Thursday, March 17, 2011

Aku seorang pelakon...~

Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.

Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.

Terus mendada sambil berkata,
" Tiada insan setanding saya " ,
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.

Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.

Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.

Ingatlah,

Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.

Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.

Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium syurga.

bulan-bulan terakhir di matrik ~

tak sampai 3 minggu lagi aku bakal menghadapi PSPM II.. yang bermula 11 April sehingga la 20 april...
erm tak sedar masa yang berlalu dah hampir setahun aku di sini...
seawalnya aku disini boringnya terasa .... hmmm.....MySpace

tpi setelah aku di sini untuk beberapa bulan lagi aku baru merasai bestnya duk kat sini.. dan berjumpa dengan seorang yang terlalu baik padaku... MySpace haa nak tau siapa??? hahaha.. biarlah rahsia.. tatkala aku sakit, dia yang banyak tolong aku... thankful to her... thanks to Allah mempertemukan aku dengan dia... saya sangat menghargainya... =)

untuk preparation exam aku pun xtau sejauh mana aku dah sedia.. still work hard...MySpace... kadang2 tertidur juga tatkala sedang study...MySpace huuuu ngantuk sangat.....

apa2 pun doakan kejayaanku untuk PSPM II ni... selamat bertemu kembali di masa lain... love...

Sunday, February 27, 2011

Sungai Lui

Assalamualaikum... untuk post kali ni tetiba suka plak dengan lagu aizat yang ni.. sungai lui....

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Tuesday, January 11, 2011

masa itu sentiasa berlalu.

terkadang dalam hidup ni kita sering alpa, leka dengan kemewahan dunia sedangkan itu hanyalah sementara. tidakkah kita sedar kita ini hanya menumpang di bumi Allah ini dengan tanggungjawab yang amat besar iaitu beriman kepada Allah.. bagaimanakah kita mahu tingkatkan keimanan sedangkan hti kita masih lalai mengejar nikmat dunia. tidak salah menikmati apa yang sudah Allah tentukan untuk mu tetapi berpada la wahai sahabat..

Dhaif Inda Allah...Hargailah Setiap yang hadir...andai tidak ditangisi setiap perpisahan@kehilangan...

Sunday, January 9, 2011

miss you


when i closed my eyes and listen....
i hear your voice... ♥ ♥

Sunday, January 2, 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA....:-)~

Tuesday, November 30, 2010

PSPM 1

salam..
result dah kuar dan aku kurang berpuas hati..
tapi apa2 pun syukur la..
work hard for PSPM II

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mood : Malas2 di pagi raya
Now playing : wheels -dalam kenangan

Salam Aidiladha buat semua yang mengenaliku.. terutamanya pada mak and abah... juga family... roomates aku yang x balik rumah raya haji ni...( kamilia sharir dan hana anuar )sama-sama la kita beraya di london ni...duduk diam2 dalam bilik.. kat luar sejuk...

Saturday, October 30, 2010

Rindu yang hilang

Seandainya aku bisa,

Berlari mencari sebuah cinta,

Tulus abadi selamanya.

Seandainya aku bisa,

Menyelami erti cinta setia,

Yang suci tiada noda.

Tanpaku sedari,

Yang dicintaikan tiada lagi untuk dicintai,

Yang dikasihkan tiada lagi untuk dikasihi,

Yang dirindukan tiada lagi untuk dirindui.

Betapaku mensyukuri,

Cinta yang didamba selama ini,

Hadir di saat mata hati,

Mula mencari Ilahi.

Tiada yang kan sempurna,

Tanpa cinta tulus dari-Nya.

Ya Allah,

Ya Rabbi,

Sucikanlah hati ini,

Dengan limpahan kasih-Mu yang sejati,

Kurniakanlah padaku rahmat cinta-Mu.

Cuti Semester yang BOSAN!

cuti kali ni sangat bosan ...
dengan tiada aktiviti yang ku lakukan ...
kawan-kawan di UiTM juga tak balik sebab mereka ada final exam..
huhu~! what should i do right now?
so bored,too bored and very bored!!!!
=(

nak jalan2 tapi tak tau nak g mana and g ngan sape...
anyone nk ajak aku jalan2?

..................................