Pada tanggal 12 ogos 2013, aku telah mengalami detk2 cemas
yang mana kereta yang aku bawa telah over heating kat nilai. Ya Allah, seriously
aku cuak. For the first time aku bawa kete jadi gitu. Lepas ni kena berhati2
dan selalu check temperature. Ni cerita aku melalu detik2 ‘cemas’ aku.
Aku masa tu dalam perjalanan nak hantar Nora ke Port Dickson.
Masa otw tu lalu KLIA, perasan la ada announcement kat papan tanda PLUS ada
kemalangan lori kat kilometer 280.7. Tapi masa tu memang xrasa apa la kan. Masa
drive keluar melalui Nilai Utara tu sesak sangat sebab ada kemalangan yang PLUS
dah bagitau. Masa jem tu memang kete drive slow la kan. Aku rasa aircond pun
macam panas je, aku pun buka tingkap. Aduh memang panas sebab angin pun takda.
So aku tutup balik tingkap and pasang air cond tapi memang tak rasa apa la
sebab air cond pun panas. Ada la dalam 10 minit terperangkap dalam jem, ada
orang dalam lori tegur aku kata ada air menitik kat tayar depan. Aku berhenti
tepi highway tu. Dalam masa yang sama aku risau gak takut la sebab yang tegur
tu india ( btw aku bukan racist tapi
berjaga-jaga) sebab kan sekarang banyak kejadian ragut, rompak dsbgnya. Aku
suruh nora tengok betul ke ada air yang menitik kat tayar tu tapi aku suruh
tengok dari tingkap je. India yang tegur aku tu dia pun berenti tepi jalan, dia
Tanya temperature aku tinggi ke, baru aku perasan memang tinggi. And aku tengok
memang ada air yang menitik. Dia kata kete aku overheating . Then, dia pun
pergi. Aku juga la yang terkapai2 di situ. Bila aku tengok sekeliling baru la
aku perasan aku dekat je dengan tempat kemalangan lori tu ( yang aku kata aku
baca announcement dekat papan tanda PLUS tu ).
Tak lama tu ada la sebuah kete kancil datang. Ada 2 orang
india, sorang pakai baju PLUS and sorang
lagi macam budak2. Dia kata dia
keje PLUS, dia Tanya aku ada masalah apa. Then aku cakap la kete aku
overheating. Then dia pun suruh ‘adik’ dia tu amik kain sebab dia nak buka
tempat coolant kat depan kete aku tu. Dia suruh aku jauh sikit sebab takut
nanti air terpancut kena aku. So aku jauh la sikit.sambil2 dia nak buka tu
sembang2 la dengan dia, dia citer pasal excident lori tempat aku berhenti tu.
Masa tu bomba tengah usaha angkat lori tu sebab lori tu terjunam dari jambatan
atas tu ke jalan bawah. Sembang punya sembang sambil dia masukkan air dalam
coolant aku. Then dia suruh aku start kete, masa tu xleh start plak kete tu.
Makin risau dah aku. Dia kata ni mungkin gasket yang rosak. So dia offer kalau
nak towing ke bengkel dia kat senawang. Dia kata kalau towing dalam rm 100 dan
betulkan gasket dalam rm80. Bila dia cakap pasal senawang aku pun penah terbaca
pasal citer2 orang yang pernah tertipu. So aku takdelah memandai2 buat
keputusan. So aku cakap aku nak call abang aku dlu Tanya dia macamana. Aku call
jeli, dia kata xtau suruh call bang man. Tapi aku piker antara bang man dengan
bang jam baik aku call bang jam je, call punya call dia kata jangan buat apa2 ,
jangan nak towing mana2. Nanti dia datang. Masa tu dalam pukul 6.30 petang. Aku
pun okay je. Then aku cakap dengan india
tu nanti abang and abah aku datang. Sambil2 tu dia pujuk aku juga la supaya
towing kete ke bengkel dia tapi aku cakap xpe, nanti abang datang. Aku cakap la
takpelah nanti kalau ada betul2 emergency nanti aku call PLUS. Then aku minta
no PLUS dia kata xpelah dia bg card bengkel dia kalau ada apa2 call je. So dia
pun pergi. Lepas dia pergi aku pun duk dalam kete sambil2 online kejap google
pasal kereta rosak di senawang. Macam2 cerita aku baca sampailah ada satu
cerita ni aku baca dan nama bengkel yang orang tu bagi sama dengan nama dan
alamat bengkel yang india tu bg kat aku. Cerita orang tu pun lebih kurang cerita aku
yang mana 2 orang india 1 pakai bj PLUS tolong, then dia kata kena masuk
bengkel dia . harga dalam rm70 je tapi sampai kedai nanti dia baraikan semua pastu
harga jadi ribu2.
Aku bersyukur la tak cepat terpedaya dengan orang tu. Kebetulan tempat aku berhenti dekat dengan
tempat excident jadi ramai la orang berenti nak tengok excident tu. Jadi bila
ramai orang mungkin la orang india tu pun xnak desak aku sangat. Mungkin Allah
nak selamatkan aku gak sebab masa kerja2 selamatkan lori tu bomba tahan semua
kereta berhenti padahal aku tengok kerja2 tu buat kat bawah mcm xde kena
mengena dengan kat atas jambatan tu tapi
diorg kena berhenti lama juga. Sepanjang india yang membantu aku tu masukkan
air dalam coolant aku sampai la dia kata nak towing tu kereta di kedua2 arah
berhenti disebelah aku. So ramai orang masa tu jadi aku xde la takut sangat. Lepas
india tu pergi je , tak lama tu bomba pun lepaskan la kereta 2 dua2 arah pergi
. Kira seolah2 Allah membantu aku daripada bersendirian bersama india tu. Tak
lama tu ada orang call aku , rupanya sepupu aku abang jamil yang kerja kat KLIA
tu dia Tanya pasal aku. Sebab aku minta tolong dia sementara abah dari rumah
baru nak gerak. Sambil2 minta maklumat tempat aku dia pesan banyak2 selawat. Hari
semakin gelap aku pun semakin gundah. Bang Jam pesan suruh pasang lampu
emergency tu then duduk kat luar kete. Aku duduk kat belakang pagar highway tu
sambil baca ayat kursi. Sekali aku habis baca ayat kursi ada orang lelaki naik
moto berhenti Tanya aku kenapa then dia tolong amikkan kon letak belakang
kereta aku. Sambil2 dia tolong aku teruskan baca ayat kursi, habis je baca ada
lori propel berhenti dia Tanya kenapa.. orang lelaki yang tolong angkatkan kon
tu cakapkan kete aku rosak… then orang propel tu tu tolong tambahkan 3 kon supaya lebih
selamat. Dia Tanya aku perlukan bantuan apa2 tak.. aku cakap xpe nanti abang
aku sampai. So diorg pun pergi. Aku perasan setiap kali aku habis baca ayat
kursi mesti ada orang berhenti Tanya n nak tolong. Alhamdulillah Ya Allah.
Dalam pkul 8 abang jamil bg no pomen yang dia kenal, aku pun
call orang tu. Kebetulan orang tu dekat je kat Mantin so aku minta dia tolong
tengokkan . Dalam pkul 9 dia datang. Bi
jap la dia tengok n kete pun memang dah tak boleh hidup so dia call towing. Aku
cakap dengan abang jamil dia nak towing kete, abang jamil kata xpe, dia tau
bengkel orang tu kat mana. So towing sampai setengah jam lepas tu. So tow kete
aku sampai bengkel kat nilai. Dalam perjalanan ke bengkel abah aku pun sampai
kat nilai. So sampai je aku kat bengkel dalam abang jamil pun sampai juga , 5
minit lepas tu abah pun sampai juga. Bincang2 then kete tinggal bengkel tu ,
amik barang dalam kete transfer dalam kete abang pastu hantar nora ke PD.
Sampai PD dalam pukul 1 pagi. Patah balik ke tempat aku singgah UKM anta barang
aku singgah solat then aku ikut abah aku balik rumah. Malas la plak aku nak stay
kat UKM. Tak jadi nak g kelas hari selasa. Dalam pukul 4 pagi baru sampai rumah…
Aku rasa penat sangat perjalanan hari ni. Huhu.. Moga kawan2
yang ada masalah kereta rosak tu jangan cepat terpedaya dengan orang yang cepat
sangat nak hulurkan bantuan. Kalau boleh call PLUS 18000000. Lagi satu kalau kereta tengah jem
better xyah pasang aircond, takut temperature naik. Kalau dah temperature naik
tu baik berhenti jap tepi highway tu kasi temperature turun baru jalan balik…
Kalau dah over heating tu jangan terus masukkan air dalam coolant tu… nanti ada
plak benda lain yang rosak. Wassalam. Hati2 di jalan raya. Ingatlah masih ramai
yang menyayangimu.