Monday, May 4, 2020

Kisah 11 Ramadan

Assalamualaikum semua.

perkhabaran sedih aku dapat hari ni, Abg Zaki (suami arwah kak ngah) , abang ipar alang meninggal jam 2.30 pagi sebab ada komplikasi jantung. sedekahkan Al Fatihah (dibaca) untuk arwah abang Zaki.

Semalam aku tertidur masa petang tu, terjaga pukul 6.30 kot. Jadi malam tu aku susah sikit nak tidur sebab dah tertidur petang. Aku mula nak tidur jam 1 pagi macam tu. Tiba2 dalam pukul 4 pagi aku sakit sangat perut. Aku pergi la ke jamban konon macam nak berak la tapi xkeluar pun. perut aku sakit memulas-mulas yang aku rasa nak berguling-guling juga. aku pun amik krim panas aku letak dekat perut. aku sambung tidur lagi. Pukul 5 pagi macam tu, abah aku kejutkan sahur, susah gak nak bangun sebab dah tertidur td. tapi aku gagahkan juga la bangun sahur. perut aku masih sakit lagi. aku sebenarnya takde mood nak makan sebab sakit sangat. tiba-tiba abah aku tanya aku siapa yang meninggal. kat wasap status cikgu halimahton katanya pak cik dengan abang iparnya meninggal. aku jawab aku tak tau, takde tengok telefon pun lagi. tapi aku terasa macam keras bahasa aku pagi td jawab persoalan abah aku tu sebab aku perasan tetiba abah aku macam berubah muka dan diam. aku cepat2 makan lepas tu aku masuk bilik.

Aku tengok telefon, memang ada wasap status alang yang cakap pak cik dengan abang ipar dia meninggal. aku wasap dia, tapi dia x balas. aku terus wasap Kak Jus dan kak jus bagitau yang abang zaki meninggal kat hospital sabak bernam. 

aku sebenarnya menyesal sebab aku macam bercakap dengan nada keras dekat abah aku. Aku terlalu emo pagi tadi, mungkin sebab aku memang tengah sakit perut sangat pagi tadi atau sebenarnya aku emo juga sebab aku dah lama xwasap dengan alang. dia macam bolayan je dengan aku. Dia kan dah ada kawan baru. 

Alhamdulillah, sakit perut aku dah makin baik lepas subuh. Aku baru ingat, setiap kali ada kematian je aku akan sakit perut. Aku teringat arwah cikgu rokhalim meninggal, aku sakit perut juga. otw nak ke rumah dia, aku singgah petronas sebab nak pergi toilet. Aku teringat juga masa arwah kak ngah meninggal pun, otw nak ke parit 12, aku singgah dulu dekat surau pt 12 tu sebab sakit perut. 

Semoga aku diberikan kekuatan hati, dan semoga arwah abang zaki di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Alfatihah untuk semua yang telah meinggalkan kita. Hargai dan gunakanlah sebaiknya ramadan kita kali ni, sebab jangankan kata ramadan tahun depan, esok pun belum tentu milik kita. Allahu~

Saturday, May 2, 2020

Doaku hari ni

Kurang lagi 10 minit dah nak berbuka puasa. Cepat2 doa sebelum berbuka ni. Moga mustajab doanya. Doakan untuk aku juga ye.

Doaku hari ni.

"Moga Allah berikan kesihatan yang baik untuk abah mak, ahli keluarga aku, sahabat aku, orang yang aku sayang. Moga Allah tambahkan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua"

Berikan aku sekeping hati yang selalu mendoakan kebahagiaan orang lain.
Berikan juga aku sekeping hati yang selalu redha atas ketentuanMu.
Dan jauhilah diriku dari sifat mementingkan diri sendiri.
Begitu juga untuk semua sahabatku, saudaraku, dan orang orang yang aku sayang.

Amin.

Friday, May 1, 2020

Ramadan 2020

Mungkin ramadan kali tak sama lagi,
ada ahli keluarga yang berkurang, 
ada yang berjauhan, 
ada yang tak dapat balik disebabkan PKP,
Ada yang sakit.
Namun kesemuanya kekal dalam ingatan. Mungkin dulu ada yang istimewa, kemudian pergi.
Ada juga yang dulu keseorangan, kini tidak lagi. Semua berjalan atas takdirNya.

Moga ramadan kita kali ini tidak sekadar lapar dan dahaga. 
moga ada natijah disetiap perkara yang berlaku.
Allah maha mengetahui.

Sayangnya sesama manusia hanyalah sementara. 
kadangkala memberi kesedihan. 
Ya Allah, sayangilah aku, sayangilah ayah ibuku, sayangilah semua orang yang aku sayang.
Sayang daripadaMu lebih utama.

Orang kata

orang kata, dunia tempat untuk berpenat, akhirat tempat untuk berehat.

Jom la mengejar pahala di dunia, supaya kita boleh berehat di akhirat.

Ramadan ke 8/1441H

Salam ramadan semua.

Hari ni hari paling tak berkualiti aku rasa sepanjang ramadan kali ni,
aku tak demam pun tapi aku rasa fizikal aku tak larat sangat. 
adakah aku berfikir terlalu banyak? Entahlah.
Disebabkan aku memang dah tak larat sangat, pukul 1.30 petang aku tertidur, jam 6.15 petang baru aku terjaga. Itupun sebab aku terkejut dengan mimpi aku.
Aku mimpi dia? Aku rindu dia ke dia rindu aku ye? Haha. tapi memang aku rindu dia pun. Cuma aku je ego nak mulakan whatsapp. Aku takut wasap tak terbalas dengan baik. Kang aku plak yang kecewa. Kenapa ntah lately ni dia balas facebook aku pun bukan macam biasa,post orang lain boleh je gurau2 tulis, kalau aku punya post, kemain serius. 

btw, hari ni merupakan hari ke 45 PKP. Selepas aku habis belajar, tak pernah aku cuti lama macam ni. Masa ada isu 2017 pasal kerja kat pondok tu pun, aku selalu pergi tempat lain dan buat kerja. Aku mana boleh duduk diam lama2.

PKP di Tahun 2020. Pandemik 1 dunia


Nak simpan kat blog la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢
Takkan sesekali aku lupa, 

18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh Malaysia
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya. 
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app. 
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Xtvt riadah dan bersenam dalam rumah. 
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online. 
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Sunday, April 26, 2020

Salam Ramadan 1441H 2020

Alhamdulillah bertemu juga aku dengan bulan ramadan tahun 2020 ni.
Alhamdulillah juga dah 3 hari berpuasa.
Semalam birthday aku, Jatuh bulan Ramadan time PKP plak. Jadi hanya seisi keluarga je kita celebrate kecik2. Bagi aku yang dah besar ni, tak perlu pun nak celebrate bagai, tapi abah aku rajin plak beli kek. Terima kasih abah. Mak aku plak buat kek pisang. Rajin juga. Terima kasih mak.

Aku malas nak tulis panjang2. aku harap ramadan kali ni memberi makna untuk aku. Moga aku ada umur untuk menghabiskan ramadan ini dengan jayanya. Aku target bulan ramadan ni nak khatam quran. Berjaya atau tak? Doakan ye

Thursday, July 25, 2019

Percubaan

Hai
Ada job kat Shah Alam. Rilek dlu kat KFC Tesco Shah Alam

Saturday, April 20, 2019

Ujian

Bila aku sakit tambah2 batuk, kadang2 aku ngerinak sampai malam, kalau boleh malam tu pendek je masa. Sebabnya, aku xleh tdo sangat pun. Asik batuk je. Muntah2. Badan letih, penat bila batuk. Rasa memang dah x larat nak bangun. 

Thursday, June 8, 2017

workaholics

Sebelum pergi ke Bandung, aku diuji dengan tetiba aku dibuang kerja tanpa alasan dan sebab munasabah. Aku yang tengah program kat Melaka masa tu macam krik krik. apa jadi ni.


Masa tu aku nak ke Bandung. dalam kepala macam2 dah fikir mana nak cari duit untuk spending kat Bandung nanti. By the time, aku pun mulakan semula bisnes printing aku. tapi nak mula kena cari supplier dulu, sampai ke Bukit Serdang aku survey. Bila dah jumpa org yang boleh supply, aku pun dapat idea untuk buat sampul raya kebetulan dah nak raya ni kan.

Mulalah iklan sana ni, whatsapp broadcast kenalan dalam phone ni. Macam biasa lah, nak bisnes ni kena hadapi apa juga respon orang. Macam-macam la respon orang masa tu, "sekarang bagi duit raya tak pakai sampul lah'', "kasi free la", "Mahal la", "belanja la skit". Aku pun layankan je la. macam biasalah kadang2 orang yang support kita bukan dalam kalangan orang yang kita kenal pun. Bisnes is bisnes, friend is friend.

So, aku pun mula la design sampul raya tu. Banyak juga la design yang aku dah buat. Kawan aku pesan, "design simple2 je, jangan fikir nak cantik sangat". Bila dah mula buat, aku agak stress juga sb xde idea sangat nak design. ni contoh yang aku dah design.(tengok lah kat bawah nanti)


Jadi terpaksa workhard supaya i get some money untuk ke Bandung. Banyak program yang tak dapat bayaran lagi masa tu. kebetulan aku bayar kereta dan betulkan kereta masa tu almost rm2000.00. banyak habis duit sebelum g Bandung tu. Kurang rehat dan makan pun xjaga, mungkin sebab itu masa kat Bandung aku pun demam. dah letih sangat fizikal dan mental aku masa tu.

Alhamdulillah sebelum g Bandung tu ada beberapa bayaran program yang dah dibayar, jadi aku buat untuk tukar duit rupiah. rasanya aku tukar 2.9 juta rupiah je masa tu. dalam kepala masa tu 1.9 juta dah spend untuk bayaran driver. so untuk perbelanjaan aku peruntukan hanya 1 juta sahaja.

So, good luck la untuk aku ke Bandung nanti.