Aku malas nak tangkap gambar sangat. haha

disebabkan 150 likes dr chuda tu aku terpaksa pakai cenggini

Ha. ni lagi satu buat persembahan yang mana kelaut perginya. Ingat senang lagi beberapa minit nak buat persembahan baru si suda ni bagitau. kelam kabut cari lirik dan whatapps kat semua orang. 

kelaut kelaut heavy 66 betul

ok semua, majlis dah habis, kasi lambai sikit. bai bai bai.

ala2 formal katanya. 

Bila dah petang-petang sementara tunggu solat maghrib, macam-macam gaya, macam-macam aksi
Layan je la

ni kadir yang tangkap gambar TH+TK. Sopan tak aku duduk. 

Amboi tirah. kemain dia..Kinah tu bunga-bunga cinta dia kembang betul. Haha

Semua gambar ni dari kamera dia. @oneshah . Apa2 pun cantik gambar dari kamera dia ni.
SALUTE BRO!

photographer : @Aribmudin. Geng TH+TS?

Erm... masih di sini menanti gambar. 

wanggey wanggey sambil menari orang belakang tu. 

kadir kah yang bersalah?


Akhir kata, ambil yang baik dr majlis hi tea ni dan buang dalam tasik yang keruh tu.  Mereka dah berusaha dan kita hargai. Yakin dalam hati yang insyaAllah hikmah Allah pasti lebih baik daripada perancangan manusia. Siapalah kita merancang ketentuan Allah. Moga ukhuwah yang terjalin berkekalan. So, harap kawan2 kita boleh join venture untuk buka bisnes sendiri. Kita cari pengalaman dulu di tempat orang pastu kita buka syarikat sendiri. =) Cawangan di merata tempat. 


Wednesday, May 7, 2014

Asmara Ini - Fazley







Dengar lagu ni aku teringat kenangan hantar sepupu aku g sekolah asrama " Sekolah Menengah Sains Cheras". masa tu teringin nak jadi mcm dia. Masuk sekolah asrama penuh. Yang g hantar dia hr tu ayah dan mak dia, aku dan abah aku. Lama dah peristiwa berlalu tp aku masih teringat dalam perjalanan tu aku terdengar lagu ni sambil membayangkan aku akan ikut jejak dia masuk asrama.. Hehe.. tp bila dah nak sekolah menengah aku xdapat pun masuk asrama, g je la sekolah biasa. tp takpe.. ada hikmahnya,,, rasanya macam dalam tahun 2004. Dah 10 tahun berlalu

Sunday, May 4, 2014

Barakallah

Tahniah dan selamat pengantin baru untuk kawan aku tu. Semoga kau bahagia sentiasa bersama pasangan.  hehe... harap2 kau baca la. aku malas nak msg direct kat kau. Nasib jumpa dia, nak tunggu aku lama la nak membujang. 

Mentari Hidup-HaikaL

Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali