Thursday, January 19, 2012

10 Tips Tingkatkan Metabolisma Tubuh Badan Anda

Apabila anda menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma anda akan mula menurun dan anda akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.

Bayangkan anda telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila anda termakan lebih sedikit sahaja berat anda cepat meningkat dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan? Bukan sahaja membuatkan anda risau, malah anda akan hilang motivasi untuk terus berdiet.

Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Yang muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yang sudah berumur. Walaupun anda tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yang boleh tingkatkan metabolisma anda.

1. Bina otot

Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yang kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.

2. Tingkatkan jenis senaman anda

Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yang lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yang ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yang singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yang lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan.

3. Banyakkan minum air.

Badan perlukan air untuk proses kalori. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, kadar metabolisma anda akan jadi perlahan. Di dalam kajian yang telah dijalankan, seseorang yang minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.

4. Minum minuman yang berais.

Badan akan cuba memproses untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya anda minum air suam yang berais. Untuk meningkatkan suhu air tersebut memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan anda akan cuba membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Anda juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula.

5. Makan dengan lebih kerap.

Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu anda meningkatkan kadar metabolisma. Apabila anda hanya makan 3 kali sehari sudah pasti anda mengambil satu porsi yang besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan anda akan turut juga menurun. Apabila anda mengambil makanan dengan lebih kerap anda dapat mengekalkan metabolisma badan anda daripada jatuh. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.

6. Pedaskan makanan anda.

Makanan yang pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yang lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila anda berterusan makan makanan yang agak pedas, kesannya akan bertambah.

7. Tinggikan protein dalam makanan.

Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadap makanan yang bersumberkan protein berbanding makanan yang bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun anda inginkan makanan yang seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat anda dengan makanan yang kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma anda.

8. Minum kopi hitam.

Sekiranya anda memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, anda mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya anda minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma anda.

9. Minuman teh hijau

Terlalu banyak kajian yang menunjukkan faedah-faedah teh hijau. Anda tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Di dalam kajian sains, apabila anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan ada sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.

Sebaiknya minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya.

10. Elakkan diet yang melampau.

Diet yang melampau biasanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan anda menurunkan berat badan dalam masa yang singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot anda semakin rendah metabolisma anda.

Akibatnya, badan anda akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat anda bertambah dengan mendadak lebih tinggi daripada sebelum anda berdiet.

Pilihan yang terbaik.

Impak daripada makanan dan minuman yang telah dijelaskan tadi hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yang anda perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan anda. Cara yang terbaik adalah dengan membina otot dan sentiasa aktif setiap hari. Semakin banyak anda bergerak setiap hari semakin banyak kalori yang dapat dibakar.

cc :psipum

Wednesday, January 18, 2012

Kesan minum air berlebihan.

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air

Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.

Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

Tuesday, January 10, 2012

the last 2 paper

seriusnya membaca.. yang paling penting wallpaper desktop tu
sekarang aku bergelar usahawan HERBALIFE

Assalamualaikum...


setelah lama mem'busy'kan diri, hari ni saje nak buat2 free sekejap update blog.

jumaat ni exam C++ programming,
memang terbaik la kan...

huhu.. sangat ngeri..
ntah apa2 jawab nanti..

tadi pun jawab soalan introduction to IT ada 100 soalan.
so annoying nak buat semak semula lepas jawab..
haha
..
so dalam 45 min last masa tamat aku dah hantar..

tawakal je la~


Friday, December 9, 2011

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3

wa..wa..aaa

LANGKAH 4

Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5

Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6

Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7

Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8

Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9

Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10

Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11

pusingkan kepala…

LANGKAH 12

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13

Akhir sekali lakukan joget kucing…

————–

Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

Monday, October 10, 2011

Teknik mengekalkan topup RM10 untuk sebulan

Salam dan selamat malam..
hmm..org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..jom kite tengok camner caranye...

mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..
Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;

^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^


"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"
hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb.

Tuesday, October 4, 2011

Aku pening~

cer tengok muka aku yang tension ni...~ MySpace sebenarnya aku dah ngantuk mengadap komputer ni..ngape la susah sangat programming ni..walaupun orang kata basic tapi tetap susah sebab aku xde basic... MySpace baca buku! baca buku! xboleh!!!! kena baca dan buat..! baru faham..MySpace boring tak??.. alamak !!! aku dah terbuai dengan benda ni buat aku mengantuk...MySpace..hahahha.. nak layan programming jap..nti br tido kejap... K.E.J.A.P jer!!!

Tuesday, September 13, 2011

Hari Pertama sesi bermula di UKM

hari ni telah bemula sesi pengajian untuk aku bagi pelajar baru di UKM. hari ni memang penat sangat.

kelas aku bermula pada pukul 9 pagi. pada pukul 8 aku dah mula tunggu bas kat depan kolej dato on.hampir setengah jam menunggu akhirnya aku, anis n nazra naik bas ke FTSM. bila dah sampai ke fakulti aku tak tau nak g tempat. aku dah naik ke tingkat 3 akhirnya baru ku tahu DK rupanya disebelah kafe yang jauh tu.. seriously aku xleh fokus dalam DK td sebab aku ngantuk sangat.. MySpace aku tido lambat dan sudah tjaga awal sebab batuk aku semakin teruk lebih2 lagi di waktu pagi. programming pagi2 ..ngantuk sudahh..

tapi untuk kelas kedua aku boleh fokus dari awal ke akhirnya, kelas math subjek kegemaran aku..fokus2..MySpace laju betul cikgu tu ajar, tapi nasib baik aku faham cuma tak hafal lg je..minggu depan maybe ada kuiz ..oh maaaannnn...MySpace

selepas kelas habis pukul 1, aku pun pergi ke PUSANIKA dengan anis.. jumpa amani di sana dan kami makan bersama selepas tu pergi register untuk taklimat library. aku buat temu janji pada hari khamis. selepas siap reg aku pun ke bus stop sorang2 untuk ke fakulti semula sebab petang ada kelas lagi, anis dah habis kelas..untunglah...

kelas petang tu lect kami nak balik cepat..jadi dia lepaskan kami pabila jam menghampiri jam 5. yang sebenarnya kelas hbs pada pkul 6 petang.

aku pun mengambil keputusan untuk ke pusat kesihatan memandangkan aku rasa sakit sangat. ada kawan yang nak temankan aku. so aku pun on la..nak dipendekkan cerita, kami salah amik bus..(salah timing kot yang sebenarnya ) .. jadi Bus tu tak anta ke PK, tapi stesen KTM..terpaksa la tunggu pkul 6 baru bus tu gerak semula ke kolej. tiba2 kawan aku yang nak temankan aku ni nak cancelkan sebab dia kata nak balik awal..si=o dalam pukul 6 lebih bus kami sampai ke dato onn dan dia pun turun. aku plak sampai kat PK dalam pukul 6. tatkala aku nak masuk je ke pintu depan PK, TERTULIS LA OPERASI SEHINGGA PUKUL 5.30 PETANG SAHAJA.. masa tu aku rasa nak MySpace.. jadi terpaksalah patah balik ke bus stop berhampiran.. dalam 10 minit aku nampak bus zon U lalu, aku dah lari la ke bus tu dan berdiri di tepi jalan..tapi hampa hatiku melihat bus tu tak bhenti pun....rasa tu macam nak MySpace.. busssss tunggggguuuU!!!!
aku mengambil keputusan untuk menunggu bus lain malangnya tiada bus yang lalu. sehinggalah pada pukul 6.30 bus zon 2 lalu... aku pun tanya pak cik tu turun x kat ibu zain,dia xjawab suruh aku nai.. rupanya bus tu adalah menghala ke pendeta za'ba.... korang tau x pendeta za'ba dengan ibu zain tu bagai perlis dengan johor tau..jauh....

jadi pak cik tu pun turunkan aku belakang fakulti FST..dia suruh aku tunggu bus pkul 7 plak..haahahah.. naik gile aku mcm ni..pastu ku buka la buka pelajar baru untuk tgk map. akhirnya aku ambik keputusan bjalan kaki sahaja dari tempat bus stop tu ke Ibu Zain.. jauh kornag tau x..dengan tak sihatnya aku gagahkan diri juga berjalan balik sebelum 7.30 kerana malam ni ada perbarisan.. ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa takut, penat dan rasa nak pitam tatkala itu. aku naik ikut tangga depan PUSANIKA ke ibu Zain... huuu kalau korang nak cuba la lalu tangga tu, kalau xsemput, manggah tahu la.. aku dahpitam sehingga tangga yang tengah... rehat jap.. dan sambung perjalanan naik ke atas. huhu..akhirnya aku samapi kat bilik masa azan magrib bkumandang.. haa aku dah lambat nak g perbarisan... balik je keringkan badanyang banyak peluh ni terus g mandi MySpace... nasib baik sempat...

td ada perbarisan kat stadium. ya Allah rasa penat bjalan td xhbs lg dah kena berjalan ke stadium plak n masuk perbarisan..serius aku tak tahan nak pegang banting tu lama2 tapi disebabkan kolej tu inginkan yang terbaik aku terpaksa pegang juga. walaupun xmenang tp kami berpuas hati dengan apa yang kami telah lakukan td.

lepas perbarisan ada pjumpaan, banyak plak aktiviti yang dirancng untuk bukan mesra pelajar ni... tapi aku xdgr sangat sebab aku dah ttdo. sekarang dhmakan ubat batuk kAK SU bagi aku dah rasa ngantuk sangat. harap malam ni boleh tdo lena..aminn...wasalam

Monday, September 12, 2011

MONTAJ UNTUK ACARA MAKAN MALAM KOLEJ IBU ZAIN.wmv

Assalamualaikum..

Setelah 4 hari di sini akhirnya majlis @ minggu orientasi untuk pelajar baru UKM sesi 2011/2012 telah pun selesai. alhamdulillah. tahniah dan sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam memastikan kami memahami pelbagai perkara. sebagai pelajar yang baru masuk ke dunia pembelajaran yang mempunyai sistem yang berlainan dengan sekolah menengah mahupun matrik.

**********************************tamat*******************************************

Sebenarnya aku pun bukan faham sangat apa itu kredit2.. kredit top up aku tau la cukai dah naik sebanyak 6%.. tp kredit untuk universiti aku kurang faham. tak pelah malam ni boleh jumpa senior tanya diorang.

Alhamdulillah sekali lagi kerana acara makan malam bersama pengetua kolej Ibu Zain, dapat dijalankan dengan baik. syukur aku dapat siapkan persembahan multimedia tu petang semalam. gelabah aku buat..tarak idea ma.. tp aku dah buat smampu aku tahu je..

Alhamdulillah juga kerana PC yang bertugas di Kolej Ibu Zain semuanya baik..roomate yang baik..semuanya baik la...

layan la video bawah ni aktiviti kitaorang sepanjang minggu orientasi



Monday, August 29, 2011

29 August = 29 Ramadhan

Mood : Lapar + Ngantuk
Now Playing : Sebiru Hari Ini - Edcoustic

Hari ni last puasa?
InsyaALLAH.

Puasa tak hari ni?
Mestilah puasa

Alhamdulillah masih bernafas lagi kita di akhir ramadhan ini. Andai masih lagi bernafas pada esok hari dapat la sambut hari raya ( itupun kalau esok raya ) . Maknanya wajib juga la membayar zakat fitrah pada yang berkemampuan tu.

malam ni plan nak buat apa?
takbir raya sambil jadi pembantu chef kat dapur.

esok?
klau dapat bangun lambat macam hari biasa kan best. hehehe~
P.E.M.A.L.A.S

heheh.. sekian. jangan lupa bayar zakat fitrah

Sunday, August 28, 2011

28 August = 28 Ramadhan

Dalam menyelesaikan segala tugas tidak sedar masa berlalu begitu pantas sehingga baru ku sedar sudah menghampiri aidilfitri. terasa sedih kala ini bila tersedar sudah di pengakhiran ramadhan dan terkenang amalan yang telah dilakukan. terasa kerdil diri ini untuk menilai. moga amalan kita diterima olehNya.

masih ada masa lagi untuk kita memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan. rebutlah ruang dan peluang yang ada kerana belum tentu umur kita sampai di ramadhan yang akan datang. Ku pohon kemaafan kepada semua andai diri ini pernah tersilap dalam berbicara, andai tersalah dalam bergaya, andai terdengar segala fitnah dunia, andai terlihat yang tidak sepatutnya.

Aku insan yang lemah di sisi Allah