Alhamdulillah satu lagi program telah selesai. Maka makin dekatlah aku dengan penghujung masa di UKM ini. Banyak suka duka yang tercipta terutamanya di Kolej Ibu Zain ini, susah senang terlibat dalam sesuatu program. Mempunyai ayahanda kolej yang banyak membantu dan felo2 yang sporting. Kawan2 yang terdiri daripada pelbagai jenis. Bagi aku di mana kita berada dengan siapa kita bersama , di situ ada hikmah tersembunyi. Oklah. Malas nak cakap panjang, nah aku kasi gambar-gambar dinner hr tu.
Alhamdulillah tamat sudah hi tea ftsm yang sebenarnya dulu 'dinner' FTSM. Mungkin ada hikmahnya setiap apa yang terjadi, masa untuk bersama kawan-kawan lebih panjang. Tak tahu la lupa baca bismillah ke sebab makan makanan mahal ke, lepas habis program aku dah lapar balik. ( Hahaha ). Mana la tak bertambah berat. ( Hehe ). Lepas majlis hi tea tu aku dan kawan-kawan bersiar-siar di sekitar Pullman. Thanks to all photographer masa tu. Aku malas nak tangkap gambar sangat. haha
disebabkan 150 likes dr chuda tu aku terpaksa pakai cenggini
Ha. ni lagi satu buat persembahan yang mana kelaut perginya. Ingat senang lagi beberapa minit nak buat persembahan baru si suda ni bagitau. kelam kabut cari lirik dan whatapps kat semua orang.
kelaut kelaut heavy 66 betul
ok semua, majlis dah habis, kasi lambai sikit. bai bai bai.
ala2 formal katanya.
Bila dah petang-petang sementara tunggu solat maghrib, macam-macam gaya, macam-macam aksi
Layan je la
ni kadir yang tangkap gambar TH+TK. Sopan tak aku duduk.
Amboi tirah. kemain dia..Kinah tu bunga-bunga cinta dia kembang betul. Haha
Semua gambar ni dari kamera dia. @oneshah . Apa2 pun cantik gambar dari kamera dia ni.
SALUTE BRO!
photographer : @Aribmudin. Geng TH+TS?
Erm... masih di sini menanti gambar.
wanggey wanggey sambil menari orang belakang tu.
kadir kah yang bersalah?
Akhir kata, ambil yang baik dr majlis hi tea ni dan buang dalam tasik yang keruh tu. Mereka dah berusaha dan kita hargai. Yakin dalam hati yang insyaAllah hikmah Allah pasti lebih baik daripada perancangan manusia. Siapalah kita merancang ketentuan Allah. Moga ukhuwah yang terjalin berkekalan. So, harap kawan2 kita boleh join venture untuk buka bisnes sendiri. Kita cari pengalaman dulu di tempat orang pastu kita buka syarikat sendiri. =) Cawangan di merata tempat.
Dengar lagu ni aku teringat kenangan hantar sepupu aku g sekolah asrama " Sekolah Menengah Sains Cheras". masa tu teringin nak jadi mcm dia. Masuk sekolah asrama penuh. Yang g hantar dia hr tu ayah dan mak dia, aku dan abah aku. Lama dah peristiwa berlalu tp aku masih teringat dalam perjalanan tu aku terdengar lagu ni sambil membayangkan aku akan ikut jejak dia masuk asrama.. Hehe.. tp bila dah nak sekolah menengah aku xdapat pun masuk asrama, g je la sekolah biasa. tp takpe.. ada hikmahnya,,, rasanya macam dalam tahun 2004. Dah 10 tahun berlalu
Tahniah dan selamat pengantin baru untuk kawan aku tu. Semoga kau bahagia sentiasa bersama pasangan. hehe... harap2 kau baca la. aku malas nak msg direct kat kau. Nasib jumpa dia, nak tunggu aku lama la nak membujang.
ntah kenapa rasa nak menaip plak hari ni. Korang tau pasal muslim show? ala yang diorg dakwah guna lukisan tu. Sangat menarik. So kat sini aku nak share beberapa gambar yang berunsurkan nasihat.
Aku pun sebenarnya ada masalah ni. aku dah setting jam baik punya tapi tak juga terjaga. Padahal tilam kat ibu zain ni pun biasa je. Astagfirullah. Sekarang sem baru ni aku ada roomate baru... apa yang aku perasan dia sangat awal bangun untuk solat subuh. #respect. cuma aku sedih sikit sb dia xkejut aku solat juga. Aku salah juga tak pesan kat akak tu suruh kejut aku bangun gak tp 'dia taknak ajak aku ke syurga ke? kenapa biarkan aku ke neraka?' sobs.. kadang2 aku bukan xnak bangun tp langsung xdengar bunyi jam @ phone aku habis bateri jadi xde jam bunyi. huhu..
** tidur pakai tilam biasa pun susah nak bangun apatah lagi kalau tilam dutanya neelofa. hmmm
Allahhuakbar. ni lagi satu. bila tarikan duniawi lagi kuat drpd akhirat...Bila kadang-kadang aku terleka dengan dunia yang fana ni aku tlupa tentang akhirat yang nyata. Kawan2 ingatkan aku kalau aku tlupa.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu' alaihi wa Sallam bersabda: "Tujuh macam PADA Orang Yang Akan dilindungi Allah hari Yang Tidak Ada Lindungan kecuali Lindungan-Nya - kemudian IA menyebutkan Hadits dan disebutkan didalamnya - Orang Yang bersedekah DENGAN Sedekah Yang IA tutupi makin sukses tangannya Yang Kiri TIDAK mengetahui apabila Apakah yang Oleh dikeluarkanNya Tangan kanannya. "Muttafaq Alaihi.
Moga aku tak mengungkit kisah lama.
” Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk ” ( An-Nahl : 125) pesanan aku : bersabar lah dan jangan mengalah dalam berdakwah. mungkin kita tak sangka orang itu akan berubah.
Boleh ubah? bila nak ubah? renung-renungkan aku sangat tertarik dengan gambar kerana maksudnya sangat mendalam. apa yang kita tgk skrg itu lah realitinya. Jangan suka menghina orang yang membuat salah kerana kita tidak tahu mungkin satu hari nanti dia akan berubah mungkin lebih baik daripada kita. Pengakhiran hidup yang kita sendiri tidak tahu. Berdoalah agar kita sentiasa dalam rahmat Allah, teguh hati dalam agama Islam dan bahagia di dunia dan akhirat. Wallahualam. sampai di sini saja mungkin. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana dia mendengar
Doa doaku
Ohhhh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
semua impian yang ku damba
Menjadi nyata ... Ohhh
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
padamu setiaku berjanji
kekasih abadi
Jika ditakdirkan pergi bersama
ambillah hembus nafas terakhirku
agar tak merasa bagaimana
hidup tanpamu
Ohhh
bersama kita cekal membina
sebuah istana yang terindah
disana kasih kita bersemadi
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
padamu setiaku berjanji
kekasih abadi