Friday, December 11, 2009

~hari ke2 cuti~

badan tak sihat plak hari ni tapi jap lagi kena pergi kebun, keje semalam tak siap lagi.. nak biarkan nanti takde saper tolong..k nak bersiap ni.. bye2

Thursday, December 10, 2009

Jalan-jalan kat Bukit Melawati dengan family

Salam..

Tadi lepas aku habis kerja kat kebun, abah bawa kitaorang sekeluarga pergi bukit melawati.. ni aku masih lagi kat parit 1.. Yang lain pergi pasar, aku je yang tinggal dalam kete ni layan lagu jiwang ma kat radio sinar.fm.. Makin aku dengar lagu ni boleh tahan gak best lagu ni....

Perkahwinan 2009

salam...

28/11/2009

First sepupu belah mak aku kahwin.. aku turut sama ikut hadir dan gubahan2 tu aku banyak tolong gak tapi tolong tengok je la...^-^

ni ada sebahagian gambar yang aku shoot dan dah 'manipulasikannya'

boring2 jadi saje edit


ni edit online~

ni edit guna photoshop cs4..
masih baru guna cs4 jadi hasilnya pun tak seberapa~


***ala slow la nak upload gambar petang ni.. macam tuan
punya blog ni plak sebab penat dah keje pagi tadi...
nantilah aku upload lagi..(lain kali la maknanya tu )
mood : sedih dan penat













First day cuti sekolah~

Salam...

hari ni first day aku cuti sekolah setelah beberapa minggu bertungkus lumus dengan exam............
Apa aku nak buat ye?~

awal pagi tadi bangun lambat juga dalam pukul 6.30 pagi pastu sejam kemudian kena anta adik g kelas fardu ain.. Balik je ke rumah, mak dah cakap " La, tolong mak kemaskan rumah", aku go on je sebab dah lama gak tak tolong mak buat2 keje umah ni...

Setengah jam kemudian~
jap lagi aku kena pergi kebun tolong nenek aku menyiang daun kelapa sawit.. fuh rindu aku dengan kerjaya ni, lama juga aku dah tak buat benda2 ni sebab aku study untuk exam...

So,
aku kena bersiap untuk ke kebun.. buhbye!

Friday, December 4, 2009

~Kutemukan Jalanku~


Gelap jalan selama ini
Ragupun membayangi diri
Ketikan cahaya mengusir galau
Sedarkan kekhilafan diriku

Ingin kunyatakan cinta
Menyatu dengan cahayamu
Ketika kutemukan kebenaran
Punahkan keangkuhan diriku

Kini kutemukan jalanku yang lama kucari
Terimalah kesaksian hamba
Penuh tulus hati..

**setiap insan di dunia ini pernah melakukan kesilapan.. Jadi sedarlah dan betaubatlah kepada Allah.. hanya keimanan dan cahaya oleh Allah yang menerangi perjalanan yang penuh dengan liku untuk menuju ke tempat yang hakiki dan penuh kebahagiaan

~Bawalah daku bersamamu~

by Azean Irdawati
duration ~ 03:29 min

Bawalah daku bersamamu,
ke alam baru yang indah,
usah kau biar hati ini,
meratap berduka kesepian...

berikan daku pengharapan,
membina cinta yang suci,
padamu jua ku curahkan,
kasih sayang ku yang abadi...

ku ingin disisi mu,
dibelai tiap waktu,
tanpamu ku sepi,
merindu menanti,
mengharapkan di kau kembali...

kenanglah daku di hatimu,
seindah waktu bertemu,
bawalah daku bersamamu,
menempuh jalan yang bahgia...

ku ingin disisi mu,
dibelai tiap waktu,
tanpamu ku sepi,
merindu menanti,
mengharapkan di kau kembali...

kenanglah daku di hatimu,
seindah waktu bertemu,
bawalah daku bersamamu,
menempuh jalan yang bahgia...


** tak sangka la aku boleh layan lagu ni.. syok la plak.. adohai~ teringat aku dengan kenangan manis.. ceewah~!

Wednesday, December 2, 2009

~Imbauan kenangan silam~

Assalamualaikum..

hm dalam melayan perasaan sedih aku malam2 ni. tetiba aku teringat kenangan aku masa kecik.. ni lah wajah comel aku masa kecik.. baru la aku perasan, rupanya aku ni cute juga kan.. haha~~ masuk lif angkat sendiri ( merah pipi )..


alamak gomoknya aku!

sebelum ada adik, aku ngan abang aku ni rapat. macam adik beradik..
eh! memang kitaorang adik beradik pun.. macam bangra la plak ayat.

ni aku bergambar kat rumah aku yang dulu..
sekarang dah duduk ngan nenek.


kini, aku dah berumur 17 tahun..
ni la wajah aku sekarang..
takde lah cantik tapi comel kan?
hahahahaaha

10 @ 20 tahun akan datang?
sooner or later, we will know..
wait and see la

~Bila sepi menguasai diri~

1 Disember 2009

Assalamualaikum..

malam ni rasa emosional sangat. rasa nak nangis plak..huhu~~
petang tadi rasa bahagia sangat tapi bila malam menjelma bahagia menjadi duka,
Ya Allah, subhanallah.. mohon ampun padaMu kerana melupakan Mu buat seketika.
Kini hambamu ini sujud padamu memohon ihsan keampunan segala kesalahan yang telah
aku lakukan..

penantian itu satu penyeksaan..
hanya kesabaran mengatasi penyeksaan ini.
bermula daripada pukul 22:38 1-Dec-2009 sehingga 00:28 2-Dec-2009,
masih tiada balasan daripadanya.
tapi aku masih lagi menunggu~

aku merajuk ke? em merajuk pun aku bukan ada yang nak pujuk pun,
sabar je la hati ni~

Thursday, November 26, 2009

Target SPM

Assalamualaikum dan Salam demam SPM...

Untuk calon SPM, ( sains tulen )
harap benda ni bguna pada anda semua..

Tajuk Ramalan untuk

Biologi :-
Organelles, dynamic ecosystem, hemotasis, growth, blood circulation, nutrition, human digestive system, dynamic ecosystem, reproduction, inheritance, Respiration,endangered ecosystem.

Kimia :-
emperical formula, periodic table, carbon compound, salt, redox, electrolysis, soap and detergent, rate of reaction, bond, manufactured substance in industry( alloy, glass ).polymer or rubber.

Fizik :-
measuring instrument,heat, kinetik, pressure, electromagnet,transistor,logoc gate,force in equilibrium,momentum,work,energy,power,ohm's law,electric current and relation between potential diffrent,voltage,wave,inteferens,specific heat capacity, latent heat, thermometer.

bernoulli,archimedes,radioactive,radioisotope,nuclear fusion,semiconductor diode,atmosphere pressure,gas pressure,apllication of electromagnet indicator.

heat,electomagnet ( dinamo )

p/s : mana yang ada salah ejaan tu korang check buku sndiri la ye.. aku manusia biasa yang lemah, naip pun ada yang salah2..

~~pergh penat nak naip ni.. harap korang guna la dengan sebaiknya. jangan lupa baca la juga tajuk2 yang lain tu.. ni sebagai ramalan je .. ok.. aku nak sambung stydo ( study+ tido ) hahaha

Tension

salam.

lama dah tak update blog ni..
busy menghadapi SPM...
rasa 1 tension dah pergi sebab exam add math dah berlalu..
susah benar exam kali ni...
bertambah2 stress kepala aku..
lepas habis exam semalam bayangan add math menghantui hidup aku...
menyesal pun tak guna..tawakal kepada Allah..

hari ni lega skit sebab tak de exam
tapi watch out hari isnin ni kana jadi doktor kejap
sebab exam biologi plak..
aku sian dengan cikgu bio aku tu..
dah la tgh sarat tapi masih bertungkus lumus buatkan nota untuk kitorang satu kelas..
moga keputusan kami nanti the best.. insyaALLAH

sekarang ni aku tengah boring sebab penat study pagi tadi..
ni mula la buat benda yg pelik2..
aku nak try buat gubaan guna duit syiling..
ha~~macamana hasil aku buat..
tunggu~~

hari sabtu ni first spupu aku belah mak nak kahwin.. masing2 sibuk dengan persediaan..
yang dia plak asik membebel je.. bukan nak tolong!
poorah~~tau suruh je..
apa2 pun aku tetap mghadap buku je..

k sekian
wassalam